Tomyam Udang, Bubuh Chilli Flakes Lagi Tambah Umph!

Tomyam udang punya daya tarikan tersendiri. Namun, memasaknya kena hati-hati. Jangan terlalu lama. Takut nanti rasa manis udang terlalu ‘over’ sangat sampai mengurangkan rasa tomyam itu sendiri.

Tomyam adalah salah satu masakan Thai yang sangat digemari ramai tak kira bangsa dan umur. Sebenarnya tomyam ada banyak jenis. Ada yang berwarna merah, ada yang putih, ada yang bersantan, ada yang diletakkan air kelapa dan sebagainya.

Sis Wawa kadangkala suka masak tomyam putih dan ada masanya pula suka yang merah. Ikut mood. Hihi.

Apa pun, tomyam memang bole membangkitkan selera. Rasa masam, masin dan pedasnya memang boleh membuka selera. Digandingkan pula dengan telur dadar. Peh! Dah cukup serasi. Lauk lain tolak tepi.

Lagi Banyak Sayur Lagi Sedap

Siapa yang suka sayur, memang tomyam pilihan yang tepat. Macam-macam sayur boleh kita bubuh di dalamnya. Ikut selera. Macam sis, memang suka sayur lebih dan rasa yang lebih masam.

Selain itu, sis suka letak bawang Holland lebih sikit dan akar daun ketumbar. Memang ia memberikan rasa dan aroma tersendiri.

Ada yang suka tumis dahulu ramuan namun sis lebih suka rebus semua je. Lagi sihatlah konon kan. Hihi.

Udang Jangan Dimasak Terlalu Lama

Sebenarnya banyak cara masak tomyam. Sis pun dah try banyak cara sehingga jumpa yang serasi dengan selera seisi keluarga. Memandangkan kami suka pedas, ditambahkan Chilli Flakes atau emping cili.

Ia menambah rasa dan aroma dalam masakan tomyam itu. Memang terangkat tau! Apa lagi, jom cuba.

TOMYAM UDANG

Bahan-Bahan Tomyam Udang:

15 ekor udang – bersihkan, belah belakang

3-4 sudu makan pes tomyam – terpulang nak pekat atau tak

Sedikit sos ikan

2-3 sudu makan chilli flakes – terpulang tahap kepedasan

5 ulas bawang putih – racik halus

2 labu bawang Holland – hiris

1 inci halia – racik

1 inci lengkuas – racik

Beberapa helai daun limau purut – buang tulang tengahnya

3-4 batang serai – hiris serong

20 batang cili padi merah – hiris serong (ikut kepedasan yang dikehendaki)

1 batang lobak merah – hiris

1 pek putik jagung muda – potong

Sedikit bunga kubis

Sedikit kubis panjang – hiris

1-2 pohon ketumbar – ambil akar dan daunnya

1 tin cendawan butang – potong empat

Sedikit buah tomato – sis guna tomato ceri

1-2 biji buah limau nipis – jika nak lagi masam

1 kiub ayam

1-2 biji limau nipis – pilihan

Air secukupnya

Cara Memasak Ayam Lemon:

Mula-mula, masukkan air secukupnya ke dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris iaitu bawang Holland, serai, daun limau purut, bawang putih, halia, lengkuas dan satu kiub ayam. Biarkan ia mereneh seketika.

Masukkan pula lobak merah, akar ketumbar, pes tomyam secukupnya dan sos ikan. Kacau rata.

Setelah itu, masukkan bunga kubis dan hirisan cili padi merah. Gaul sekata. Kemudian masukkan pula cendawan butang yang telah dibelah empat.  Kalau suka, tambah hirisan bawang Holland lagi.

Tomyam Udang, Bubuh Cili Flakes Lagi Tambah Umph!

Seterusnya, masukkan putik jagung dan kubis panjang. Gaul sekata. Tambah lagi air jika nak kuah lebih.

Setelah itu barulah masukkan udang dan kacau sebati. Guna api sederhana besar. Masukkan hirisan daun ketumbar dan chilli flakes. Kacau perlahan. Biarkan ia mereneh. Check rasa, apakah sudah cukup masam, masin dan pedas? Kalau nak rasa lebih masam, perah sedikit air limau nipis. Sesuaikan dengan selera sendiri.

Jangan masak terlalu lama, tutup api dan bolehlah dihidangkan. Mudah je kan?

 

 

 

 

 

8 Comments

  1. Woww. Resepi by kak Wa xprnh mengecewakan! Simple n easy to do. I’m love it!

  2. Norsunita binti abu bakar

    September 27, 2021 at 12:50 pm

    Congrats sis…cukup menyelerakan

    1. Jangan lupa cuba resipi ni ye…

  3. FARAH HANANNI BINTI ABU BAKAR

    September 27, 2021 at 1:07 pm

    yummy😋

  4. Mabelessss… Tbe2 ase lapor.. Huhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *