Staycation, Tak Perlu Jauh Pun Asal Dapat Suntik Aura Positif, Kurangkan Tekanan

Staycation, Tak Perlu Jauh Pun Asal Dapat Suntik Aura Positif, Kurangkan Tekanan

Staycation? Biasa tak dengar perkataan ini? Bagi yang tak tahu maksud staycation, perkataan ini adalah hasil gabungan dari ‘stay’ (menginap) dan ‘vacation’ (percutian).

Menurut Cambridge Dicti­­­onary, definisi Staycation adalah liburan yang dilakukan di rumah atau berdekatan rumah tanpa pergi atau melakukan perjalanan ke tempat lain.

Selalunya istilah staycation ini kita gunakan untuk percutian yang singkat, untuk merehatkan diri serta menenangkan fikiran. Biasanya kita tak akan atur banyak aktiviti sepanjang staycation itu.

Kata orang, nak santai-santai dan rileks je tanpa perlu terkejar-kejar nak ke satu-satu lokasi lain. Kalau ikut bahasa mudah sis, nak bermalas-malasan gitu!

Staycation, Tak Perlu Jauh Pun Asal Dapat Suntik Aura Positif, Kurangkan Tekanan

Dah Kembali Meriah

Wahh! Sejak dah boleh rentas negeri, hotel kembali meriah. Sis pun antara yang rebut peluang ini. Tapi tak berani lagi nak rentas negeri, so sis pilih staycation kat area KL je lah. Biar reda sikit baru plan nak rentas negeri. Risau jugak kalau ramai-ramai sangat kan?

Lokasi Pilihan Staycation?

Umumnya, hotel, apartmen, dan villa menjadi pilihan. Hotel atau akomodasi lainnya yang nyaman serta memiliki fasiliti yang lengkap, dianggap mampu memberikan suasana berbeza daripada menghabiskan hari libur dengan hanya duduk diam di rumah. Lokasi hotel atau apartmen yang berdekatan dengan pusat hiburan lainnya seperti pusat beli belah atau kawasan kuliner menjadi nilai tambah.

Ada ketikanya, kita rasa dah stress dengan rutin hidup kita sehari-hari dan ingin ‘lari’ sekejap daripada kebiasaan itu. Jadi, staycation dijadikan pilihan.

‘Lari’ Seketika Daripada Rutin Harian

Untuk sis, pergi check in ke mana-mana hotel yang disukai walau pun untuk semalam dua, cukup untuk memberikan aura positif pada diri. Yang penting, nak lari sekejap dari rumah. Dah penat kerja, perlu juga ruang untuk melepaskan tekanan.

Ada yang kata, bercuti di rumah pun rehat juga. Bagi sis, tak rehat. Bila cuti dan duduk rumah saja, lagi penat sebenarnya. Macam-macam kita nak buat. Tengok rumah bersepah, mesti nak kemas rumah. Takkan nak jeling je kan. Kemudian, takkan tak nak masak. Kalau pun order delivery, tetap kena sediakan. Kemas meja makan.

Bersantai-Santai Je

Sebab itu, sis suka untuk ‘keluar’ dari rumah untuk staycation. Bila duduk hotel, memang kita rehat je lah.

Dulu sebelum pandemik, selalu jugak lah ajak suami staycation bila ada peluang. Ala, bukan jauh pun. Sekitar KL dan Shah Alam. Kalau cuti panjang, orang tentu berebut nak pergi bercuti ke luar lembah Klang. Tapi tiga beranak pula pilih KL. Contohnya tiap kali raya Cina (rasanya sempatlah tiga tahun berturut-turut sebelum pandemik) kami pilih untuk staycation kat KL je.

Kami pulak suka hotel yang di pinggir kota sikit, tak sesak. Sebab tu antara hotel yang kami suka, hotel Sunway Putra. Sejak masih dipanggil Hotel Legend kami memang suka stay di sini.

Acah-Acah Pelancong Bila Staycation

Selalunya kami akan acah-acah pelancong. Selalunya suami tak suka drive dan kalau nak ronda-ronda atau pergi makan, kami naik teksi je. Sering kali kami dianggap pelancong local. Apa lagi, kami menyamarlah konon dari Terengganu. Maklumlah sis kan orang Ganu. Terus sis tukar ‘speaking Ganu’.

Suka Sarapan

Mungkin orang cakap sis ni ntah apa-apa. Tapi terus terang, antara tarikan untuk sis staycation kat mana-mana hotel, kerana suka sarapan di hotel. Ada tak yang macam sis ye?

Sis sanggup, lepas subuh terus siap-siap nak turun. Biasa jam 7.30 pagi sis dah turun breakfast kat coffee house hotel. Entahlah. Mungkin kerana dulu zaman kecil tak berpeluang rasa benda ni semua.

Bila dah kerja, ada rezeki lebih, tak salah kita nak buat apa yang kita suka kan? Sis suka lepak-lepak, sambal makan pelan-pelan. Sebab tu sis suka turun awal. Orang tak ramai lagi. Ada masa kita tenang-tenang.

Suami pun dah faham. Kalau check in, mesti kena include breakfast. Faham dengan mina wife dia. Nasib lah anak seorang je. Kalau anak ramai, pening juga nak bayar breakfast. Apa pun tu pilihan masing-masing. Ada orang tak suka breakfast kat hotel. Katanya tak berbaloi apatah lagi anak kecil-kecil.

Ada juga yang malas nak bangun pagi. Hihi. Sekali lagi, pilih masing-masing kan…

Alasan Staycation Menjadi Pilihan Percutian Pendek yang Digemari:

Lebih Memudahkan

Alasan pertama mengapa staycation lebih diminati adalah kerana lebih mudah direncanakan daripada percutian konvensional. Cukup dengan memesan hotel atau apartmen, settle.

Harga yang Lebih Terjangkau

Salah satu pertimbangan utama mengapa staycation lebih sering menjadi pilihan adalah harganya yang lebih terjangkau. Kita tak perlu menyiapkan dana untuk tiket penerbangan dan sebagainya. Hanya bajet untuk penginapan dan makan saja.

Tak Ambil Banyak Waktu Untuk Plan Staycation

Staycation boleh dilakukan bila-bila kita free, tanpa perlu menunggu cuti panjang.

Berikan Kesan Menyegarkan

Meskipun terkesan sederhana dan boleh dilakukan dalam waktu singkat, ternyata staycation banyak dipilih kerana mampu menghadirkan suasana berbeza sehingga mampu memberikan kesan segar pada diri kita. Sama seperti kalau kita bercuti atau melancong ke luar /dalam negara.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *