Catatan Umrah 2021 untuk PART 2. Sebaik melihat kaabah di depan mata…SUBHANALLAH!! Air mata auto mencurah-curah keluar. Ya Allah! Terasa Allah SWT Maha Baik. Maha Penyayang. Maha Pengampun.
Walau tahu diri banyak dosa pada-Nya tapi masih sudi menjemputku jadi tetamu-Nya. Terima kasih Ya Allah
.




Catatan Umrah Pertama, Nikmatnya Tak Terluah Dengan Kata-Kata
Sayu sungguh saat melihat kaabah di depan mata. Tak tergambar dengan kata-kata. Terima kasih Allah atas nikmat yang Kau berikan.
Terasa diri cukup bertuah dapat menjejakkan ke Mekah di saat ada berjuta umat Islam yg masih mengharapkan untuk berada di sana.
Alhamdulillah umrah pertama berjalan lancar. Sama seperti di Madinah, ketika kami sampai orang belum ramai. Lengang je..Belum tiba musim cuti.
Niat Umrah Bersyarat
Oh ye. Bila nak niat umrah, tak kira lelaki atau perempuan, disarankan untuk niat bersyarat. Selain risau perempuan datang period, risau dek masalah kesihatan atau berhalangan lain, lebih-lebih lagi musim sekarang.
Berapa kali buat umrah? Terpulang pada kemampuan masing-masing. Ada jemaah yg hari-hari tunai umrah. Kalau nak buat sendiri (bukan dgn mutawif dan ahli jemaah lain), cari je teksi untuk keluar bermiqat di luar tanah haram.
Hati-Hati Bila Ambil Teksi
Sis Wawa bermiqat di Masjid Tan’im atau dikenali sebagai Masjid Aisyah kerana di masjid ini Saidatina Aisyah bermiqat ketika nak kerjakan umrah. Tambang teksi hanya 40 riyal. TAPI hati-hati! Ada yang charge sampai 100 riyal!

Ketika di Mekah, sis duduk di Zamzam Pullman kat Menara jam. Jadi, kalau nak ambil teksi, kena keluar sikit dari parking hotel. Kalau tahan di parking bawah hotel tu..hmmmm..faham-faham la ye harganya…
Lepas buat umrah pertama, biasanya mutawif akan sarankan untuk umrah seterusnya kita buat badal umrah untuk orang tersayang yg dah meninggal dunia. Jangan tamak kata ustaz. Kalau buat badal umrah, kita tetap dapat pahala umrah. Arwah pun dapat pahala..kan lagi bagus!
Sama seperti di Madinah, kena apply permit untuk umrah dan solat di Masjidil Haram menerusi Apps Eatmarna.
Beza Suasana Di Mekah Dan Madinah
Suasana di Mekah berbeza dari di Madinah. Udara pun berbeza. Orang Madinah lebih mesra alam berbanding orang mekah.
Kalau rindu masakan Malaysia, boleh try roti canai di food court sebelah Menara jam. Rasanya? Boleh laaa…Selain tu, sana pun ada McD dan KFC ..Starbuck pun ada..tapi semua tu sis tak teringin pun..anak dan suami ada try.
. Harga? Satu set KFC misalnya dekat 40 riyal. Mahal!

Cuma, satu je yang sis rasa kurang berkenan sungguh..ada jemaah yang sibuk buat live dan video call ketika sedang tawaf sekeliling kaabah dan saie.

Beberapa kali sis jumpa, orang yang di video call tu pulak tak tutup aurat. Perempuan..nampak rambut! Agak-agak? Dah lah di depan Kaabah, aurat terdedah. Jemaah lain pun boleh tengok dengan jelas..Haish.
Belum lagi yg buat live sambil berdoa kuat-kuat! Allahu..hormatlah rumah Allah. Dan sebenarnya perbuatan dorang tu mengganggu jemaah lain yg nak fokus ibadah. Tiap pusingan tawaf, ada doa yg perlu dibaca..kita kena allert sudut-sudut yg doa paling mustajab..misalnya antara hajarul aswad dan pintu kaabah..hijir ismail..
Begitu juga waktu saie. Ada tempat ada bacaan tertentu..Tapi kalau sibuk nak video call, nak buat live…bila nak berdoa? Sangat rugi tak rebut peluang yang ada.
Baca ini juga: Doa Mustajab Depan Kaabah
Jemaah Malaysia Disukai
Nasib baiklah yg sis jumpa tu bukan jemaah Malaysia ye! Kiranya jemaah Malaysia mmg tertib, sebab tu orang sana suka dan hormat kita. Terus istighfar dan cepat-cepat jalan. Nak jaga hati sendiri

Tapi sis faham, mesti nak kongsi dengan orang-orang tersayang momen indah di sana. Tak salah..tapi tengok keadaan lah. Mungkin waktu dah selesai semua ibadah, tengah tunggu waktu solat, tengah aktiviti ziarah, bolehlah.
Asal jangan sampai ganggu jemaah lain. Atau boleh rakam dulu, nanti balik bilik bolehlah forward. Ini pendapat sis secara peribadi ye. Mungkin ada yg tak setuju..its okay.
Baca di sini juga: Catatan Umrah Part 1

Sayu Hari Terakhir
Tiga hari sebelum balik, orang makin ramai dan keadaan tambah sesak. Hari terakhir, tawaf wida, suasana memang sesak. Jemaah makin ramai kerana sana dah musim cuti.
Alhamdulillah kami masih mampu menyelesaikan tawaf wida. Tapi ia tak wajib di dalam suasana sekarang. Lepas tawaf wida, jangan shopping lagi tau. Nanti kena bayar dam!
Tiga hari sebelum balik ke Malaysia, kami juga buat PCR test. Bayar sendiri. Alhamdulillah negatif dan dibenarkan pulang. Risau sungguh, takut sangkut!
Baca artikel ini juga: Tip Doa Depan Kaabah

Catatan Umrah Kenangan Terindah 2021
Sampai di KLIA sekali lagi kami kena buat swab test dan pakai jam tracker. Alhamdulillah lancar je segala proses. Jemaah kami masih dibenarkan home quarantine. Namun hari ke-5 dapat result rupanya kami sefamili positif…tapi sebab sekadar batuk, sis dan anak dibenarkan kuarantin di rumah. Kami tak demam, deria rasa dan bau ada. Hanya suami ke hospital Sungai Buloh sebab golongan berisiko.
Kami terima dengan lapang dada. Ujian kecil daripada Allah. Walau dah sedaya upaya jaga SOP, tapi kalau nak kena..tetap kena. Yang penting kami tetap bersyukur kerana sudah selesai segala ibadah.
Sis juga bersyukur kerana jemaah kami ini sangat sporting, suka tolong menolong, mesra. Mungkin kerana kami pun tak ramai. Dua orang mutawif kami pun mmg tip top.
Sis doakan bagi yg belum ke tanah suci, akan dijemput Allah sebagai tetamu-Nya kelak..bagi yang dah pergi, insya Allah akan dijemput lagi..aamiin.
netty
February 10, 2022 at 5:07 amAllah.. seronoknya lah kak.. moga saya dan en Yem ada rezeki untuk jejak ke tanah suci jadi tetamuNya.