Kacang Parang Kaya Khasiat, Sedap Dimakan Sebagai Kudapan

Kacang Parang

Kacang parang antara snek kesukaan sis Wawa. Kalau jumpa mesti nak makan. Tekturnya yang rangup buat kita ralit makan sambil membawang…ops!

Kacang Parang atau nama saintifiknya Canavalia gladiata merupakan sejenis tumbuhan menjalar.

Kacang parang atau kacang buncis besar serta vicia faba, juga dikenali sebagai kacang fava, kacang faba, kacang loceng, or kacang tik, ialah satu spesies kacang berasal dari Afrika Utara, barat daya dan selatan Asia, dan ditanam meluas di tempat lain (sumber: Wikipedia).

Kacang Parang Snek Sedap Dan popular

kacang Parang

Kacang parang yang digoreng dan ditabur dengan garam amat sedap rasanya. Teksturnya yang rangup dan disertai rasa sedikit masin, membuatkan kita ralit bila mengunyah.

Ia antara snek popular. Selalu ada di rumah-rumah terutama tiap kali musim perayaan sebagai kudapan ringan untuk para tetamu. Tetapi awas, ia mampu membahayakan kesihatan mereka yang mengidap penyakit kekurangan G6PD!

Khasiat Untuk Kesihatan

Kacang Parang Kaya Khasiat, Sedap Dimakan Sebagai Kudapan
Foto: Pexels

Apa pula khasiat kacang parang untuk kesihatan? Antaranya:

1.Kesihatan Tulang

Satu cawan kacang ini mengandungi 36% keperluan harian mangan. Mangan mengurangkan masalah kekurangan kalsium. Justeru, ia bagus untuk mendapatkan tulang yang sihat.

2.Kaya Dengan Mineral

Ia mengandungi serat, vitamin K, vitamin B6, zink, kuprum, zat besi, magnesium, kalori, karbohidrat, protin, lemak, serat, mangan, kurpum, fosforus, thiamine, riboflavin, kalsium, potassium dan banyak lagi.

3. Rendahkan Tekanan Darah

Hipertensi boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita memerlukan magnesium, yang boleh merendahkan tekanan darah sekali gus membantu mendapatkan jantung yang sihat.

4.Bagus Untuk Sistem Saraf

Ia juga kaya dengan folate iaitu nutrien yang berguna untuk metabolisme tenaga, menyokong sistem saraf dan menyihatkan sel darah merah.

5. Elak Risiko Anemia

Kandungan zat besinya pula memberikan kita tenaga harian yang diperlukan. 1 cawan sudah cukup memberikan kira-kira 14% keperluan harian manusia.

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan haemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan kepada sel-sel. Kekurangan zat besi menyebabkan proses ini agak sukar. Kita akan berasa letih dan tidak aktif. Kesannya, kita mungkin akan menghidap anemia.

6.Bantu Kawal Simptom Parkinson

Kaya dengan L-dopa, bahan yang digunakan secara perubatan bagi rawatan penyakit Parkinson. L-dopa juga merupakan agen natriuretik, yang mungkin membantu mengawal hipertension.

Boleh baca artikel ini juga: Penyakit Pilonidal Sinus

Siapa DILARANG MAKAN Kacang Parang?

Kacang Parang
Foto: Pexels

Kacang ini kaya dengan bahan tyramine, dan dengan itu perlu dielakkan oleh mereka yang mengambil “monoamine oxidase (MAO) inhibitor”.

Kacang parang yang mentah mengandungi bahan vicine, isouramil dan convicine, yang mampu menyebabkan “hemolytic anemia” pada pesakit dengan keadaan diwarisi yang dikenali sebagai “glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency” (G6PD). Keadaan yang mampu membawa maut ini dikenali sebagai “favism” sempena kacang parang (“fava bean”).

Kekurangan enzim G6PD merupakan sejenis penyakit darah atau lebih tepat lagi, sejenis anemia hemolitik yang berlaku secara turun temurun. Pernahkah berjumpa dengan individu yang pantang makanan seperti kacang parang, ubat gegat, antibiotik serta ubat herba tertentu?

Untuk pengetahuan korang, makanan ini tidak boleh disentuh langsung oleh penghidap G6PD. Jika mereka termakan semua makanan ini secara tidak sengaja, ia boleh membawa maut!

Kesimpulan

Kacang parang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita. Namun begitu, kacang parang turut mempunyai kekurangan iaitu ia boleh menyebabkan alergi.

Jadi,  digalakkan untuk mendapatkan nasihat sekiranya ada keraguan atau khuatir mengenai kesihatan diri.

Baca ini juga: Pasang Kepala Gas

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *