Petai superfood atau makanan yang tinggi khasiat di dalamnya tapi ramai dipandang rendah oleh ramai orang.
Sebabnya ia memiliki bau yang dianggap ‘busuk’ oleh sesetengah orang terutama generasi mudah.
Amboi! Dorang tak tahum petai tu antara ulaman yang berkhasiat tinggi. Jangan pandang sebelah mata je tau.
Sis Wawa memang suka petai. Lebih-lebih lagi bila dimakan mentah, sekali dengan kulitnya. Ya, memang pahit tapi sedap.
Fakta Tentang Petai
Nama saintifiknya adalah parkia speciosa dan ia turut dikenali dengan nama lain di negara-negara lain seperti sataw (Thailand), pete (Indonesia), yongvhsk (India), bitter bean, stink bean atau twisted cluster bean.
Ia dimakan secara terus, dibuat ulam, dijerukkan atau dimasak dengan pelbagai jenis masakan seperti sambal dan sebagainya. Aroma dan rasanya yang tersendiri membuatkan sesuatu hidangan yang menggunakannya akan jadi lebih sedap.
Masak nasi goreng simple pun boleh jadi lain macam sedapnya bila bubuh petai. Tak caya? Cubalah!
Petai yang dulunya hanya dikenali sebagai sayuran hutan yang hanya dinikmati dan dihargai oleh penduduk luar bandar, kini menjadi buruan ramai sebagai makanan ulam yang sangat popular.
Khasiat Petai Untuk Kesihatan:
Ramai yang asyik merungut tentang baunya tanpa memikirkan khasiat di sebaliknya.
1.Bantu Lindungi Sel Daripada Rosak Dan Kuatkan Sistem Imun
Tahu tak korang, petai kaya antioksida polyphenol, phytosterol dan flavonoid.
Ia berfungsi untuk melindungi sel dari rosak dan kuatkan sistem imun badan kita.
Sama macam dark chocolate.
2. Mencegah Kemurungan
Petai mengandungi triptofan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin. Sejenis hormon gembira yang dapat meningkat dan merangsang mood serta merilekskan minda. Dengan jumlah serotonin yang tentu, ia dapat membahagiakan korang!
3.Untuk Kesihatan Jantung
Untuk kawal keseimbangan air dengan fungsi jantung. Seperti yang dikatakan awal tadi, petai mengandungi zat kalium yang tinggi, dan zat ini mampu mengurangi tekanan darah serta ianya baik untuk kesihatan jantung. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kalium amat penting bagi kesihatan jantung.
4.Cegah Anemia
Anemia adalah keadaan apabila badan kita kekurangan darah. Seseorang akan selalu berasa letih, berkelihatan pucat serta merasakan dirinya hendak pitam apabila mengalami anemia.
Petai mempunyai zat besi yang tinggi, yang dapat membantu dalam merangsangkan pembentukan hemoglobin dalam darah. Dengan itu, ia dapat mencegah anemia.
5. Jaga Sistem Penghadaman Dan Bantu Atasi Sembelit
Jika korang mengalami masalah penghadaman, bolehlah cuba makan sayur ini, sebab ia mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit.
6.Bantu Stabilkan Tekanan Darah
Untuk pengetahuan, sayur ini sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah.
Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and DrugAdministration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
7.Tangani Obesiti
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institute of Psychology di Austria, didapati bahawa individu yang stres dengan pekerjaan akan mengambil makanan ringan seperti coklat dan kerepek lebih banyak.
Menerusi penelitian yang dibuat terhadap 5,000 orang di sebuah hospital, saintis mendapati bahawa orang yang obesiti adalah terdiri dari golongan pekerja yang banyak menerima tekanan di tempat kerja.
Jadi, dicadangkan supaya mereka yang kerap stres, makan makanan tinggi karbohidrat seperti petai setiap 2 jam sekali untuk membantu menyelesaikan masalah obesiti atau kegemukan.
8.Bantu Cegah Kanser
Kajian yang dijalankan di Thailand juga mendapati bahawa pengambilan biji petai mentah mampu mencegah kejadian kanser esofagus.
9.Kawal Gula Dalam Darah
Ia juga dikatakan mampu membantu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah.
Baca ini juga: Khasiat Bendi
AWAS! Jangan Makan Berlebihan!
Kesan Sampingan Jika Dimakan Secara Berlebihan
Terdapat beberapa kesan sampingan jika ia dimakan secara berlebihan.
- Meningkatkan Asid Urik Dan Reumatik
Ia boleh meningkatkan tahap asid urik dalam badan. Ini disebabkan kandungan purine petai yang tinggi. Ia adalah salah satu makanan yang berpotensi menyebabkan kemunculan gangguan reumatik pada seseorang.
Perkara yang perlu diperhatikan jika seseorang mengambil terlalu banyak petai adalah gejala arthritis yang boleh dirasakan
- Pening Atau Sakit Kepala
Kesan sampingan lain bila memakannya secara berlebihan, boleh menyebabkan pening kepala dan sakit kepala. Ia mempunyai kandungan semula jadi yang dapat merangsang kemunculannya.
- Gangguan pada buah pinggang
Satu lagi bahaya penggunaan sayuran ini ialah ia boleh menyebabkan gangguan organ buah pinggang. Organ buah pinggang adalah salah satu organ yang boleh mengalami gangguan ketika seseorang mengambil petai, terutama jika dimakan dengan jumlah yang terlalu banyak.
Petai mempunyai kesan antibakteria dan antiradang pada buah pinggang. Oleh itu, memakannya mungkin perlu dihadkan untuk pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang. Ia tinggi dengan kandungan protein, dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kesan buruk pada buah pinggang anda.
Selain itu, ia mengandungi kalium yang terlalu tinggi dan mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja.
Kesimpulannya, tiada masalah untuk mengambilnya. Cuma, sila lebih berhati-hati dengan kadar pengambilannya bagi mengelakkan kesan negatif kepada tubuh badan kita ya.
Resipi Nasi Goreng Petai Simple
Bahan-Bahan:
Nasi sejuk
Sedikit cili kisar
3 biji bawang merah – hiris halus
5 ulas bawang putih – hiris halus
1 genggam bilis
Sebiji telur
Sepapan petai – ambil isi
Garam
Minyak Masak
Cara Memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng dahulu ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, masukkan hirisan bawang diikuti oleh cili kisar. Tumis hingga terbit bau dan cili masak. Masukkan telur. Kacau sekata.
- Masukkan nasi dan kacau sekata. Tambahkan garam secukup rasa.
- Masukkan petai dan bilis yang telah digoteng. Gaul sebati. Siap. Mudah kan?
Leave a Reply