Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Resipi Rendang Daging Cili Padi paling simple. Tak perlu tumis dulu. Yang suka pedas wajib cuba.

Memang sedap dan baunya semerbak satu rumah tau. Sebenarnya masak rendang ini banyak versi dan resipinya. Ada yang tumis dulu bahannya, ada yang masakkan santan dulu sampai pecah minyak dan ada yang terus campak je semua bahan ke dalam kuali. Terpulang pada selera.

Kali ini, sis Wawa kongsikan resipi rendang daging cili padi atau cili api, yang paling simple. Tak guna daun kunyit dan daun limau purut tapi baunya harum memancing selera. Boleh cuba versi ini pulak ye.

Tak susah sebenarnya masak rendang. Sekarang lagi senang. Beli saja di pasar bahan-bahan kisarnya. Senang kan? Selamat mencuba!

Resipi Rendang Daging Cili Padi

Bahan-bahan Resipi Rendang Daging Cili Padi:

1kg daging – cuci bersih

1kg santan pekat

2-3 sudu cili kisar

2 batang serai – ketuk

Sedikit garam dan gula melaka

Sedikit air asam jawa

Sedikit kerisik

Bahan B (Kisar):

10 biji bawang merah

1 labu bawang merah besar

7 ulas bawang putih

1 mangkuk kecil padi – bergantung tahap kepedasan nak diingini

2 batang serai

1 inci kunyit hidup

2 inci halia

2 inci lengkuas

Bahan C (Sangai):

Rempah 4 beradik iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala

3 biji buah keras

1 sudu kecil jintan manis

Sesudu kecil ketumbar

Cara Memasak Resipi Rendang Daging Cili Padi:

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Mula-mula sangai bahan C tanpa minyak buat seketika.

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Kemudian kisar kering hingga hancur. Ketepikan.

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Dalam kuali/periuk, masukkan daging bersama sedikit cili kisar dan cili padi kisar. Tak perlu minyak ye. Biarkan daging terbit airnya dan mongering. Sis Wawa panggil proses ni proses ‘mati air’.

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Bila air daging dan menggering, masukkan bahan kisar selebihnya tadi. Gaul sekata. Masak hingga kering.

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Kemudian bila sudah agak kering, bolehlah masukkan santan pekat. Kacau sekata. Kena sentiasa kacau untuk memastikan ia tidak hangit di bahagian bawahnya.

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Kemudian masukkan serai ketuk.

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Masukkan pula kerisik. Ia akan membantu rendang kita jadi lebih pekat dan rasa lebih lemak. Aroma kerisik juga sangat wangi. Gaul sekata.

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Seterusnya, bila santan mula memekat, masukkan bahan sangai dan sudah dikisar tadi dan gaul sekata.

Perasakan dengan garam dan gula Melaka/Nissan. Kacau sebati.

Terus masak hingga rendang makin menggering. Gunakan api perlahan. Rendang ini, semakin lama dimasak, semakin sedap dan warnanya akan bertukar menjadi lebih gelap dan pecah minyak.

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis

Siap, bolehlah dihidangkan dengan aneka jenis nasi atau ketupat serta lemang. Selain daging, ayam pun sedap.

Selamat mencuba! Sekarang tak perlu tunggu raya. Kalau terasa nak makan, buat je!

Cub reipi ini juga: Rendang Padang Asli

Rendang Menu Wajib Hari Raya

Antara hidangan yang selalu ada di meja makan tentulah rendang. Tak kiralah rendang daging, rendam ayam dan macam-macam rendang lagi. Sedap dimakan dengan lemang, ketupat atau nasi.

Bolehlah cuba rendang cili padi ini pula ye. Kalau esoknya dipanaskan lagi, makin sedap tau! Berbanding rendang ayam, sis Wawa lagi suka rendang daging sebab ia boleh tahan lebih lama. Kalau kerap dipanaskan, makin sedap.

Petua Masak Rendang Sedap

Resipi Rendang Daging Cili Padi Paling Simple. Tak Perlu Tumis
Foto: Pexels

Tiap masakan, tentunya ada petua yang membuatkan masakan itu lebih sedap. Berikut adalah beberapa petua untuk masak rendang yang sedap:

1.Pilih daging yang berkualiti baik. Daging lembut tempatan lebih sedap berbanding daging import. Pilih bahagian paha atau daging yang mengandungi sedikit lemak bagi rasa yang lebih kaya.

  1. Gunakan santan segar. Rendang menjadi lebih sedap jika santan yang digunakan adalah santan segar. Boleh menggunakan santan pekat untuk rasa yang lebih pekat.
  2. Kalau masak rendang versi tumis, pastikan t,umiskan rempah-rempah seperti serbuk rendang, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, dan serbuk lada hitam sehingga harum dan berubah warna sebelum masukkan daging.
  3. Jika rendang terlalu pekat atau kering, tambahkan sedikit air atau santan dan biarkan masak sehingga mencapai konsistensi yang diinginkan.
  4. Semak rasa dengan garam dan gula secara berperingkat semasa masak untuk mendapatkan keseimbangan rasa yang sempurna.
  5. Masak rendang kena sabar kerana proses memasaknya memang lama. Masak rendang dengan api perlahan dan biarkan proses memasak berlangsung secara perlahan-lahan. Ini membolehkan rempah-rempah meresap dengan baik ke dalam daging dan menjadikan rendang lebih sedap.
  6. Boleh masukkan daun-daun aromatik seperti daun limau purut dan daun kunyit untuk menambahkan aroma segar kepada rendang. Ikut selera masing-masing lah ye.
  7. Simpan rendang dalam periuk atau bekas yang tertutup setelah sejuk. Ini membolehkan rendang menyerap semua rasa dan aroma yang lebih baik.

Baca ini juga: 3 Cara Masak Ikan Bakar Sedap

 

 

 

 

 

 

 

2 Comments

  1. sedapnya, jarang masak guna cili padi nanti boleh cuba style ni pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *