Hukum Bayar Fidyah Puasa Wajib. MAIS Seru Umat Islam Bayar Fidyah

Hukum Bayar Fidyah Puasa Wajib. MAIS Seru Umat Islam Bayar Fidyah.

Hukum bayar fidyah puasa wajib. MAIS seru umat Islam bayar fidyah. Jangan ambil ringan kerana sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT!

Ramadan 2024 dah makin hampir. Bagi yang ada keuzuran dan perlu bayar fidyah, dah bayar ke belum?

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Apa Itu Fidyah?

Fidyah merujuk kepada pembayaran atau penggantian yang diberikan oleh seseorang yang tidak mampu menjalankan ibadah puasa semasa bulan Ramadan atau mengerjakan ibadah haji kerana alasan kesihatan atau keadaan yang menghalang.

Fidyah ini biasanya diberikan dalam bentuk makanan kepada orang yang memerlukan atau dalam bentuk wang untuk menyediakan makanan kepada golongan yang memerlukan. Ini adalah satu bentuk kewajipan agama dalam Islam untuk memastikan semua umat Islam dapat memenuhi tuntutan agama mereka tanpa mengabaikan kesejahteraan diri mereka.

Hukum Bayar Fidyah Puasa Wajib

Hukum Bayar Fidyah Puasa Wajib. MAIS Seru Umat Islam Bayar Fidyah.
Foto: Pexels

Apabila seseorang yang berkelayakan untuk membayarnya sengaja tidak melaksanakan kewajipannya tanpa alasan yang sah. Ini dianggap sebagai pelanggaran terhadap kewajipan agama dan boleh menimbulkan dosa kepada individu tersebut.

Oleh itu, adalah penting bagi setiap individu yang berkelayakan untuk membayar fidyah agar memenuhi tuntutan agama Islam dan untuk menjaga kebajikan orang-orang yang memerlukan bantuan.

5 Golongan Wajib Bayar Fidyah Puasa

Hukum bayar fidyah puasa wajib. Siapa 5 golongan yang wajib bayar sekiranya tinggal puasa dengan sebab tertentu?

1.Uzur Syar’ie & Sakit Yang Boleh Sembuh

Golongan ini meninggalkan puasa Ramadan akibat uzur syar’ie (musafir, haid, nifas atau wiladah) serta sakit yang ada harapan sembuh. Golongan ini diwajibkan untuk qadha puasa’ sebelum tibanya bulan Ramadhan akan datang.

Jika mereka gagal menggantikan puasa, maka mereka perlulah qadha’ puasa serta bayar fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

  1. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh

Golongan ini tidak dapat berpuasa kerana menghidap sakit yang tiada harapan sembuh serta disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

Golongan ini tidak wajib qadha’ puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.

  1. Ibu Hamil Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya

Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebab:

Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja, atau; Bimbang akan kesihatan diri serta kandungan atau anaknya.

Para ibu ini tidak wajib bayar fidyah, namun mereka wajib qada’ puasa.

  1. Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan

Ibu hamil atau yang masih menyusukan anak tidak berpuasa di bulan Ramadhan atas sebab bimbangkan kesihatan anak atau kandungan diwajibkan untuk qadha’ puasa dan bayar fidyah.

  1. Orang Yang Meninggal Dunia

Bagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar fidyah si mati.

Orang Layak Terima Fidyah

Orang yang layak menerima fidyah adalah golongan yang memerlukan bantuan, seperti fakir miskin, asnaf, atau mereka yang tidak mampu untuk menyambung hidup secara mencukupi. Mereka ini biasanya terdiri daripada golongan yang tidak mampu untuk menjalankan ibadah puasa semasa bulan Ramadan atau mereka yang tidak mampu untuk mengerjakan ibadah haji disebabkan oleh alasan kesihatan atau keadaan yang menghalang. Menerima fidyah membantu memastikan bahawa mereka yang memerlukan bantuan mendapat sokongan dan bantuan untuk memenuhi keperluan asas mereka.

Bayar Mudah Dengan Kalkultor Fidyah MAIS

Hukum bayar fidyah wajib. Bagi yang ingin pembayaran fidyah, selain hadir sendiri ke MAIS, boleh lakukan secara online saja. Cukup mudah, dengan menggunakan aplikasi Kalkulator Fidyah yang telah diperkenalkan oleh MAIS.

Kalkulator Fidyah Puasa ialah sebuah platform digital kalkulator yang telah dibangunkan oleh MAIS bagi memudahkan masyarakat Islam untuk membuat pengiraan kadar fidyah sebelum membuat bayaran. Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.

Untuk makluman, Kalkulator Fidyah Puasa ini mempunyai tiga kadar bayaran iaitu RM2.00, RM4.00 dan RM6.00 dan mempunyai kaedah bayaran berganda dan tidak berganda. Ia akan bantu membuat kiraan berapa jumlah fidyah yang perlu dibayar. Senang kan?

Tengok sini: Kalkulator Fidyah Puasa MAIS 

MAIS Jalin Kerjasama Dengan 298 Rakan Strategik

Hukum Bayar Fidyah Puasa Wajib. MAIS Seru Umat Islam Bayar Fidyah.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bekerjasama dengan 298 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) bagi membantu menyampaikan sumbangan fidyah MAIS terus kepada mereka yang memerlukan dengan menggunakan peruntukan fidyah secara efisyen, menyeluruh dan menepati golongan penerima.

Program agihan fidyah ini dilaksanakan oleh MAIS dengan kerjasama RSAFM yang terdiri dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), agensi kerajaan, sekolah, masjid dan surau di daerah yang terlibat.

Selain itu, MAIS juga turut melantik ejen kutipan fidyah MAIS bagi menyebarluaskan kutipan fidyah terutama di negeri Selangor iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Malaysia E-Government (MYEG), Bank Muamalat Malaysia Berhad, As-Salihin Trustee Berhad dan Rakyat Trustee Berhad.

Bagi tahun 2023, MAIS telah berjaya melaksanakan kutipan fidyah berjumlah RM12.5 juta dan hasil kutipan tersebut, sebanyak RM11.9 juta telah diagihkan kepada mereka yang layak. Manakala bagi tahun 2024, MAIS mensasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta.

.Melalui Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor yang diadakan bermula 13 Februari sehingga 11 Mac 2024, pelbagai program telah disusun antaranya ialah Program Hari Bersama Baitulmal; Bual Bicara di Radio Selangor FM; Taklimat, Tazkirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas di Institusi, Masjid dan Surau Terpilih; Kaunter Pemasaran Baitulmal dan Forum Fidyah.

Tujuan Kempen Bulan Kesedaran Bayar Fidyah

Tujuan kempen diadakan adalah memberikan kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat Islam tentang tanggungjawab melunaskan hutang fidyah di samping menggalakkan masyarakat Islam menggantikan puasa lebih awal sebelum bertemunya bulan Ramadhan yang akan datang.

Untuk info lanjut, boleh didapati di laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my dan media sosial rasmi MAIS.

MAIS Raikan Rakan-Rakan Strategik

Hukum Bayar Fidyah Puasa Wajib. MAIS Seru Umat Islam Bayar Fidyah.

Di dalam majlis yang sama yang berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam, MAIS turut meraikan rakan-rakan strategik yang selama ini telah menjalinkan kerjasama erat dan komited dalam memastikan sasaran agihan fidyah dapat dilaksanakan secara efisyen dan menyeluruh.

Majlis Penghargaan Rakan Strategik & Rakan Media dan Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah Negeri Selangor Tahun 2024 telah disempurnakan perasmian oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.

Antara penerima penghargaan ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Radio Television Malaysia (RTM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Media Selangor, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Bernama, Kosmo, Radio IKIM, Radio Selangor, Radio Klasik, Karangkraf, rakan blogger dan sebagainya meliputi media arus perdana dan media digital.

Semoga hubungan baik di antara MAIS dengan rakan media dan rakan strategik terus ditingkatkan dan dikekalkan agar informasi berkaitan peranan MAIS, agensi dan anak syarikatnya dapat disebarluaskan lagi kepada masyarakat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *