
Info Ringkas Wawa Azwa
Info ringkas wawa azwa. Dunia penulisan cukup sebati dalam diri. Sejak menamatkan pengajian pada tahun 1998, terus terjun ke dunia kewartawanan. Bergelar wartawan di majalah Remaja sehingga diangkat sebagai editor. Kemudian berpindah ke majalah Dara.Com. Adat bekerja, bertukar jabatan perkara biasa. Selepas Dara.com, pernah ditugaskan di beberapa majalah lain iaitu MIDI, Rasa dan terakhir Mingguan Wanita.
Akhirnya kerjaya sebagai wartawan berakhir pada awal 2021. Namun dunia ‘sepi’ bila tak dapat lagi menulis. Dengan menulis, kita dapat meluahkan apa yang kita rasa dan perasaan yang sukar digambarkan bila dapat berkongsi dengan orang lain pula.
Maka akhirnya atas dorongan rakan-rakan, saya terjun ke dunia blog. Kiranya masih terlalu baru namun ia memberikan satu semangat baru dalam hidup. Tetap menulis walau pun kini medium berbeza.
Apa yang saya tulis di blog saya ini adalah berkisar tentang kehidupan dan pendapat saya secara peribadi tentang sesuatu perkara atau isu. Resipi-resipi yang saya kongsi juga kebanyakannya yang simple dan mudah nak dibuat. Masakan harian atau masakan rumahan. Semua orang boleh masak termasuk si bujang.
Semoga memberikan manfaat buat semua.
Salam manis
Wawa Azwa
** Untuk sebarang review, penajaan, advertorial, event dan sebarang bentuk kolaborasi, boleh call atau e-mel ke wawaazwa185@gmail.com atau azwa185@gmail.com.