Perayaan Tahun Baru Cina 2026 Dengan Kempen Prosperity Blossom Di AEON Mall

Perayaan Tahun Baru Cina 2026 Dengan Kempen Prosperity Blossom Di AEON Mall

Perayaan Tahun baru Cina 2026 Dengan Kempen Prosperity Blossom Di AEON Mall.  Perayaan ini pastinya diraikan penuh kemeriahan dan makna.

Kempen ini diinspirasikan daripada kepercayaan bahawa kemakmuran akan berkembang mekar apabila keluarga dan k omuniti bersatu di bawah satu bumbung.

Kempen ini mencerminkan proposisi unik AEON MALL sebagai destinasi gaya hidup dan pusat sehenti keluarga, di mana kegembiraan, kelimpahan, dan sambutan yang bermakna mekar secara semula jadi sepanjang musim perayaan ini.

Perayaan Tahun Baru Cina 2026 Lengkap Untuk Semua Usia

Perayaan Tahun Baru Cina 2026 Dengan Kempen Prosperity Blossom Di AEON Mall

Menerusi kempen khas ini, AEON MALL sekali lagi menampilkan pengalaman perayaan yang lengkap, selesa dan berbaloi untuk semua peringkat usia.

Bertemakan Prosperity Blossom, kempen ini diinspirasikan oleh kepercayaan bahawa kemakmuran akan berkembang apabila keluarga dan komuniti berkumpul bersama di bawah satu bumbung.

Sebagai destinasi gaya hidup sehenti yang berteraskan keluarga, AEON MALL terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk membeli-belah, berhibur dan mencipta kenangan indah sempena musim perayaan.

Ganjaran Premium Jin Yeye

Bagi menambah nilai kepada pengalaman membeli-belah, Prosperity Blossom AEON MALL menampilkan kolaborasi istimewa bersama Jin Yeye melalui penebusan Premium Prosperity Gift eksklusif yang mengandungi Abalone & Bird’s Nest.

Hadiah premium ini melambangkan kekayaan, kesihatan dan keberkatan sebagai doa untuk tahun baharu yang lebih baik.

Pelanggan boleh menebus ganjaran ini dengan cara:

  • Perbelanjaan RM800* untuk Ahli UOB / AEON Card
  • Atau RM1,000* untuk bukan ahli
  • Dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama

Kolaborasi Filem Tahun Baharu Cina 2026 Filem Engine yang Mengujakan

Perayaan Tahun Baru Cina 2026 Dengan Kempen Prosperity Blossom Di AEON Mall

Kemeriahan perayaan diteruskan dengan kolaborasi sinematik bersama Film Engine bersempena tayangan filem Tahun Baharu Cina yang dinanti-nantikan, Ah Beng & Liang Popo.

Kolaborasi ini membawa pengalaman hiburan terus ke dalam pusat beli-belah, menjadikan kunjungan lebih menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Antara ganjaran edisi terhad yang ditawarkan:

  • Movie Neck Pillow
    • Perbelanjaan RM600* (Ahli) atau RM800* (Bukan Ahli)
  • Tiket Filem Edisi Terhad
    • Perbelanjaan RM400* (Ahli) atau RM600* (Bukan Ahli)
    • Dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama

Koleksi Perayaan Eksklusif Prosperity Blossom

EON Mall Meriahkan Perayaan Tahun baru Cina 2026 Dengan Kempen Prosperity Blossom

Sebagai pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina, Prosperity Blossom AEON MALL turut menawarkan Prosperity Blossom Money Packet yang direka khas dengan sentuhan perayaan moden dan tradisional. Ia sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan insan tersayang.

Penebusan boleh dibuat dengan:

  • Perbelanjaan RM150* (Ahli)
  • Atau RM250* (Bukan Ahli)
  • Dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama

Aktiviti Perayaan Tahun Baru Cina di 27 AEON MALL Seluruh Malaysia

Selain ganjaran menarik, Prosperity Blossom AEON MALL dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti perayaan yang berlangsung di 27 AEON MALL di seluruh Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dinikmati termasuk:

  • Persembahan Prosperity Blossom Fan Dance
  • Pertandingan Kaligrafi Kanak-kanak
  • Festive Orange Parade
  • Persembahan Tarian Singa Tradisional
  • Bengkel DIY Kanak-kanak
  • Chinese New Year Movie Meet & Greet Roadtour bersama barisan pelakon

Aktiviti ini direka untuk menyatukan generasi, menghidupkan suasana perayaan dan mencipta pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Pengalaman Gaya Hidup Yang Meraikan kKebersamaan, Tradisi Dan Kegembiraan.

Prosperity Blossom AEON MALL bukan sekadar kempen perayaan, tetapi satu pengalaman gaya hidup yang meraikan kebersamaan, tradisi dan kegembiraan.

Setiap kunjungan menjadi peluang untuk memulakan tahun baharu dengan penuh harapan, rezeki dan kenangan indah bersama insan tersayang. Semoga perayaan Tahun baru Cina 2026 ini membawa seribu kegembiraan untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, layari www.aeonmallmy.com, Facebook: AEON MALL Malaysia

Instagram: @aeonmallmalaysia  atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL berhampiran anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *