Potato Bread Chompdown meriahkan sambutan Ulang tahun ke-40 AEON. Bersempena AEON meraikan ulang tahun ke-40 tahun ini, pelbagai aktiviti menarik telah diatur. Semua itu sebagai penghargaan buat para pelanggan setia AEON yang tidak jemu memberikan sokongan kepada AEON selama ini.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Potato Bread Chompdown. Peringkat akhirnya telah pun berlangsung di AEON Mall, Shah Alam baru-baru ini. Ia merupakan inisitiatif AEON Store, AEON Delicatessen dan La Bohame.
Grand Final Potato Bread Chompdown
Bagi pelanggan setia AEON, pasti dah cukup kenal dengan jenama La Bohame yang menawarkan pelbagai jenis roti dan pastri lazat dengan harga berpatutan. Di Antara produk ‘top sales’ AEON adalah roti kentangnya yang super lazat. Sis Wawa kalau ke AEON mesti tak ketinggalan beli roti kentang ini. Tahu tak, roti ini dah ada tiga perasa selain original, ada strawberi dan coklat. Semua sedap tau. Korang dah cuba ke belum? Rotinya gebu dan lembut.
Baca ini juga: AEON Fashion Show Preview 2024
Dua Peringkat Saringan Sebelum Finale
Berbalik pada pertandingan akhir Potato Bread Chompdown, seramai 10 orang peserta telah bertanding, yang datang dari pelbagai negeri.
Untuk makluman, saringan awal telah pun dijalankan dalam dua peringkat di 33 cawangan AEON Store di seluruh Malaysia sejak April 2024.
Dalam saringan pertama, setiap peserta akan berlumba untuk menghabiskan 3 ketul roti dan masa akan direkodkan. Peserta yang dapat menghabiskan roti dalam masa terpantas akan mara ke peringkat seterusnya.
Peringkat Kedua Potato Bread Chompown
Peserta yang terpilih ke saringan kedua, perlu makan 20 ketul roti kentang dalam masa 15 minit dan akan dicatatkan masa terpantas mereka.
Untuk peringkat kedua ini, pemenang mendapat wang tunai RM300 dan sembilan peserta lain mendapat RM50.
10 peserta yang terpantas itulah yang kemudiannya bertanding ke peringkat akhir Potato Bread Chompdown, untuk merebut menyandang gelaran juara.
Grand Final Potato Bread Chompdown
Di peringkat akhir, para peserta perlu menghabiskan 40 ketul roti kentang dalam masa 15 minit.
Fuh!! Nampak mudah tapi bukan mudah nak makan roti kentang dalam tempoh masa singkat. Kena ada teknik tertentu tau. Bukan asal makan je….
Namun atas sebab tertentu, hanya 9 orang peserta yang bertanding.
10 Peserta Ke Peringkat Akhir Potato Bread Chompdown:
1.Muhammad Shaifuldin (Melaka)
2.Mohamad Asrul Fikri (Melaka)
3.Kho Hai Chun (Melaka)
4.Sathia Selan A/L Pulinggam (Melaka)
5.Azwin Julianto Abbas (Johor)
6.Ibnul (Selangor)
7.Azim Shah (Negeri Sembilan)
8.Che Wei Ken (Penang)
9.Azdi (Selangor)
10.Zack Adzry (Selangor)
Tahniah! Gelaran Juara Milik Che Wei Ken
Wah!! Memang penuh kejutan. Sis Wawa sendiri pun tak sangka. Target peserta lain juara, eh si juaranya adalah peserta yang paling kurus dan kecil je orangnya! Tahniaah kepada Che Wei Ken dari Pulau Pinang yang muncul juara dengan masa hanya 3 minit 39 saat saja! Orangnya rilek dan cool jer….
Wow! Lumayan juga hadiah yang ditawarkan untuk pemenang. Yang bergelar juara telah menerima wang tunai RM3000 manakala peserta lain telah membawa pulang RM200 setiap seorangsebagai penghargaan buat mereka. Tahniah untuk semua peserta. Korang memang sporting. Begitu juga para penyokong dan pelanggan AEON yang turut sama memberi sokongan. Yang penting, majlis berlangsung penuh meriah.
SELAMAT ULANG TAHUN KE-40 AEON!
Nadhirah
July 30, 2024 at 10:25 pmWoww hebat2 smuanya