Rawatan Dialisis Ketika Tunai Umrah

Rawatan Dialisis Ketika Tunai Umrah

Rawatan dialisis ketika tunai umrah. Sis Wa ada pengalaman menemani suami menjalani rawatan hemodialisis (cuci darah) di Madinah dan Makkah, tahun 2021. Ia antara pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Suami sis memang pesakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Alhamdulillah, setahun lalu, sis Wa, suami dan anak telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah suci.

Waktu itu, kami adalah antara kumpulan Jemaah awal yang berlepas ke Tanah Suci selepas umrah kembali dibuka selepas pandemik Covid 19 melanda dunia.

Dialisis Ketika Tunai Umrah
Jemaah kami seramai 23 orang termasuk dua orang mutawif.

Pelbagai Dugaan, Alhamdulillah Allah Permudahkan

Sebenarnya hasrat untuk mengerjakan umrah telah disimpan sejak sekian lama. Kata suami, kalau kita dah mampu pergi bercuti ke luar negara (walau pun negara dekat-dekat je…), makna kita dah mampu ke Tanah Suci. Terasaaaa sis tau!

Jadi, sis tekad dan pasang niat untuk ke Tanah Suci dulu sebelum kembali travel ke negara lain.

Namun, tahun 2020, Covid 19 melanda dan semua tergendala sehinggalah Disember 2021. Waktu itu, kami memang nekad pergi walau pun masih kerisauan. Segalanya kami serahkan pada Allah SWT.

Banyak juga agensi umrah yang suami cari termasuklah agensi umrah yang dia pernah ikuti ketika umrah pertama dulu. Tapi, waktu itu, sukar nak dapat agensi yang boleh bawa Jemaah pesakit buah pinggang yang perlu menjalani dialisis di Tanah Suci nanti.

Cari punya cari, akhirnya terjumpa dengan sebuah agensi iaitu Arrohmah. Syukur, mereka sanggup bawa Jemaah yang menjalani dialisis. Kami tawakal pada Allah Yang Esa.

Dokumen Yang Perlu Dibawa Untuk Rawatan Dialisis Ketika Tunai Umrah

Untuk menjalani dialisis di luar negara, ada dokumen yang perlu dibawa. Ini penting ye. Kena inform pusat dialisis bahawa kita hendak menjalani rawatan di luar negara dan mereka akan sediakan dokumen yang perlu seperti laporan kesihatan dan ujian darah. PENTING! Jangan lupa bawa ye!!

Jemaah umrah kami kami ke Madinah dahulu sebelum ke Makkah. Di Madinah suami menjalani dua kali rawatan dialisis di sebuah hospital Madinah. Sis dah buat persetujuan dengan anak; di Madinah, dia akan teman ayahnya dan di Makkah nanti sis yang akan teman pula.

Dialisis Ketika Tunai Umrah: Guna Visa Umrah VS Visa Pelancong

Hemodialisis Ketika Tunai Umrah
Bersama mutawif, Kapten Hasanin yang banyak membantu suami.

Dengan kerjasama daripada pihak agensi terutama mutawif kami ketika itu, Kapten Hasanin, segalanya lancar. TQ Capt!

VISA UMRAH VS VISA PELANCONG

Cuma, ada sedikit salah faham. Kami ke sana dengan visa pelancong, maka PERLU BAYAR! Aduduhhh…sekali dialisis, 250 riyal yeeee…Kalau convert duit kita dah berapa? Bertabah je lah…

Sepatutnya, kena guna VISA UMRAH, baru PERCUMA! Manalah kami tahu kan….bayar je lah.

Tapi kata suami, selesa buat rawatan di sana. Makanan yang diberikan pun sedap! Siap dapat nasi beriayani kambing! Portion pun besar. Tukang teman boleh join makan sekali.

Rawatan Dialisis Di Makkah

Rawatan Dialisis Ketika Tunai Umrah
Macam-macam makanan diberi pada pesakit.

Di Makkah, suami juga menjalani rawatan dialisis sebanyak dua kali, di Hospital King Faisal. Hmm…ada juga pengalaman yang kurang best. Cuma maaf cakap, bila berdepan dengan orang Arab Mekah, bersedialah dari segi emosi. Dorang ni kasar.

Daripada guard hinggalah doktor…Cakap English tak boleh…kita tak reti cakap Arab. Ditendang-tendang kita ke sana sini macam bola…Nak buat macam mana..SABARRRRR!!!

Betul lah macam ramai Jemaah pernah kongsikan, beza orang Madinah dengan orang Makkah. Orang Madinah lebih lembut dan peramah. Secara peribadi, sis pun rasa macam tu..bahkan ada pengalaman yang mengiyakan pendapat itu.

Tapi ada rezeki, korang hadapi sendiri. Mesti pengalaman kita tak sama kan.

Ada juga peristiwa lucu. Dua orang nurse wanita yang handle suami; sorang warga Bangladesh dan sorang Arab. Yang Bangladesh tu memang peramah dan suka menyembang. Tapi nurse Arab tu macam sombong mulanya.

Suami bisik; muka cantik tapi sombong…Haah..memang betul. Kemudian sajalah nak ambil hati, sis puji, dia cantik (walau pun masa tu pakai Mask). Tapi memang nampak dia cantik dengan mata yang bundar, badan tinggi lampai. Mak aii..bila dipuji, terus ramah semacam.

Yang lawak, lepas dipuji, bila dia datang untuk check keadaan suami, sis pandang muka dia lagi, rasa ada yang pelik. Tengok muka dia, ada yang ‘berubah’..ehh rupanya dah tambah celak. Hahaha..lawak jugak. Kena puji terus tambah celak.

Ketika dialisis, pesakit juga dibekalkan dengan makanan dan minuman. Ada set nasi, salad, roti, jus…Siap ada pastri manis yang sedap. Memang tak habis makan.

Rawatan Dialisis Waktu Tunai Umrah

Tiap Negara Ada Polisinya

Bagi pesakit dialisis, bukan tak boleh nak pergi travel, tak kisahlah di luar negara atau di dalam negara. Tapi, kena adjust jadual dialisis.

Macam sis, kalau balik kampung lama, contohnya raya, memang suami akan dialisis at least dua kali di Terengganu. So, beberapa bulan sebelum sis dah cari centre nak nak terima patient daripada centre lain. Sebab bukan semua centre terima patient tumpang. Lagi satu, kalau lambat booking, penuh.

Memang kena sediakan laporan perubatan daripada pihak centre, kena buat ujian darah untuk menunjukkan pesakit bebas virus dan sebagainya. Selepas dah dialisis di centre tumpang, kena buat ujian darah lagi sebelum kembali dialisis di centre yang rutin.

Pendek kata, memang kena sediakan duit lebih lah!

Kalau nak ke luar negara pun begitu. Kena cari centre yang berdekatan dengan lokasi percutian kita. Kena susun jadual dialisis dengan internary percutian kita. Bawa dokumen yang mereka nak dan..duit!! Kalau ke negara mata wang tinggi, berganda lah harga hemodialisis yang perlu kita bayar.

Walau pun menjalani rawatan hemodialisis, tapi tak bermakna pesakit dialisis tak boleh nak pergi jalan-jalan. Boleh…Tapi kena sediakan ekstra kos la ye…

Baca artikel ini juga: Tip Kirim Doa Depan Kaabah

Hospital-Hospital Yang Tawarkan Dialisis Di Madinah:

  1. Rehabilitation Hospital – Dialysis Center, terletak 3KM daripada Masjid Nabawi.
  2. Dialysis Center in King Fahad Hospital Madinah Munawarrah

Kemudahan Rawatan Dialisis Di Makkah:

  1. Al-Noor Hospital – dalam 10 minit daripada Masjidil Haram.
  2. King Faisal Hospital

 

12 Comments

  1. Bagusnya tip ni, boleh bantu jemaah untuk melakukan ibadah haji atau umrah dalam masa yang sama boleh buat dialisis juga. Terima kasih kongsi info.

    1. Betul. Sebab mungkin ramai yang tak tahu kan.

  2. Bagus kak Wa share info ini. Berguna untuk pesakit yang perlu dialisis ketika umrah.. pengalaman mahal ni.

    1. Betul tu Nett. Mungkin ramai yang tak tahu kan…sakit tapi masih boleh tunai umrah. Yang penting, kena ambil visa umrah. kalau silap ambil visa pelancong, dah kena bayar sendiri..

  3. Perkongsian yang bagus niii

  4. Terima kasih diatas perkongsian nya. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

    1. Aamiin..terima kasih puan. Harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang berkenaan. 🙂

  5. Alhamdulillah dapat ilmu dan info berguna. Terima kasih byk2.

    1. Sama-sama. moga dapat bagi panduan serba sedikit. Tak susah pun. Cuma pastikan ambil VISA UMRAH. baru free.

  6. Salam Pn
    Saya pesakit dialisis juga sangat berminat untuk buat haji atau umrah. Kalau pn sudi saya ingin menalifon pn untuk dapatkan maklumat lanjut

    1. Waalaikummusalam puan. 01137002174. puan boleh consult dengan travel agency yg bawak nanti. Yang penting, VISA UMRAH. baru free.

  7. salam puan wawa..feb 2024 sy ingin bawa anak sy kesana utk ibadah umrah..tksh atas info puan. boleh tak swkiranya puan share contact number pusat2 dialisis yg suami puan pergi tuh? tksh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *