Petua Cantik Zhao Lusi. Pelakon Drama China Hidden Love

Petua Cantik Zhao Lusi. Pelakon Drama Hidden Love

Petua cantik  Zhao Lusi, pelakon drama China “Hidden Love”. Antara drama China popular tahun 2023 ini. Wajahnya yang cantik, awet muda dan berkulit gebu membuat dia diminati ramai.

Petua Cantik Zhao Lusi Jadi Viral

Bagi peminat drama dari China, tentu wajah cantik Zhao Lusi bukan lagi asing. Selain memiliki wajah yang jelita, aktres itu terkenal dengan kulitnya yang putih dan mulus.

Dikatakan dulu Zhao Lusi taklah seputih dan semulus sekarang kulitnya. Tapi dia mempunyai petua bagaimana untuk memiliki kulit putih dan mulus, yang telah dikongsi di media sosialnya dan telah mendapat perhatian meluas. Nak tahu taka pa rahsia kecantikan Zhao Lusi?

Petua Cantik Zhao Lusi

Nak kulit segebu dan seputih Zhao Lusi? Boleh cuba amalkan minuman minuman kecantikan aktres cantik China ini ye.

Yang menariknya, minuman kecantikan Zhao Lusi ini berasaskan buah-buahan segar dan tentulah dijamin selamat!

Minuman Kecantikan Zhao Lusi

Petua Cantik Zhao Lusi. Pelakon Drama Hidden Love
Foto: Sumber IG Zhao Lusi

Dalam satu interview, dia mengaku, ada mengamalkan minum minuman yang mengandungi  bahan utama iaitu lemon, buah markisa dan madu.

Minuman yang tinggi vitamin C itu sudah tentunya dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit dan mencerahkan kulit.

Hanya gunakan tiga bahan ini. Senang je kan?  Bolehlah cuba.

Foto; Pexels

Bahan-bahan diperlukan:

2 biji lemon

1 biji buah markisa

1 sudu makan madu

Air masak

Cara-cara Buat Minuman Kecantikan Zhao Lusi:

  1. Hiris lemon. Ketepikan.
  2. Potong buah markisa dan ambil isinya. Bubuh dalam satu bekas.
  3. Ambil satu bekas minuman. Masukkan hirisan lemon tadi da nisi markisa.
  4. Kemudian bubuh sedikit madu dan akhir sekali tuang air masak masak secukupnya. Goncang sekata.
  5. Siap untyuk diminum. Untuk mendapatkan hasilnya, minum secara konsisten.

Baca ini juga: Khasiat Bunga Cengkih

Mud Masker

Aktres cantik itu juga turut berkongsi petua kecantikan lain iaitu menggunakan mud masker atau masker lumpur.

Label mud masker atau “topeng lumpur” merangkumi sebarang masker yang menggabungkan air, di bercampur dengan pelbagai mineral, tanah, kelodak atau tanah liat. Oleh kerana kepekatan mineralnya yang tinggi, topeng lumpur boleh menjadi penyembuhan yang agak baik.

Gunakan mask mud sekurangkan 1 x seminggu. Apply, biarkan 10-15…cuci dgn air suam. Bantu bersihkan pori-pori pd wajahnya.

Jangan lupa sun screen tak kira bila. Selain itu, tak lupa pakai topi dan cermin mata hitam untuk menghalang terdedah drp sinaran cahaya matahari.

3 Petua Rambut Cantik Zhao Lusi

Jangan ikat rambut terlalu ketat

Selalunya orang perempuan suka ikat rambut ketat-ketat. Misalnya style ‘ponnytail’ yang diikat tinggi. Memang nampak menarik tapi bila diikat ketat dan kuat untuk menggelakkan ia longgar, bila dalam waktu lama boleh menyebabkan rambut gugur.

Jadi cuba elakkan ikat terlalu kuat. Boleh gunakan hair clip untuk perkemaskan rambut.

Tak Cuci Rambut Terlalu Kerap

Zhao Lusi juga pernah berkata dalam satu interview, salah satu rahsia penjagaan rambutnya ialah tidak mencuci rambutnya dengan kerap, kerana kerap bersyampu akan membuatkan tisu kulit kepala merasakan kulit kepala kita kekurangan maklumat minyak, dan seterusnya merembeskan minyak. Lama kelamaan kulit kepala akan lebih mudah untuk mendapatkan minyak.

Malah, kualiti rambut setiap orang adalah berbeza. Selagi anda menggunakan teknik syampu yang betul, anda boleh mengekalkan keseimbangan air dan minyak kulit kepala anda dan memastikan rambut anda bersinar dan anjal!

Disarankan untuk mencuci rambut sekali setiap hari untuk rambut berminyak, It dan untuk rambut normal dan kering, sebaiknyacuci 3-4 kali seminggu. Jangan lupa gunakan pelembap dan minyak khas untuk rambut ye.

Perawatan rambut

 

Petua Cantik Zhao Lusi. Pelakon Drama Hidden Love
Foto: IG Zhao Lusi

Bagi yang suka ‘buat rambut’ seperti kerintingkan atau warnakan rambut, mesti pergi ke salon dari semasa ke semasa untuk mendapatkan rawatan rambut supaya rambut kekal sihat. Jangan kedekut nak keluarkan belanja jika tak nak rambut rosak!

Ini kerana, proses kerintingkan dan warnakan rambut melibatkan penggunaan chemical tertentu, yang akan mudah menyebabkan rambut jadi rosak. Disarankan buat perawatan rambut sekali sebulan.

Cara Elakkan Rambut Gugur

Siapa yang mengalami masalah rambut gugur? Tentu stress kan? Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh jadi penyebab rambut gugur. Misalnya syampu yang tidak sesuai, kurang pengambilan vitamin C, atau menggaru kulit kepala ketika mencuci rambut!

Sebaliknya, boleh cuba mengurut kepala dan menyikat rambut sebelum tidur, yang boleh melancarkan peredaran darah pada kulit kepala dan memperbaiki keguguran rambut. Biarkan diri korang mengambil lebih banyak vitamin C dan perhatikan sama ada syampu yang digunakan sesuai. Jika ia tidak sesuai, sila berhenti menggunakannya dengan segera!

Baca ini juga: Rahsia Cantik dan Awet Muda Nora Danish

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *