Umrah tahun 2021. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk menunaikan umrah pada tahun. Sebenarnya sejak dua tahun lepas sis Wawa dah target untuk pergi mengerjakan umrah. Tapi hasrat itu tertangguh akibat pandemik.
Namun, sebaik umrah dibenarkan, bismillah dan tekad je daftar. Jemaah kami bertolak 19hb Disember 2021. Syukur, sis Wawa berpeluang pergi dengan suami dan anak.
Umrah Di Zaman Pandemik
Risau? Uih..memang risau. Macam-macam fikir lebih-lebih lagi kesihatan suami tak begitu baik. Tapi, waktu itu, kami bertawakal pada Allah. Niat kami hendak menjadi tetamu Allah. Pasti Allah akan permudahkan.
Banyak juga agensi kami survey tapi akhirnya rezeki pergi dengan AlRohmah Tour & Services. Bagus servis dorang ni. Mutawif tip top.
Kerjakan Umrah Saat Negara Dilanda Musibah
Waktu kami nak bertolak, negara kita tengah diuji dengan banjir. Allahu..masa tu perasaan berbelah bagi. Risau macam-macam. Tapi kami bulatkan tekad. Malam sebelum bertolak, last minute decide check in kt Hotel Movenpick.
Takut esok jalan tak boleh lalu sebab Shah Alam air makin naik dan keputusan tu memang tepat. Tak mengapalah terpaksa keluar duit ekstra, asalkan kami dah ada di sekitar KLIA. Risau terperangkat dan terlepas flight…naya!
Terus ke Madinah
Rombongan jemaah kami direct ke Madinah dulu sebelum ke Mekah. Tunai umrah dengan norma baru memang agak ‘renyah’. Terus terang, kesian kalau orang tua macam mak-mak dan ayah-ayah kita pergi tanpa ditemani anak cucu.
Sebabnya sepanjang di Madinah dan Mekah, kena guna Apps Tawakkalna (macam MySejahtera) dan Eatmarna. Selepas check in dan makan di hotel, kena beli simkad Saudi dan download Apps Tawakkalna dan Eatmarna.
Tiap kali hendak masuk masjid Nabawi, kena bukak Apps Tawakkalna dan tunjuk pada polis di luar masjid. Bayangkan kalau mak ayah kita yang tak berapa familiar dengan telefon pintar dan apps? Kesian…
Baca ini juga: Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh
Kena Apply Permit Untuk Masuk Raudhah
Nak masuk Raudhah, kena guna apps Eatmarna untuk booking slot. Kita kena ikut time slot yang kita dapat. Takleh sebarang je nak masuk. Alhamdulillah, dapat jugak masuk Raudhah walau pun sekali je.
Ada jumpa jemaah umrah yang tak dapat slot sedangkan tarikh mereka nak berangkat ke Mekah dah sampai. Allahu..Tak tahulah macam mana nasib mereka. Sayang kalau tak dapat peluang itu. Kelebihan kali ini, tak terlalu bersesak di dalam Raudhah sebab mereka kawal jumlah jemaah yang masuk dalam satu-satu masa.
Baca artikel lain di sini: Tip Doa Depan Kaabah
Perasaan di Madinah? Waktu kami sampai, orang tak ramai. Rasa tenang je. Hotel kami duduk, Nozol Royal Inn kira-kira 150m je dari Masjid Nabawi. Cuma di Madinah, lelaki dan perempuan terpisah. Pintu masuk pun lain-lain. Bagi yang datang berpasangan, kena lah ‘berpisah’. Tapi jangan risau, insya-Allah ok je.
Seronok Jumpa Kawan Baru
Sis pergi dengan suami, anak, adik ipar dan sepupu. Hanya sis sorang perempuan. Tak risau pun bila ke masjid sorang diri. Rasa selamat jer. Tak tahulah. Mungkin kita rasa dekat dengan Rasulullah s.a.w..jadi perasaan itu lain. Sehinggalah akhirnya sis jumpa SAHABAT JANNAH, tiga beradik; Zureen, Linda dan Kak Ita waktu sesi lawatan sekitar Masjid Nabawi.
Dengan merekalah sis join. Syukur, lima waktu kami di masjid. Banyak juga kenangan lucu sb kami masing-masing kali pertama ke tanah suci.
Ramai orang cakap, sangat bahagia dan tenang bila berada di bumi Madinah dan itu yang sis alami. Sempat juga merasa pengalaman berpuasa di sana. Tambah syok bila maghrib masuk jam 5 lebih. Hihihi.
Aduhh.. Baru balik pun dah terasa kerinduan untuk kembali ke sana. Semuanya pengalaman manis-manis belaka dan dapat rasa, Allah SWT permudahkan urusan Jemaah kami seramai 23 orang.
Tentang SOP, kami sangat menjaga. Mask dipakai sepanjang masa.
Dalam masjid, bukak sekejap bila nak minum air zam zam je.
Untuk diri sendiri, agak lawak, minat shopping tiba-tiba ‘terbenam’ di bumi Madinah. Percaya tak, sis tak shopping, yang shopping suami…entah lah.
Mungkin dari Malaysia lagi dah pasang niat. Pergi untuk beribadah. Jadi, tak ada langsung keinginan untuk shopping. Ikut normal, selera shopping sis ni boleh tahannnn…
Satu lagi, tekak sis boleh terima nasi Arab sebab ikutkan tu pun antara kegusaran sebelum ke sana memandangkan sis memang tak berapa gemar nasi Arab. Last choice kata orang…
Oops! Panjang sangat dah ni coretan sis. Nanti sambung pengalaman di Mekah pula ye..
ZAIDALIFAH HUSSIN
September 20, 2023 at 10:26 amSyukur Alhamdullilah dapat mengerjakan umrah musim-musih covid 19