Percutian pertama ke luar negara, bajet melambung sebab tak reti bajet. Setiap percutian pastinya sentiasa memahatkan memori indah di ingatan. Tak kiralah bercuti di dalam negara atau pun ke luar negara. Kata orang, ikut kemampuan. Jangan nak letakkan diri kita sama dengan orang lain.
Percutian Ke Luar Negara
Alhamdulillah, sis Wawa berpeluang juga melancong ke luar negara walau pun negara dekat je. Dah pernah ke Indonesia, Thailand, Singapura, Jepun dan China.
Bila lama tak terbang, memang rindu suasana kat airport, rindu nak dengar announcement daripada steward/stewardess..rindu nak beratur check in, rindu nak ngopi kat dalam tu…aduhai…
So, Kali ni, Sis Wawa nak sharing sikit pengalaman pergi bercuti ke luar negara. Walau pun mungkin tak sehebat orang lain. tapi tak salah kan? Tak ada yang marah pun kan..dah nama pun personal blog…mestilah tulis pengalaman sendiri…:)
Teringat percutian pertama ke luar negara, belanja memang melambung. Sebab belum tahu kira currency. Tak reti belanja berhemah.
Jepun Destinasi Pertama

Kerja sambil bercuti ke Jepun. Memang best! Sebenarnya ini dikira rezeki terpijak setelah beberapa tahun kerja. Waktu itu Sis Wawa bekerja di majalah REMAJA. Pernah dengar tak? Konfim pernah dengar kan? Kan?
Ha…waktu itu, bila diarahkan bertugas ke Jepun, macam-macam perasaan ada. Gembira ada, takut pun ada. Al-maklumlah, tak pernah ke luar negara. Macam-macam fikir.
Itu awal 2000-an. Waktu itu rombongan beberapa orang wartawan media cetak dibawa ke Jepun bersama 10 pemenang satu peraduan anjuran satu produk dari Jepun, Biore. Itu antara memori terindah walau pun cuti sambil kerja.
Ehh…tengah nak taip artikel, lupa pulak pen drive mana letak gambar-gambar kat sana. So pinjam lah gambar Canva jer..yang penting nak cerita pengalaman kan?
Baca ini juga: Cherry Blossom Di Jeju
Jatuh Cinta Pada Destinasi Percutian Pertama
Nak cakap pasal Jepun, sampai sekarang pun masih rasa jatuh cinta dengan negara Matahari Terbit itu. Lebih-lebih lagi dengan budayanya. Yang best, bila kami dibawa menginap di sebuah chalet di kaki gunung yang pernah dikunjungi oleh Maharaja Jepun. Satu malam cecah RM2000. Pehhh memang tak sanggup nak bayar sendiri.
Itu belum lagi pengalaman ke Disneyland Tokyo. Yang agak kelakar, bila tengok watak-watak Disney ‘bermuka’ Jepun. Kikih.
Percutian Pertama Ke Luar Negara, Tak Reti Bajet
Bayangkan, waktu percutian pertama ke luar negara sis, kami ditaja sepenuhnya tapi duit tetap habis juga. Nak tau sebabnya? Boleh sis shopping dalam Disneyland Tokyo tu? Faham-faham sendiri lah harga kat dalam tu. Contoh kita shopping souvenir kat Legoland. Agak-agak?
Itu pengajaranlah bagi sis. Maklumlah, 1st time pergi jalan luar negara. Tak reti nak kira currency. Lagi satu, bila pertama kali ke luar negara, kalau boleh semua orang kita nak bagi souvenir.
Mak ai! Pitam dibuatnya. Kena tengok bajet. Kalau nak beli juga, cari souvenir yang murah tapi penuh kenangan.
Kaki Gatal Nak Travel

Ramai yang cakap, sekali kita travel ke luar negara, memang kaki asyik gatal je nak pergi travel. Ya, itu memang terjadi pada sis. Sejak ke Jepun, mesti cari ruang nak bercuti ke luar negara. At least setahun atau dua tahun sekali, ikut bajet. Tapi sis bajet tak besar, so negara-negara jiran je lah jadi destinasi. Tambah lagi bila bercuti dengan anak dan suami. Hmmm…bajet triple!
Baca artikel lain di sini:https://wawaazwa.com/2021/08/30/jering-tumbuk-masak-sambal-dengan-bilis-siapa-tak-makan-rugi/
Bila Makan Sedap, Percutian Rasa Lengkap!
Bagi sis, selain nak mengenal budaya setempat, sis paling enjoy bab makan. Kalau dapat makan sedap, terasa ‘sempurna’ percutian tu! Kalau tak, murung rasanya. Sebab itu, suami suka sungguh ke Indonesia. Dah empat negeri di sana kami pergi; Jakarta, Bandung, Bukit Tinggi. dan Bali. Sis sendiri ke Jakarta je dah tiga kali (dua kali dengan kawan). Sebab apa? Sebab enjoy makan makanan kat sana terutama Nasi Padang. kelakar tak? Tak kan….
Nasib baik suami dan anak (sorang je anak sis) sekepala. Kami memang jenis suka makan. Sanggup berhabis sikit bab makan daripada shopping. Ada tak yang macam sis ek?
Masa ke Beijing pulak, tekak memang tak boleh ‘masuk’ sangat dengan masakan sana. Beza tau dengan Chinese food yang ada kat negara kita ni. Kena redo je lah….
Bab shopping, orang kata kenalah juga. Jangan tidak, kata orang. At least untuk kenang-kenangan. Betul tu. Tapi, bukan keutamaan sis. Lagi satu, kena pandai tengok tempat. Kadangkala kalau pergi dengan tourist guide, ada masanya dia akan ajak juga kita ke tempat-tempat shopping yang dia memang akan dapat komisen. So, pandai-pandai lah yek.
Walau pun ada yang cakap, bila nak membeli, jangan fikir sangat currency. Nanti tak jadi membeli kita. Ada betulnya tapi bagi sis, tetap kena tahu juga berapa harga barang itu dalam duit kita. Berbaloi tak? Jangan lagi mahal kalau beli kat Malaysia. Lainlah barang itu memang rare atau belum sampai/ada kat Malaysia. Okay lah….
Percutian Pertama Ke Luar Negara, Nikmati Memori Percutian
Memang bila kita pergi bercuti, kita nak rehat juga. Tapi kalau ke luar negara, baik ubah sikit tanggapan itu. Rebut semua kesempatan untuk explore negara orang. Kita pun tak tahu bila lagi akan sampai ke sana. Lainlah dalam negara. Peluang besar untuk repeat.
Macam bila sis ke Beijing, ikutkan memang tak larat nak panjat Tembok Besar China tu, tapi tetap digagahi juga walau pun taklah sampai ke kemuncak sangat. Tapi at least, kita dah panjat lah…Siap dapat plak.
Waktu itu sis pergi dengan kawan-kawan dan kami gunakan khidmat travel agency. Biasanya sebelah malam aktiviti free and easy. Ramai yang kepenatan dan lepak bilik hotel je. Tapi sis dan kawan-kawan keluar sendiri jalan-jalan tengok suasana malam berdekatan hotel penginapan. Sayang tak rebut peluang itu kan?
Begitu juga bab makan. Cubalah rasa makanan orang tempatan. Asalkan halal, boleh cuba. Kecuali kite tengok pun dah ‘kembang tekak’, tu lain cerita.
Ambil Personal Tourist Guide
Biasanya sis sekeluarga lebih suka free & easy, tak ikut mana-mana travel agency. Cuma akan ambil personal tourist guide di sana nanti. Semua akiviti kami atur sendiri. Lagi mudah dan senang kita nak bajet. Macam ketika kami ke Bali. Kami request tak nak pergi ke terlalu banyak kuil. Setakat satu oklah.
Sis juga jadikan pengajaran percutian pertama ke luar negara iaitu ke Jepun kalau masuk bab shopping. Walau pun ke negara yang mata wang lagi rendah daripada kita, tapi kita tetap kena jaga bajet. Shopping sekadarnya dan di lokasi shopping yang murah. Cukuplah pengalaman di Disneyland Tokyo dulu. Rasa kurang cerdik sungguh!
Ada rezeki, memang teringin juga nak ke benua Eropah. Perancangan dah ada, tapi pandemik membantutkan segalanya. Takpe lah. Ada rezeki, insya-Allah. Kita sama-sama doakan pandemik ini akan segera berlalu.
Tiap orang ada pengalaman berbeza bila pergi bercuti. Ini pengalaman sis yer ..Mungkin tak hebat bagi korang tapi amat berharga untuk sis…Mana yang boleh diambil pengajaran dan panduan, silakan. Jumpa lagi.
azni
September 10, 2021 at 2:28 amhhahah jepun memang mahal yakmat .. we all buat RM 4.5k All in sorang .. untuk 3 orang .. so dalam RM13k.. selama 14 hari.puas hati
wawaazwa
September 10, 2021 at 6:46 amKan…tingin nak gi lg..tp C19 melanda…:(