Percutian Cameron Highlands selepas lebih 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana. Percaya tak? Dan bila sis Wa share di FB milik sis, rupanya ramai juga rakan-rakan FB sis yang dah lama tak ke sana.
Catatan ini khas untuk mereka. Mana tau boleh merangsang keinginan untuk bercuti ke Cameron Highlands tak lama lagi. Best tau!
Percutian Cameron Highlands Hasil Plan Last Minute
Famili sis Wa tiga beranak je. Jadi, tak susah kalau nak plan ke mana-mana walau pun last minute. Anak pun dah bujang. Baru-baru ini, bila dia cuti semester, terus kami decide ke Cameron Highlands.
Cuma yang tak best bila nak bergambar, asyik sis je sorang. Dua lagi tu payah benor nak ajak bergambar. Orang lelaki ni payah saungguh. Redo je lah kan..
Sebenarnya sejak beberarapa bulan lepas, kami dah simpan hasrat nak bercuti ke Cameron Highlands. Rasa teringin pula nak bercuti di tempat sejuk. Tapi terpaksa tunggu anak cuti semester dulu.
Akhirnya tanggal 16-18 Ogos 2022, kami realisasikan. Dua hari sebelum pergi, sis booking hotel dan buat iternary. Sengaja pilih weekdays sebab tentu orang tak ramai kerana ia hari kerja dan bukan cuti umum. Ternyata tepat keputusan yang kami buat.
Pilih Menginap di Brinchang
Pilih punya pilih, akhirnya sis dan suami decide stay kat Hotel Copthorne di Brinchang. Itu antara hotel yang harganya termasuk sarapan. Sis ambil bilik untuk tiga orang. Biliknya selesa dan luas.
Biasanya kalau kami bertiga, sis lebih suka stay di hotel. Salah satu sebab, sis memang suka benar breakfast di hotel. Gigih tau bangun awal pagi. Tak tahulah kenapa. Tu sebab cari hotel yang include breakfast.
Tapi kalau bercuti dengan famili besar sis; mak, ayah, adik-adik serta family masing-masing, memang pilih homestay. Banyak boleh jimat. Lagi seronok bila masak dan makan ramai-ramai. Tapi, takat tiga orang, duduk hotel je lah. Carilah yang sesuai bajet kan.
Hari Pertama Percutian Cameron Highlands
Kami bertolak dari Shah Alam sekitar jam 8.30 pagi. Perjalanan sangat lancar. Dalam tiga jam jam setengah kami dah sampai. tu termasuk berhenti sarapan di di R&R Rawang.
Tengah hari, sebab dah lapar, kami singgah makan tengah hari di sebuah food court di Ringlet. Ikut perancangan nak makan di Tanah Rata. Makanannya? Boleh lah…tapi harganya lebih mahal daripada jangkaan kami.
Sebelum check in jam 3 petang, kami ke Raaju’s Hill Strawberry Farm sebab paling dekat dengan hotel yang kami booked. Di situ kami menikmati teh strawberi, kek keju strawberi, ais krim strawberi. Dah sampai Cameron Highlands, kenalah try makanan berperisa strawberi kan?
Cuma terus terang, kami tiga beranak bukan penggemar stawberi sangat. Taklah teruja nak try semua makanan yang ada perisa stawberi. Kata orang, jangan tidak je lah.
Selepas check in, kami berehat. Hotel ini okay bagi sis kerana lokasinya strategik. Banyak tempat menarik yang berdekatan. Bufet sarapannya pun sangat berbaloi dengan harga. Tapi, biasalah. Ada beberapa perkara pihak hotel masih kena perbaiki. Korang boleh tengok review di website hotel ye. 🙂
Sebelum pergi memang sis dah siapkan iternary tapi tak sepenuhnya kami ikut. Mana yang sempat dan larat jer. Lagi pula, kami elakkan tempat-tempat yang terlalu ramai orang.
Hari itu kami makan malam di Restoran Glory 78, bersebelahan dengan De’La Fern Cameron Highlands. Sis dan anak ambil set stimbot untuk dua orang, suami pesan nasi beriani buluh dan waffle strawberi. Di situ, macam-macam pilihan ada. Tapi secara peribadi, sis suka amat dengan nasi beriani buluh dia tu…Pehh!!!
Hari kedua Percutian Cameron Highlands
Hari kedua, selepas breakfast, kami rehat di hotel je. Jam 12 tengah hari baru keluar. Kami ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Perjalanan ke sana mencabar jugak ye. Pilihlah driver paling cekap antara korang kerana keadaan jalannya berliku dan sempit. Ada tempat-tempat kita akan diminta tunggu untuk memberi laluan kereta keluar dahulu. Tapi, percayalah. Berbaloi untuk ‘kepayahan’ itu.
Sampai di ladang teh, ada ruang tapak parking khas dan kalau nak ke kafe di puncaknya, pengunjung perlu menapak. Tapi, memandangkan keadaan suami yang belum pulih sepenuhnya daripada strok, kami diizinkan untuk naik menggunakan kereta.
Anak drop suami dan sis di kafe atas sebelum kembali turun bawah dan parking. Kalau datang dengan warga emas, OKU, bagitahu penjaga di parking bawah tu. Insya-Allah dorang bagi kelonggaran. Benda boleh bincang…
Baca ini juga: Zoo Negara
Waktu sis sampai di kafe atas, orang ramai juga tapi tak perlulah sampai menunggu. Banyak je meja yang masih kosong. Cuma terpaksa beratur sekitar 20-30 minit untuk membeli makanan.
Sis memesan beberapa jenis pastry termasuklah scone kesukaan sis. Tapi, semak dulu harganya sebelum order ye. Jangan teruja sangat. Kang lagi ‘teruja’ bila tengok duit yang keluar.
Makan dan minum di puncak ladang teh dengan cuaca yang sejuk, memang nyaman!
Selesai makan dan tengok view ladang teh yang sangat mengagumkan, sis decide nak ikut anak turun ke bawah ambil kereta. Suami tunggu di atas. Kami menapak melalui ladang teh. Sebenarnya agenda utama nak bergambar celah pokok teh. Hahaha…Penat memang penat juga tapi syok.
Keindahan Bunga Di Lavender Garden
Sis memang teringin nak ke Lavender Garden. Suami dan anak follow je. Tapi memandangkan suami dah kepenatan, sis masuk berdua dengan anak. Tiket masuk RM20 seorang. Orang tak ramai sangat. Mungkin dah petang.
Di dalamnya ada macam-macam bunga, ada castle, ada kedai menjual cenderahati dan kafe. Perut dah kenyang, sis pusing-pusing sambil bergambar je lah. Nasib baik fotografer peribadi sis layankan je perangai ibu dia ni. Ajak gambar tak nak. Akhirnya asyik sissss je lah posing.
Selepas itu, kami singgah sekejap di sekitar Rose Valley. Sis sorang je masuk dan tak sempat ambil gambar. Jengok sekejap, terus keluar.
Di sini kami sempat beli jagung dan oren di gerai sekitar situ. Peniaganya terus terang cakap, harga memang lebih murah berbanding hujung minggu dan cuti umum. Oh gitu!
Kami decide makan dulu sebelum balik hotel. Kami google dan jumpa satu restoran di Tringkap. Restoran Nur Iman. Tengok review okay. Kami pun pergi. Memang okay. Ada roti canai, nasi campur dan masakan panas lain. Kami pilih makan nasi putih bersama beberapa jenis lauk. Tomyamnya paling sedap. Harganya pun okay. Sis memang sarankan restoran ni. Harganya pun berpatutan.Tak susah cari. google je terus jumpa. Gambar lupa nak ambil. Lapar sangat.. haha.
Malamnya sekitar jam 10 malam, perut terasa lapar pulak sebab kami early dinner tadi. So kami decide makan KFC di Tanah Rata. KFC tu tutup jam 11 malam. Best juga layan ayam KFC panas-panas dalam cuaca sejuk.
Hari Terakhir
Pada hari ketiga, selepas breakfast, kami rehat di hotel dulu sambil kemas apa yang patut. Hari itu, kabus lebih tebal. Sejuk jangan cakaplah. Dari beranda level 9 bilik hotel kami, tak nampak apa langsung.
Selepas check out jam 12 tengah hari, kami plan nak singgah di EQ Strawberry Farm yang sebelah je dengan hotel Copthorne, tempat kami duduk..tapi tutup daa! Adeh..Tak ada rezeki.
Lepas tu kami singgah di S Corner Market kejap dan terus balik. Dalam perjalanan turun, kami singgah makan tengah hari di sebuah restoran di Tanah Rata. Aduh, hampa betul rasa nasi ayamnya. Tapi, tak perlulah sis bagitahu nama restoran tu. Kang kena saman, naya..huhu. Cuma nak pesan, berhati-hati pilih kedai. Yang viral tak semestinya sedap.
Beli Petai & Rebung Perjalanan Turun Dari Cameron Highlands
Kalau orang sibuk beli strawberi, jagung, ubi. Sis dan suami sibuk beli petai dengan rebung. Kalau pandai tawar, boleh dapat dengan harga yang cukup berbaloi. Masa sis pergi, suhu siang 19 darjah selsius dan malam 17 darjah selsius.
Dalam perjalanan balik, terasa lapar lagi. Kami sempat singgah makan tengah hari di restoran Eryna’s Sup Darat di Tapah. Google je lokasinya.
Wow! Memang sedap. Rasanya ala autentik Thai. Try order kerabu maggi dan pulut mangga. Memang mantap. Ais cendolnya juga berbeza. Bukan guna air kisar ye, tapi ais seketul-seketul. Harganya pun sangat berpatutan.
Terubat rasa kecewa makan nasi ayam yang tak memenuhi cita rasa tadi. Surau dan tandas yang bersih juga ada di situ. Sesuai dijadikan lokasi berehat sambil menjamu selera. Kiranya itulah destinasi terakhir menutup percutian tiga hari dua malam sis.
Info Ringkas Percutian Cameron Highlands:
- Sebaiknya pilih hari biasa, untuk menggelakkan keadaan jem dan ramai orang.
- Buat iternary supaya senang kenal pasti lokasi yang sesuai untuk dikunjungi sepanjang percutian.Bukan sempat nak pergi ke semua tempat. Kita juga lebih mudah nak bajet kerana ada tempat yang mengenakan bayaran dan ada yang tak.
- Buat sedikit reseach dahulu tiap lokasi menarik di Cameron Highlands sama ada di Tanah Rata atau Brinchang. Kalau ada anak-anak, boleh pilih yang sesuai dengan mereka seperti aktviti di The Sheep Sanctuary, Animal Feeding Rainbow Garden, 5D Art Muzeum, Taman Rama-Rama Kea Farm dan banyak lagi.
- Sekiranya membawa warga emas atau OKU, sebelum pergi buat dulu kajian tentang kawasan tersebut. Ada yang tidak sesuai ye.
- Pilihan hotel dan homestay banyak. Tengok bajet masing-masing.
- Seeloknya stand by bawak iron sendiri kerana kadsangkala tak disediakan. Macam hotel sis stay, tak ada iron di bilik tapi ada iron room di tiap level. Nasib baik sis dah bawa iron sendiri. Lebih mudah.
- Pakaian seeloknya bawa yang tak perlu digosok.
- Sediakan juga pakaian tebal dan stoking memandangkan cuaca di sana agak sejuk. Waktu sis pergi, siang dalam 19 darjah selsius dan malam 17 darjah selsius. Sejukkkkk!
Moga perkongsian percutian sis ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang mungkin sedang pasang hasrat nak ke Cameron Highlands.
FARAH HANANNI BINTI ABU BAKAR
August 24, 2022 at 3:35 pmtq sis..good info..
wawaazwa
August 26, 2022 at 3:38 pmTima kasih. lets pegi lagi.
wawaazwa
October 17, 2022 at 5:09 pmJomssss
Norsunita bt abu bakar
August 24, 2022 at 3:55 pmTerhibur
Umaimah Mahmud
August 24, 2022 at 5:19 pmGreat tips sis.
wawaazwa
August 26, 2022 at 3:38 pmTq sis.
wawaazwa
October 17, 2022 at 5:09 pmWelcome 🙂
Myzan
August 24, 2022 at 5:49 pmWah! Sedapnya makan scone kat tempat sejuk. Nikmat rasanya. Banyak beli sayur tak sis kat sana?
wawaazwa
August 26, 2022 at 3:38 pmSedap sis…feelnya lain. tp sis tak beli sayur byk..asparagus je sb kat sini mahal.. lagi teruja beli petai gan rebung. haha.
Lili Amina
August 24, 2022 at 11:05 pmTak zabarrrrrrr……
Lily Amina
August 24, 2022 at 11:06 pmTak zabarrrrrrr……
nettyahhiyer
August 26, 2022 at 12:22 amSeronok baca percutian kak Wa ke Cameron Highlands ni.. waktu saya pergi dulu jammed tak hengat. Bebudak terus tobat nak datang sana balik.. hahaha. Tapi maknya suka je nak gi CH.
wawaazwa
August 26, 2022 at 3:35 pmYe nett. mmg kena gi time weekdays tak nak jammed. Harga barang pun naik bila time cuti.
Feeza Shah
August 26, 2022 at 4:50 pmCH memang best kak. ni tmpt percutian kami setiap tahun tp lepas PKP 2 thn tu kami tak pergi dah sbb ramai org memanjang hahahaha skrng ni kami lebih suka pegi pantai2 gitu….nnti dah ada mood baru naik CH hehe tahun ni kiranya 3 tahun dah la x naik CH
wawaazwa
September 23, 2022 at 3:35 pmtu akak pilih weekdays..orang tak sesak…cuma tak syok banyak kedai tutup.