Jangan Takut Biar Anak Belajar Hidup Susah

Jangan Takut Biar Anak Belajar Hidup Susah

Jangan takut biar anak belajar hidup susah. Apa yang sis Wa maksudkan, sebagai mak ayah, kita jangan risau atau bimbang untuk biarkan anak-anak kita belajar hidup susah.

Apa maksudnya tu? Kita tak bagi dorang duit belanja sekolah ke? Tak bagi dorang makan ke? Tidak!! Bukan macam tu. Maksud sis Wa, kita jangan terlalu manjakan anak kita. Tiap keinginannya kita penuhi walau pun itu bukan keperluan tapi kehendak.

Jangan Takut Biar Anak Belajar Hidup Susah

Antara Keperluan dan Kehendak

Ada beza ye antara keperluan dan kehendak. Contoh mudah. Zaman sekarang, menyediakan handphone atau laptop untuk anak-anak memang dah jadi keperluan. Kenapa? Tengok saja ketika pandemik melanda dulu, sistem pembelajaran berubah. Kena belajar secara online di rumah. Memang teramat sukar bila anak tak ada handphone hinggakan ada yang ketinggalan.

Kalau mampu, tak salah mak ayah belikan handphone untuk anak. Lagi pula kalau mak ayah bekerja. Jadi, mak ayah boleh pantau kegiatan seharian anak-anak dengan menelefon mereka.

TAPI, beli yang bersesuaian saja. Janganlah pula anak-anak nak jenama ‘buah epal’, mak ayah sanggup belikan walau terpaksa berhutang. Bayar ansuran!

Haish. Itu dah bukan keperluan, tapi kehendak anak-anak. Zaman sekarang, jenama ‘buah epal’ itu memang jadi kegilaan mereka. Budak-budak sekolah rendah pun tahu ye.

Bagi sis, tak perlu ikut. Kalau nak, biar dorang usaha sendiri cari duit. Handphone cop tu bukan ‘kaleng-kaleng’ harganya. Ribu riban wooo! Motip nak belikan anak handphone mahal sedangkan banyak pilihan yang jauh lebih murah.

Bila bagi duit belanja sekolah anak, beri ikut keperluan. Jangan bagi lebih. Ini sebenarnya mengajar anak kita jadi boros kerana dia ada duit lebih untuk dibelanjakan. Sebaliknya, kalau kita bagi secukupnya, anak akan belajar untuk bajet, beli yang perlu saja.

Baca ini juga: Adik beradik

Jangan Biasakan Anak Mewah

Jangan Takut Biar Anak Belajar Hidup Susah

Sis faham, sebagai mak ayah memang kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Kalau boleh, kita tak nak anak-anak kita susah macam kita dulu. Selalunya itulah poin kita selalu guna. Dulu kita tak merasa, sekarang naklah anak rasa.

Tak salah, tapi jangan keterlaluan. Beli baju anak, tapi tak perlulah tiap bulan. Tak perlulah beli yang berjenama saja. Kalau dah biasakan anak-anak pakai yang mahal, yang berjenama, jangan salahkan dia kalau dia dah tak pandang yang murah.

Kena ingat, hidup kita ni ada pasang surutnya. Kita tak tahu apa yang akan datang. Mungkin rezeki kita tak semewah sekarang. Bayangkan kalau anak-anak ‘tak faham’ dan tetap dengan gaya hidup dahulu. Siapa yang susah? Kita jugak!

Kerja Part Time

Jangan takut biar anak belajar hidup susah. Mak ayah jangan halang kalau anak-anak yang dah remaja nak kerja secara sambilan. Misalnya, selepas tamat SPM, anak-anak minta kebenaran nak bekerja part time.

Tapi malangnya, mak ayah pula yang tak benarkan. Alasan anak masih kecil. tak perli lagi nak kerja. Ada juga yang konon tak bagi kerana takut anak nanti dah tak nak sambung belajar bila dah pegang duit sendiri.

Dalam hal ini usah bimbang, Mak ayah jangan halang keinginan anak . Tapi, boleh berbincang dengan mereka. Buat perjanjian. Bahawa bila result keluar nanti, kena sambung belajar semula. Sebab ilmu penting. Tak layak ke universiti umum, boleh pilih kolej kemahiran. Berlambak sekarang ni.

Ada juga anak yang di IPT nak try kerja part time. Mereka cuba belajar cari duit lebih. Ada juga yang nak cuba bila ada kawan-kawan yang ajak. Ala…kenapa tak benarkan? Yang penting mereka boleh bahagikan masa antara belajar dengan kerja. Mungkin waktu cuti semester atau hujung minggu. Biar mereka belajar, betapa penat nak cari duit. Barulah mereka akan lebih menghargai duit.

Baca ini juga: Nama Anak Lelaki

Ajar Beli Barang Dengan Duit Sendiri

Jangan Takut Biar Anak Belajar Hidup Susah

Begitu juga kalau nak beli sesuatu barang, galakkan anak-anak usaha sendiri untuk dapatkan. Baru mereka akan jaga betul-betul. Kalau mak ayah beli, kadangkala mereka tak hargai. Mudah betul hilangkan atau tak jaga sangat. Sakit pulak hati kita nanti kan! Beli mahal, tapi macam dihargai.

So, ajar anak untuk ‘faham’ betapa susahnya nak dapat sesuatu yang disukai. Nak beli, kena ada duit. Nak duit, kena usaha!

Misalnya, didik anak untuk berjimat cermat dengan duit belanja sekolah mereka. Kalau nak beli sesuatu barang, kumpul duit sikit-sikit.

Boleh bagi saranan pada anak untuk tolong mak ayah di rumah waktu cuti dan diberikan imbuhan. Tak salah, dengan niat nak bantu anak kumpul duit untuk bantu mereka beli apa yang mereka nak. Ini bukan rasuah ye…tapi untuk didik mereka ‘bekerja’ untuk dapatkan duit. Gituuu!

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *