Adik-Beradik Perempuan Lebih Close? Mungkin Ye Lah Kot…

Adik-Beradik Perempuan Lebih Close? Mungkin Ye Kot…

Adik-beradik perempuan lebih rapat antara satu sama lain berbanding lelaki? Ye ke? Entahlah. Tapi sis Wawa sendiri ada tujuh beradik perempuan, satu mak, satu bapak.

Hubungan kami, Alhamdulillah, tersangat rapat hingga saat ini walau pun masing-masing dah berkeluarga (kecuali si bongsu masih bujang trang tang tang).

Tak Mudah, Tapi Kena Usaha

Bila cakap soal adik-beradik, kita semua manusia biasa yang penuh kekurangan diri. Begitu juga adik-beradik kita. Terus terang, takkan kita tak pernah ada kecil hati dengan adik beradik kita kan? Tak pernah ke tak sependapat? Tak pernah ke rasa tak puas hati dengan perangai masing-masing? Tipu lah kalau takde.

Itu normal. Tapi, yang pasti, kita kena sentiasa berlapang dada untuk terima kekurangan adik beradik kita. Kena sentiasa menjaga perasaan kasih dan sayang kita pada saudara darah daging kita.

Apa juga hal atau masalah yang timbul, kena selesaikan cepat-cepat. Bincang secara terbuka, jangan saling memendam. Bila makin dipendam, makin buruk jadinya. Akhirnya masing-masing saling menjauhkan diri. Dah jadi keruh hubungan adik-beradik.

Okay, apa yang sis Wawa tulis ni, berdasarkan pendapat peribadi dan menerusi pengalaman yang dilalui. Nama pun blog peribadi kan…Hihi. Mungkin ada yang tak setuju ke apa… Terpulang, sebab hidup kita tak sama. Dok gitu?

Adik-Beradik Perempuan Lebih Close? Mungkin Ye Kot…

Boleh Jadi Musuh

Nampak mudah tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. Walau pun ada pertalian darah, nak kekalkan hubungan baik bukan senang ye. Bahkan silap langkah, sekelip mata boleh jadi musuh tau! Jangan main-main. Banyak benda perlu dijaga dalam hubungan sesama adik-beradik. Jangan sesekali ambil mudah. Kononnya air dicencang takkan putus. Tapi tengok sendiri sekeliling. Berapa banyak hubungan adik-beradik terputus?

Sebab itu, sentiasa ambil jalan tengah. Kalau tak puas hati, terus cakap depan-depan. Jangan cakap belakang. Bila suka cakap belakang-belakang ni yang jadi lain nanti.

Macam sis Wawa, terus terang, tak mudah nak kekalkan keharmonian antara adik-beradik. kami Tipu kalau tak pernah bergaduh kan? Tapi, lagi sekali, jangan ambil masa terlalu lama nak berbaik semula. Tak jatuh maruah diri kalau pun kita sebagai kakak minta maaf pada adik. Begitu juga sebaliknya. Kena ingat, kalau kita bergaduh, kesian mak ayah kita kalau dorang tahu kan?

Cuma di kalangan adik-beradik perempuan, mungkin kita jadi rapat kerana boleh bercerita apa saja berkaitan dengan hal orang perempuan. Berkongsi pasal anak-anak, kongsi resipi apa nak masak hari ni dan macam-macam lagi. Kalau dengan adik-beradik lelaki tak kot.

Grup WhatsApp Adik-Beradik

Zaman dah berubah. Jika dulu kena telefon baru boleh bercakap. Itu pun tak nampak muka. Sekarang dah ada WhatsApp, haa..sepanjang masa boleh berhubung (asal ada data internet..hihi). Kadang beratus mesej masuk. Sama ada larat nak baca ke tak je.

Jadi, gunakan medium ini utk berhubung dengan adik-beradik. Macam sis Wawa, kami ada grup hanya kami tujuh beradik saja. Bukan apa, ada benda yang mungkin tak manis nak dikongsikan dengan pasangan masing-masing.

Sekurangnya sekali atau dua kali seminggu akan video call dengan adik-beradik. Seronok dan memang havoc. Mana taknya, semua nak bercakap. Tapi, itulah kemanisan bila kita ‘berkumpul’ adik beradik walau pun di alam maya saja. Maklumlah, nak rentas daerah/negeri tak boleh lagi. Ini lah pengubat rindu.

Adik-Beradik Perempuan Lebih Close? Mungkin Ye Kot…

Adik-Beradik Kena Sepakat Dalam Banyak Hal

Syukur, walau pun kami semua adik-beradik perempuan, tapi kami bukan sempurna, namun Alhamdulillah kami masih dapat sepakat dalam banyak hal. Termasuklah hal remeh. Contohnya bab baju raya. Tiap tahun kami ada baju boria tujuh beradik. Itu kami dah praktikkan sejak 16 tahun lepas.

Asalnya kami nak cari baju tema sempena perkahwinan adik ko 3. Tapi sejak itu, timbul idea nak buar baju raya sedondon. Kalau giliran raya di rumah mak ayah kami, suami dan anak-anak pun akan ikut tema kami. Kalau giliran beraya di sebelah suami, kami tetap ada baju sedondon walau pun ada baju tema lain sesuai dengan famili sebelah suami.

Ini lah orang perempuan kan. Orang lelaki mana ambil kisah benda ni semua. Tapi seronok sebenarnya. Membazir? Tak pun. Bila ada kenduri famili atau saudara-mara, kami akan melaram lah dengan baju sedondon kami tu. Syok tau. Dari jauh orang dah nampak rombongan kami?

Sering ‘Me Time’ Dan Kongsi Hobi

Kami empat beradik tinggal di Selangor, manakala tiga lagi tinggal di Terengganu. Biasanya dorang yang akan ke Selangor. Waktu inilah kami akan  ambil peluang untuk keluar bersama. Nasib baik pasangan dan anak masing-masing sporting. 

Kami juga kongsi hobi yang sama. Suka shopping dan suka kucing. Tapi sis Wawa tak boleh bela kucing kerana suami ada semput. Mungkin kerana mak kat kampung memang suka kucing dan bela banyak kucing di kampung.

Baca ini juga: Cara Memilih Makanan Kucing

Ada Batasnya

Memang kami adik-beradik perempuan akan berkongsi apa saja. Tapi satu prinsip kami, takkan berkongsi hal rumah tangga masing-masing. Bagi kami, maruah suami tetap mesti dijaga. Kan tak manis, bila gaduh dengan suami, kita canang pada adik-beradik. Tak pasal-pasal suami dipandang tak elok.

Maknanya, ada perkara boleh kongsi, ada perkara lebih elok jangan. Begitu juga masalah peribadi antara adik-beradik. Kena hormati. Jangan masuk campur walau pun itu hal adik kakak kita sendiri. Jangan suka hati bagi pendapat kalau dia tak minta.

Bukan bermakna kita tak sayang dan tak peduli. Tapi kena hormati keputusannya yang tak nak berkongsi dengan adik-beradik lain. Mesti ada sebabnya. Jadi, seeloknya kalau nampak ada antara adik-beradik yang ada masalah, minta adik-beradik yang paling rapat dengannya untuk cuba bertanya. Biasalah, antara adik-beradik pun ada yang paling rapat berbanding yang lain.

Boleh baca ini juga: Pengalaman Percutian Pertama Ke Luar Negara

Tip Untuk Kekal Hubungan Erat Adik-Beradik:

  • Sentiasa bertanya khabar walau pun jarang berjumpa. Sekarang senang. Ada whatsapp grup dan sebagainya.
  • Aturkan perjumpaan keluarga besar sekurang-kurangnya beberapa kali dalam setahun. 
  • Kalau ada yang bertelingkah, yang lain jangan jadi ‘batu api’ sebaliknya cuba baikkan semula yang bertelingkah itu.
  • Sentiasa pandang kebaikan, bukan keburukan. Kena terima tiap orang ada sisi buruknya. Kita pun ada kan…
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan adik-beradik yang lain dalam solat. 
  • Jangan ada rasa dengki dan iri hati dengan kelebihan adik-beradik yang lain.
  • Jadi orang pertama yang akan bantu jika ada salah seorang yang swdang ditimpa kesusahan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *