Faraid dan harta pusaka. MAIS lancarkan Bulan Faraid Negeri Selangor 2023, bertujuan untuk memupuk kesedaran dan memberikan ilmu berkaitan faraid dan harta pusaka kepada masyarakat.
Baru-baru ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melancarkan Bulan Faraid Negeri Selangor 2023, bermula 18 Ogos sehingga15 September 2023. Seminar yang bertajuk ‘HARTA PUSAKA PENYAMBUNG SILATURRAHIM’ telah diadakan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan & Muzakarah Islam Shah Alam.
Bab Faraid Dan Harta Pusaka Banyak Disebut Dalam al-Quran Dan Hadis
Sebenarnya, ini merupakan kali ke-3 MAIS menganjur bulan ini. Ramai yang telah mengambil peluang menghadirinya termasuklah sis Wa sendiri. Ternyata, masih terlalu banyak yang belum kita tahu tentang faraid dan juga harta pusaka. Bahkan, soal ini tak boleh dipandang mudah.
Ia adalah antara perkara yang sangat dititikberatkan dan banyak disebut di dalam Al-Quran dan hadis. Ini jelas menunjukkan betapa ia sangat perlu diberikan perhatian berat oleh umat Islam.
Dua Ahli Panel Hebat Bincang Bab Faraid Dan Harta Pusaka
Dua ahli panel hebat telah dipilih untuk mengendalikan seminar ini, iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir Bin Syed Hussin Aljoofre, Pendakwah Selebriti, dan Dr. Mohd Zamro Bin Muda, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Syariah, FPI UKM.
Banyak info yang telah dikongsikan oleh dua panel ini. Sememangnya hal harta pusaka boleh menjadi pengerat silaturrahim dan bukan sebaliknya. Namun, yang banyak terjadi hari ini, ia telah menjadi punca perbalahan di antara ahli keluarga akibat tidak faham tentang pengurusan harta pusaka. Alangkah ruginya.
Sepatutnya harta pusaka adalah bentuk pemberian berdasarkan kasih sayang. Tapi, ia pula menjadi punca pertelingkahan.
Malah, kalau dipersetujui bersama, pembahagian secara faraid boleh dijadikan pembahagian secara muafakat. Namun, mestilah ia terlebih dahulu atas persetujuan semua yang terlibat dan mereka semua telah sedia faham tentang faraid. Setelah itu barulah boleh dijalankan pembahagian secara muafakat.
Baca ini juga: Kalkulator Fidyah Puasa
RM70 Bilion Ringgit Harta Pusaka Beku
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Turut hadir, Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Encik lndera Shahril Mohd Shahid.
Menurut Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, lebih RM70 bilion ringgit harta pusaka masih dibekukan di atas sebab-sebab tertentu seperti perbalahan antara waris, jumlah waris yang terlalu ramai sehingga menyukarkan proses pembahagian, bahkan juga kerana orang ramai yang masih tidak faham tentang kaedah dan pengurusan harta pusaka dengan betul.
Program-Program Sepanjang Kempen
Pelbagai program diatur sepanjang kempen berlangsung antaranya:
- Hebahan informasi berkenaan Faraid dan Harta Pusaka
- Kursus Faraid
- Seminar Harta Pusaka
- Forum Perdana Pusaka
- Hari Bersama Baitulmal
- Tik Tok Live Pusaka
- Kuliah Maghrib Khas Pusaka
- Slot Celik lImu Pewarisan Radio IKIM
- Slot Rancang Harta Urus Pusaka Radio Klasik
- Siaran secara langsung Selamat Pagi Malaysia RTM
- Assalamualaikum TV Al-Hijrah
Masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat berhubung aktiviti sepanjang Bulan Faraid Negeri Selangor ini bolehlah mengikuti perkembangan di media sosial MAIS iaitu Facebook, Instagram dan Tik Tok Majlis Agama Islam Selangor.
Baca ini juga: Duit Tabung Haji
Peranan MAIS
Sejak tahun 2006 sehingga kini, sebanyak lebih 3,200 surat wasiat, 2,500 dokumen hibah dan 1,500 harta pusaka hak Baitulmal telah dikendalikan ole MAIS.
MAIS mengambil insiatif untuk member kefahaman dan mendidik masyarakat agar celik ilmu faraid dan seterusnya menjadikan amalan merancang dan menguruskan harta dengan betul.
Sebagai sebuah agensi Islam Negeri Selangor yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh mat Islam betapa pentingnya mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak.
Sistem E-Faraid Makin Dapat Sambutan
Sistem pengurusan harta pusaka secara dalam talian (e-Faraid) dibangunkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mula digunakan secara meluas termasuk untuk pendidikan.
E-Faraid dilancarkan pada Februari 2021 itu merupakan sistem digital merangkumi aspek pengurusan harta pusaka, kaedah pengiraan secara faraid, sistem pemfailan serta laporan pengurusan pegawai.
Menerusi sistem ini, pengurusan harta pusaka lebih telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada ahli waris.
Menurut Pengarah Baitulmal MAIS, Encik lndera Shahril Mohd Shahid berkata, sistem e-Faraid telah digunakan secara meluas dan mudah diakses masyarakat untuk dijadikan panduan awal.
Setiap hari lebih 100 orang melayari laman sesawang e-faraid untuk mendapatkan gambaran pengiraan dan digunakan pelajar-pelajar untuk pendidikan, Tambahnya, sistem e-faraid yang dilancar sejak 2021 itu membantu masyarakat lebih memahami ilmu faraid dan membuat pengiraan terus.
Sistem ini mudahkan masyarakat buat kiraan terus… ia bukanlah muktamad tetapi oleh jadi panduan. Ia membantu masyarakat dengan beri gambaran awal sebelum diputuskan di mahkamah.
Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dan melaksanakan pengurusan harta di MAIS, boleh layari laman web MAIS di https://mais.gov.my/
Leave a Reply