Kedai Emas Sri Semantan hadiahkan banglo pada 15 orang ahli SSPC. Setiap rumah bernilai RM350,000.Wah! Beruntungnya yang berjaya dapat ganjaran itu kan. Rezeki besar!
Emas Pelaburan Selamat Dan Terjamin
Antara pelaburan paling menguntungkan ialah beli dan simpan emas. Dari tahun ke tahun, harga emas terus mencanak naik. Namun masih ramai yang tetap memilih emas sebagai bentuk pelaburan yang terjamin dan selamat.
Sebab itu juga, perniagaan kedai emas juga semakin rancak dan berkembang pesat termasuklah Kedai Emas Sri Semantan (KESS) yang telah memiliki 30 cawangan di seluruh Malaysia.
Terkenal dengan cogan kata “Soorga Emas Preloved”, memiliki kedai emas dan kilang memproses produk emas sendiri.
Majlis Penyerahan Kunci Banglo

Baru-baru ini Sis Wawa berkesempatan hadir untuk menyaksikan sendiri kumpulan pertama yang terdiri daripada 15 orang ahli Sri Semantan Privilege Club (SSPC) di seluruh negara yang telah menerima banglo bernilai RM350,000 selepas mencapai tahap jualan emas berjumlah 20 kilogram secara berkumpulan.
Menurut Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan, Encik Mohamad Hafizal Mahmood berkata, penerima sulung terdiri daripada ahli dari Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor dengan projek berkenaan menjadi fasa pertama pemberian kediaman kepada ahli yang mencapai tahap Freedom.
“Rumah ini adalah pencapaian tertinggi bagi mereka selepas melalui beberapa fasa tertentu dalam komuniti, bermula daripada Affiliate, Assistant Manager, Manager, Master Manager sebelum mencapai tahap Freedom.
“Selain rumah, mereka sebelum ini turut berpeluang menerima pelbagai ganjaran termasuk kereta, pakej melancong, umrah dan emas untuk simpanan peribadi,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Freedom dan Kenduri SSPC di Tok Uban, Kelantan.
Beliau berkata, kelayakan untuk mencapai tahap Freedom melibatkan pencapaian kumpulan dengan jualan sebanyak 20 kilogram emas.
Katanya, pemberian kediaman itu bukan sekadar penghargaan terhadap pencapaian ahli malah sebahagian daripada usaha membina komuniti yang dapat berkongsi manfaat daripada aktiviti berkaitan emas.
“Antara mereka bukan daripada golongan yang hidup mewah. Ada yang sebelum ini berniaga kecil-kecilan, menjaja dan ada juga penerima asnaf.
“Kami mahu mereka sama-sama berkongsi rezeki dan membantu masyarakat melalui komuniti yang dibentuk,” katanya.

Mohamad Hafizal berkata, penyerahan rumah berkenaan dimulakan di Kelantan sebagai lokasi pertama sebelum konsep sama dikembangkan ke negeri lain pada masa akan datang.
Tambah Hafizal lagi, Emas Sri Semantan bukan sebuah syarikat pemaju perumahan, sebaliknya hanya menjalankan perniagaan emss dan kediaman itu merupakan inisiatif penghargaan kepada ahli yang mencapai tahap membanggakan dalam perniagaan emas.
Nasib Berubah Daripada Penerima Asnaf Kini Mampu Hidup Mewah

Salah seorang penerima banglo pada majlis tersebut ialah Mohd Din Sugiman, 61, merupakan bekas pemandu e-hailing, yang menyifatkan penyertaan dalam perniagaan emas bersama Emas Sri Semantan menjadi titik perubahan besar dalam kehidupannya selepas melalui tempoh sukar dalam kehidupannya.
“Saya merupakan seorang yang dikategorikan sebagai golongan asnaf. Saya pernah memandu e-hailing dari Kuantan, Pulau Pinang, Perlis hingga Johor untuk mencari makan.
“Saya mula menyertai Emas Sri Semantan pada 2 Jun tahun lalu dan mencapai pencapaian pertama lima kilogram emas sekitar November tahun yang sama sebelum akhirnya mencapai tahap Freedom dalam tempoh kira-kira setahun,” katanya ketika ditemui pihak media.
Kedai Emas Sri Semantan
Kedai Emas Sri Semantan (KESS) diasaskan oleh Mohamad Hafizal Bin Mahmood. Ia membeli dan menjual emas (preloved).
Misinya untuk membantu setiap lapisan masyarakat memiliki, memakai dan menyimpan emas. Kini sudah memiliki 30 cawangan kedai emas di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Malah sebelum menerima banglo berkenaan, dia terlebih dahulu telah memperoleh beberapa ganjaran lain termasuk sebuah Toyota Vios dan Vellfire hasil pencapaian yang dicapainya.
Mohd Din berkata, dia juga bersyukur tidak lagi penerima bantuan asnaf selepas memperoleh pendapatan melalui aktiviti jualan emas bersama komuniti tersebut. Dia menggunakan segala ilmu dan pengetahuan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak Emas Sri Semantan ketika bertemu dengan prospek yang berminat menyertai komuniti tersebut.
“Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana diberi peluang mengubah kehidupan daripada dulu bukan siapa-siapa, tetapi sekarang dapat mencapai kejayaan seperti ini,” katanya mengakhiri perbualan.
Leave a Reply