AEON MALL Mid Autumn 2026 Campaign – Cherish Reunions

AEON MALL Mid Autumn 2026 Campaign - Cherish Reunions

AEON MALL Mid Autumn 2026 Campaign – Cherish Reunions.  AEON MALL menerusi kempen Cherish Reunions membawa kelainan dan keunikan apabila sambutan Mid Autumn Festival diraikan dengan sentuhan cita rasa Malaysia.

AEON MALL Mid Autumn 2026 Campaign - Cherish Reunions

A Taste of Malaysia, A Celebration for Everyone

Cita rasa Malaysia, perayaan untuk semua. Perayaan Kuih Bulan bukan sekadar mencari kuih bulan (moon cake) untuk keluarga, para pengunjung juga berpeluang meneroka pilihan aneka pilihan kuih bulan perisa tempatan, menikmati aktiviti kebudayaan dan mengambil peluang untuk mendapatkan ganjaran menarik sepanjang kempen berlangsung.

Menariknya, lebih 160 jenama moon cake ditawarkan di AEON MALL seluruh negara. Selain daripada pilihan perisa tradisional yang disukai ramai, para pegunjung juga boleh mencuba yang kontemporari dan perisa yang diinspirasikan daripada makanan tempatan.

Bagi peminat moon cake beragama Islam, jangan risau. Kini boleh dapatkan moon cake halal di AEON MALL. Antara jenama yang diketengahkan termasuk JDX, Duria, The Full Basket, Oriental Kopi, Yu Ai, Oversea, Tai Thong, Huats Up dan Foh San, selain banyak lagi pilihan untuk diterokai.

Perisa yang diinspirasikan oleh cita rasa tempatan menawarkan peluang kepada pelanggan dan pelancong untuk mengenali Malaysia melalui makanan serta tradisi perayaannya.

Wow! Menarik ni. Sis Wawa memang suka moon cake, Dulu mula beli lepas jumpa yang ada sijil halal. Selalu beli perisa tradisional dan egg yolk.

AEON MALL Mid Autumn 2026 Campaign – Cherish Reunions  Meets Visit Malaysia 2026

AEON MALL Mid Autumn 2026 Campaign - Cherish Reunions

Dengan sokongan Tourism Malaysia, AEON MALL mengetengahkan festival ini sebagai satu lagi pengalaman pelancongan perayaan bagi pengunjung tempatan dan pelancong antarabangsa.

Satu sambutan yang mempamerkan identiti pelbagai budaya Malaysia, cita rasa tempatan serta semangat kebersamaan yang mesra.

Malaysia bukan sahaja dikenali dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Rasa, tradisi dan sambutan perayaan juga menjadi sebahagian daripada pengalaman menarik untuk mengenali negara ini.

Melalui AEON MALL Mid-Autumn 2026, pengunjung tempatan dan antarabangsa berpeluang meneroka kepelbagaian rasa serta budaya Malaysia dalam suasana perayaan.

Bagi pelancong, pengalaman mencuba moon cake dengan perisa tempatan boleh menjadi sebahagian daripada kenangan menarik ketika berada di Malaysia.

Bagi masyarakat tempatan pula, sambutan ini menjadi peluang untuk berkumpul dan menikmati suasana perayaan bersama keluarga.

Di 27 AEON MALL di seluruh negara, pelanggan boleh menikmati kemeriahan Mid-Autumn lebih dekat dengan komuniti masing-masing.

Tak perlu tunggu ada perjalanan jauh untuk menikmati suasana perayaan. Singgah ke AEON MALL berdekatan pun boleh menjadi sebahagian daripada aktiviti hujung minggu bersama keluarga.

More Than Mooncakes – A Complete Festive Experience

AEON MALL Mid Autumn 2026 Campaign - Cherish Reunions

Lebih daripada sekadar moon cake – Pengalaman perayaan yang lengkap. Nikmati pengalaman membeli-belah moon cake sambil menyertai aktiviti tanglung, persembahan kebudayaan, kaligrafi Cina, pembuatan tanglung, sesi ramah mesra bersama DJ dan banyak lagi sepanjang kempen berlangsung.

Para pengunjung dapat mencipta momen bersama keluarga yang bermakna dan alami pengalaman perayaan yang sesuai untuk pelbagai generasi.

Aktiviti seperti lantern making pastinya menarik perhatian anak-anak. Mereka bukan sahaja dapat melihat hiasan perayaan, malah berpeluang mencuba aktiviti kreatif bersama ibu bapa.

Bagi golongan dewasa pula, cultural performances dan Chinese calligraphy memberi peluang untuk mengenali tradisi yang menjadi sebahagian daripada sambutan Mid-Autumn.

Inilah yang menjadikan Cherish Reunions lebih daripada sekadar acara membeli-belah. Ada ruang untuk keluarga meluangkan masa bersama, menikmati suasana perayaan dan mencipta kenangan yang mungkin akan dikenang semula nanti.

Exclusive Festive Rewards

Selain pilihan mooncake dan aktiviti perayaan, AEON MALL turut menyediakan beberapa ganjaran eksklusif sepanjang kempen.

UOB Cardmember Privilege:

Pemegang kad UOB berpeluang mendapatkan RM20 AEON Gift Voucher apabila berbelanja RM150 untuk produk moon cake menggunakan kad UOB.

Pembelian perlu dibuat melalui 2 combined same-day receipts.

Kalau memang sudah merancang untuk membeli moon cake sebagai buah tangan, boleh semak terma dan syarat penebusan sebelum membuat pembelian.

AEON MALL × Souper Tang Limited Edition Gift Set

Ada juga ganjaran istimewa menerusi kerjasama AEON MALL × Souper Tang.

Nilai perbelanjaan yang ditetapkan adalah:

  • RM400 – AEON Member / UOB Cardmember
  • RM600 – Non-AEON Member / Non-UOB Cardmember

Penebusan memerlukan 3 combined same-day receipts.

Jadi, kalau korang memang merancang pembelian moon cake atau barangan berkaitan kempen, boleh semak dahulu syarat penebusan yang ditetapkan.

Mid-Autumn Spend & Win

Bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan, kempen ini turut menawarkan peluang memenangi Limited Edition Tea Garden Mid-Autumn products.

Seramai 50 lucky winners berpeluang membawa pulang hadiah tersebut.

Selain mencari moon cake kegemaran, pengunjung juga boleh mengambil peluang menyertai Mid-Autumn Spend & Win sepanjang tempoh kempen.

 “Different Flavours. One Malaysia. One Reunion.”

AEON MALL Mid Autumn 2026 Campaign - Cherish Reunions

Sempena sambutan Pertengahan Musim Luruh ini, AEON MALL menjemput orang ramai untuk berkumpul, menikmati cita rasa Malaysia serta menghargai detik pertemuan semula yang bermakna – sekali gus menjadikan sambutan perayaan ini lebih mudah dinikmati oleh komuniti dan pengunjung di seluruh negara.

Sambutan Mid-Autumn tahun ini juga menjadi peluang untuk kita mengenali tradisi, menghargai kepelbagaian budaya dan menikmati makanan yang menghubungkan masyarakat tempatan dan juga pelancong luar.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *