AEON Mall KL Midtown anjurkan Program AEON Hometown Forest; Bantu Kelestarian Alam Sekitar. Demi meneruskan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar, AEON CO. (M) BHD (“AEON”), telah megadakan Program AEON Hometown Forest di AEON Mall KL Midtown.
Tanam 1500 Pokok Bersama Pelajar Dan Komuniti Setempat

Program itu menyaksikan penanaman kira-kira 1,500 pokok renek sebagai sebahagian daripada usaha landskap pusat beli-belah itu menjelang pembukaannya kepada orang awam pada 5 November 2026.
Inisiatif ini menghimpunkan lebih kurang 150 orang peserta termasuk 30 orang murid dari The Japanese School of Kuala Lumpur, Ahli Lembaga Pengarah AEON, komuniti setempat, serta warga kerja AEON, bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan mesra di sekitar pusat beli-belah baharu itu. Para blogger juga turut sama dijemput untuk sama-sama memeriahkan aktiviti. Seronok tau.
Masing-masing telah diberikan sarung tangan dan penyodok kecil. Pelajar-pelajar dari The Japanese School of Kuala Lumpur kelihatan teruja untuk mengikuti aktiviti tanam pokok, dianu oleh ibu bapa masing-masing.
Wujudkan Suasana Lebih Hijau Dan Harmoni Untuk Para Pengunjung Ke AEON Mall KL Midtown

Program ini mencerminkan komitmen berterusan AEON terhadap pemuliharaan alam sekitar serta falsafahnya untuk mengejar keamanan dengan pelanggan sebagai titik permulaan, menghormati insan dan menyumbang kepada komuniti setempat.
Program penanaman pokok hari ini merupakan sebahagian daripada usaha landskap yang lebih besar di seluruh AEON Mall KL Midtown. Kehijauan ini bertujuan untuk menyerikan kawasan sekitar pusat beli-belah serta mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk pengunjung dan komuniti setempat.

Elemen kelestarian turut diterapkan dalam pembangunan pusat beli-belah ini. AEON Mall KL Midtown menempati bangunan yang memperoleh pensijilan GreenRE Gold, dilengkapi sistem penyejukan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan serta kelengkapan penjimatan air. Pusat beli-belah ini turut menampilkan taman linear di atas bumbung seluas 1.5 ekar yang menghadirkan ruang hijau di tengah-tengah persekitaran bandar.
Melalui usaha ini, AEON berhasrat mewujudkan pusat beli-belah yang menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah, dengan menyediakan persekitaran mesra untuk orang ramai berkumpul, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, serta lebih dekat dengan alam semula jadi.
Program AEON Hometown Forest di AEON Mall KL Midtown memperkukuhka lagi usaha berterusan AEON dalam menyokong kelestarian alam sekitar, di samping menggalakkan penyertaan komuniti dalam membina masa depan yang lebih hijau.
Serba Sedikit Tentang AEON Mall KL Midtown

AEON Mall KL Midtown bakal membuka pintunya tidak lama lagi, pada 5 November 2026.Dah tak lama lagi dah. olehlah datang beramai-ramai ati ye.
AEON Mall KL Midtown merupakan cawangan AEON Mall ke 28 di Malaysia. Pusat beli-belah terbaharu itu merupakan sebahagian daripada mercu tanda pembangunan bercampur KL Metropolis yang berkeluasan 75 ekar, sekali gus menandakan kehadiran strategik AEON di jantung pusat bandar raya.
Mempunyai ruang boleh disewa bersih (NLA) seluas 367,000 kaki persegi, AEON Mall KL Midtown dibina bersebelahan menara pejabat, komponen kediaman mewah serta hotel antarabangsa lima bintang, Hyatt Regency Kuala Lumpur.
Ini merupakan pusat beli-belah gaya hidup lapan tingkat yang pertama daripada syarikat tersebut, yang berfungsi sebagai destinasi riadah untuk membeli-belah, menjamu selera, dan hiburan. Ia juga menampilkan taman di atas bumbung seluas 1.5 ekar serta pelbagai pilihan kedai makanan dan minuman yang pastinya dinanti-nantikan.
Antara penyewa utama yang bakal hadir termasuk Oriental Kopi, Dolly Dim Sum, Sushiro, Verrona Hills Bakery and Patisserie, Komehyo, Seiko Vision Specialist, Omakase Lab, serta Luxe Hair and Nail.
Pusat beli-belah ini juga akan menempatkan VS Challenge yang pertama di Malaysia—sebuah konsep hiburan dari Jepun hasil ciptaan Bandai Namco Experience Inc.—yang menawarkan 20 cabaran, permainan, dan pertandingan yang mengujakan.
Untuk keterangan lanjut oleh ke;
FB: https://www.facebook.com/klfoodie/posts/aeon-mall-kl-midtown
IG: https://www.instagram.com/aeonmall.klmidtown/
TT: https://www.tiktok.com/@aeonmall_klmidtown
Leave a Reply