AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Prosperity Blossom 2026 Dengan Program CSR

AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Prosperity Blossom 2026 Dengan Program CSR

AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Prosperity Blossom 2026 Dengan Program CSR. Wahhh meriahnya! Musim perayaan cukup terasa sebaik saja melangkahkan kaki ke AEON Mall. Tambah teruja dengan pelbagai program yang telah diatur.

Santuni Masyakat Dengan Program Prosperity Blossom

AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Prosperity Blossom 2026 Dengan Program CSR

Beberapa hari saja lagi tibalah perayaan Tahun Baru Cina. Sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY), AEON Mall meneruskan tradisi menyantuni komuniti menerusi program Prosperity Blossom.

Ia merupakan satu inisiatif bermakna yang menggabungkan warisan budaya dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Program istimewa ini telah berlangsung meriah bertempat di AEON Mall Bukit Tinggi. Ini sekali gus mencipta impak positif kepada masyarakat setempat, khususnya golongan pelajar.

Penghargaan Untuk Memelihara Warisan Tradisi

AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Prosperity Blossom 2026 Dengan Program CSR

Antara sorotan utama acara ini ialah Majlis Sumbangan Kepala Singa. Dalam acara tersebut, sebanyak sembilan (9) persatuan tarian singa sekolah dan pertubuhan telah menerima kepala singa baru sebagai tanda sokongan terhadap usaha merek memelihara seni budaya tradisional.

Antara penerima sumbangan termasuk:

  • Jing Sun Welfare Society
  • Ti-Ratana Welfare Society Malaysia
  • Hin Hua High School
  • Kuen Cheng High School
  • Catholic High School, Petaling Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang, Kuala Lumpur
  • Khuan Loke Dragon & Lion Dance Association Malaysia
  • Hong Yi Dragon and Lion Dance Association

AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Prosperity Blossom 2026 Dengan Program CSR

Majlis dimulakan dengan Upacara Titik Mata Singa (Lion Head Dotting Ceremony) yang penuh simbolik dan keberkatan.

Upacara ini telah disempurnakan oleh pihak AEON Mall bersama enam rakan penaja utama iaitu The Film Engine, Toy World Malaysia, Poh Kong, ITSU, Souper Tang dan Hock Kee, sebagai lambang kemakmuran, kerjasama erat dan nilai kebersamaan.

Memartabatkan Budaya & Membangun Generasi Muda

AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Prosperity Blossom 2026 Dengan Program CSR

Sumbangan kepala singa ini bukan sekadar simbolik, malah membawa tujuan yang lebih besar. Inisiatif ini bertujuan untuk:

  • Menyokong kesinambungan amalan budaya tradisional tarian singa
  • Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Mengurangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh persatuan sekolah
  • Membentuk generasi muda yang berdisiplin, berkeyakinan dan bersemangat kerja berpasukan

Komitmen CSR AEON Mall Terhadap Komuniti

Program Prosperity Blossom mencerminkan komitmen berterusan AEON Mall sebagai warga korporat yang bertanggungjawab. Di AEON Mall Bukit Tinggi khususnya, inisiatif ini menjadi platform penting dalam menyatukan komuniti melalui aktiviti bermakna yang berteraskan budaya, pendidikan dan pembangunan belia.

Dengan kerjasama para penyewa dan rakan niaga, usaha ini berjaya mewujudkan impak komuniti yang positif dan mampan, khususnya pada musim perayaan yang penuh makna.

Pendekatan oleh AEON Mall Bukit Tinggi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pusat membeli-belah dan masyarakat setempat. Malah turut memberi peluang kepada generasi muda untuk terus menghargai serta meneruskan seni budaya tradisional seperti tarian singa yang menjadi identiti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan peranan AEON Mall Bukit Tinggi sebagai hab komuniti yang aktif, prihatin dan dekat di hati masyarakat. Untuk info lanjut, boleh layari  laman Web: www.aeonmallmy.com Facebook: AEON MALL Malaysia Instagram: @aeonmallmalaysia

#AEONMALL

#AEONMALLProsperityBlossom

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *