Teater Tanjong bakal beraksi di pentas penuh prestij iaitu di Istana Budaya. Waahhh… Siapa menyangka kumpulan Teater yang dulu nampak kecil dan pada mulanya hanya dibarisi oleh kumpulan remaja dan kanak–kanak yang ingin mengisi masa lapang, bakal beraksi di ISTANA BUDAYA! Bukan calang-calang tu!
Bakal dipentaskan pada 9-11 September 2022, Teater Tanjong bakal dibintangi oleh pelakon handalan Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar.
Pementasan ini juga akan diambil bahagian oleh 150 tenaga kerja termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Ia juga bakal disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.
Buktikan Kehebatan Kelab Teater Biasa
Bukan sekadar mimpi tanpa usaha dan Kelab Teater ASAR telah membuktikannya! Teater Tanjong arahan Prof Dr. Ahmad Rashidi Hasan ini mengisahkan kehidupan di sebuah luak (negeri) di Negeri Sembilan yang kuat mengamalkan budaya Adat Perpatih.
Luak ini telah kehilangan pemimpinnya, Penghulu Luak Dato Nagho, dan jawatan Penghulu Luak ini telah dituntut oleh anaknya, Baroq, sebagai pewaris. Ini bertentangan dengan budaya Adat Perpatih yang mengamalkan kaedah penggiliran dalam melantik pemimpin mengikut suku.
Konflik Antara Kuasa Dan Cinta Dalam Kemuncak Teater Tanjong
Apa yang akan berlaku seterusnya?
Teater Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu.
Apa konflik yang berlaku antara Anjang? Siapa sebenarnya Baroq?
Antara Anjang & Baroq siapa sebenarnya yang layak untuk mengantikan Tok Nagho?
Baca ini juga: Review Menjelang Waktu Maghrib
Pementasan Teater TANJONG akan berlangsung pada:
Tarikh: 9-11 September 2022
Tempat: ISTANA BUDAYA
Masa: 8:00 Malam
DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG SEBELUM KEHABISAN!
SCAN QR CODE & Diskaun harga tiket sebanyak 10% untuk pembelian awal
LINK WEBSITE PEMBELIAN TIKET : https://ilassotickets.com/event/tanjong/
Sokongan Pelbagai Pihak
Pementasan Teater Tanjong ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC. Dengan sokongan yang jitu, pihak MOTAC telah menganugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya kepada Kelab Teater Asar Negeri Sembilan.
Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.
Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih.
Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai.
Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.
NAK TIKET FREE? JOM JOIN CONTEST NI!
Mana tau ada rezeki terpijak kata orang. Nak memang tiket percuma, bolehlah cuba masuk peraduan ini.
#TAG & #MENANG TIKET TEATER TANJONG #AdatPerpatih DI ISTANA BUDAYA 9-11 SEPTEMBER 2022
Kepado semuo waghih & sahabat kek luar tu… Apo kato hari ni kito main game kojap..okay tak? TAG & MENANG!
Alaaa bukan game susah mano pun.. nak suruh tag kok ado kawan-kawan budak Minang dalam list friend korang yo. Kalau ado cubo la tag 3 orang.
Kalau ado yang kono nanti kami blanjo poie tengok teater Tanjong. Amacam?
Yang bukan orang nogori tu jangan la risau..okay yo kalau korang nak monang dan tengok Teater TANJONG ni.. Cuma tag kawan, jiran, abang, kakak ipar..sapo-sapo la, janji dia budak minang.
Tunggu apo laie tu..copek tag, nanti kita jumpa kek Istana Budayo nonton Tanjong yo..
Kito akan pilih 3 komen terakhir sebagai pemonang dan tarikh kita akan maklum an kendian. Tapi selalu selalu lah jongok fb kami ni haaa..
Saksikan Sendiri Kehebatan Teater Tanjong
Pernah tengok teater tak? Ha..kalau pernah, tentu tahu bagaimana rasanya. Tengok teater berbeza dengan kita tengok filem di panggung wayang atau di TV. Lain tau!
Pementasan teater yang sarat emosi memberikan pengalaman yang pasti cukup mengujakan. Mana taknya, ia dilakonkan secara ‘live’ di atas pentas dan sudah pasti ‘feel’nya lain.
So, jangan ketinggalan untuk menyaksikan satu lagi teater yang pasti sarat dengan nilai sejarah berkaitan adat Perpatih dan Negeri Sembilan ini. Ayuh semua!
#teatertanjong
#istanabuday
a #perpatih
#malaysia
#teater
#silat
#promosi
#akubudakminang
#bloggersmalaysia
#negerisembilan
Leave a Reply