MASAK LEMAK REBUNG CILI PADI
Bahan-bahan Masak Lemak Rebung Cili Padi:
1kg rebung – bersihkan, hiris nipis
3-4 papan tempe – hiris
20-30 biji cili padi hijau (ikut kepedasan) – kisar
2 inci kunyit hidup – kisar
Sedikit serbuk kunyit – jika perlu
2 kotak santan kotak saiz kecil
Segenggam ikan bilis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun kunyit – racik
1 ketul kiub ikan bilis
2-3 keping asam gelugur
Garam
Air
CARA MEMBUAT MASAK LEMAK REBUNG CILI PADI:
- Mula-mula, rebung yang dihiris direbus dahulu bersama sedikit garam dan asam gelugur. Suri gunakan dua jenis rebung iaitru Rebung Madu dan Rebung Betong. Selepas 15-20 minit atau hingga rebung lembut. Angkat dan toskan. Kisar cili padi dan kunyit hidup. Ketepikan. Tempe dipotong serong. Ketepikan.
- Di dalam periuk, masukkan santan, diikuti bahan kisar tadi dan asam gelugur. Gaul sebati. Kemudian terus masukkan rebung yang sudah direbus tadi dan kiub bilis. Gaul sekata.
- Setelah itu, masukkan pula serai yang diketuk dan daun kunyit yang telah diracik. Gaul sekata. Masukkan air jika perlu sehingga mendapat kepekatan kuah yang diingini. Kacau perlahan agar bahan mesra. Masukkan segenggam ikan bilis. Gaul lagi.
- Masukkan pula tempe dan biarkan ia mereneh. Kalau suka, tempe itu boleh digoreng dahulu secara berasingan setelah dilumur garam dan kunyit, barulah masukkan dalam kuah. Terpulang.
- Setelah kuah menggelegak, Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas. Mantap!!
Cuba resepi ini juga: Resepi pisang muda masak lemak
Generasi Muda Dan Rebung
Kalau tanyakan pada generasi muda hari ni, agak-agak ramai tak yang kenal rebung ni apa? Entah-entah makan pun tak pernah kot!
Sis Wa asal kampung. Jadi daripada kecil dah diajar oleh mak makan rebung. Tapi waktu itu hanya reti makan rebung celur yang dimakan dengan budu. Fuh…kiranya waktu itu dah kira cukup sedap bagi sis.
Ternyata, macam-macam masakan boleh dimasak menggunakan rebung. Dah jadi kegemaran sis pula…Bila dah besar, kahwin pula dengan orang Selangor, barulah belajar makan macam-macam jenis masakan berasaskan rebung termasuklah masak lemak rebung cili padi ni.
Bahkan, anak pun sis ajar dan masak lemak rebung cili padi ini pun turut jadi kesukaan dia. Lagi pedas lagi dia suka.
Khasiat Rebung
Dalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya.
Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Kandungan kalium dalam rebung juga cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya.
Maka, antaranya ia dikatakan berkhasiat untuk:
Mencegah pelbagai jenis penyakit
Manfaat makan rebung yang pertama didapatkan daripada kandungan pelbagai fitokimia (senyawa kimia semula jadi dalam tanaman) yang bersifat antibakteria dan antivirus. Hal ini membuatnya bermanfaat untuk membantu mencegah kemasukan penyakit ke dalam tubuh.
Sesuai Untuk Orang Diet
Jika melihat kandungan nutrisinya, manfaat sayur rebung yang satu ini sudah cukup jelas. Kandungan lemak, gula, dan sodiumnya yang rendah, menjadikannya sebagai makanan diet yang ideal. Ia juga rendah kalori.
Belum lagi kandungan seratnya yang boleh membantu kita merasa lebih cepat kenyang, sehingga mengurangi jumlah makan.
Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Kandungan vitamin dan mineral yang ada di dalamnya membuat manfaat rebung untuk daya tahan tubuh boleh tercapai. Rebung juga mengandung antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada pendedahan radikal bebas berlebihan.
Bantu Atasi Masalah Pencernaan
Manfaat rebung yang satu ini didapatkan daripada kandungan seratnya yang cukup banyak. Serat sangatlah diperlukan untuk melancarkan proses pencernaan yang lancar dan sihat.
Jadi, makanan ini baik dimakan saat kita susah hendak buang air besar atau sembelit.
Melindungi jantung
Beberapa kandungan yang ada di dalam rebung, seperti fitosterol dan fitonutrien juga dinilai ideal untuk melarutkan kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh. Dengan demikian, tumpukan kolesterol di pembuluh darah dan risiko terjadinya serangan jantung boleh berkurangan.
Menurunkan Kolesterol
Manfaat rebung dalam menurunkan kolesterol didapatkan dari kemampuannya dalam melarutkan kolesterol jahat. Meski begitu, Anda tetap harus memperhatikan cara mengolahnya.
Menstabilkan tekanan darah
Oleh kerana kandungan kalium yang tinggi dalam rebung, ia amat membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang stabil. Rebung juga menstabilkan kesan ke atas tekanan darah arteri.
Leave a Reply