Resepi Sup Pumpkin
Bahan-bahan Untuk Resipi Sup Pumpkin:
400gram labu manis – didadu
2 biji kentang – didadu
3 ulas bawang putih – hiris
2-3 sudu makan santan kotak
1 labu biji bawang besar Holland – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
Air secukupnya
1 kiub ayam
2-4 sudu makan mentega
Garam & lada hitam secukup rasa
Cara Memasak Resepi Sup Pumpkin:
Panaskan mentega dalam non-stick pan. Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan labu dan kentang yang telah dipotong. Goreng sekejap hingga agak lembut.
Kemudian masukkan air dan kiub ayam.
Masak hingga labu dan kentang lembut.Matikan api.
Biarkan hingga ia agak suam kemudian masukkan ke dalam pengisar makanan dan kisar hingga halus.
Setelah itu, tuang kembali ke dalam periuk dan masak hingga pekat sedikit, menggunakan guna api kecil.
Masukkan sedikit santan dan serbuk lada hitam. Kacau lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
Sedia dihidangkan dengan roti bawang putih atau apa-apa roti. Siap!!
Resepi Sup Pumpkin Mudah Dan Sedap
Nampak macam susah tapi mudah je sebenarnya nak masak resepi Sup Pumpkin ni.
Resepi sup pumpkin atau sup labu kuning ini mudah saja cara penyediaannya. Selain sup cendawan, sup pumpkin ini juga creamy dan sedap bila dimakan dengan roti.
Sesekali layan tekak ‘mat saleh’ apa salahnya kan. Biasanya labu kuning kita masak sayur lemak kuning atau sayur bening. Tapi kali ini, kita try buat sup pumpkin lemak berkrim pulak..\
Sis Wa memang suka sup labu kuning, berbanding sup cendawan. Tapi sebelum ini tak pernah try buat sendiri. Tapi hari tu, bila En suami beli labu kuning, teringin pulak nak cuba. Bukak tiktok, ha…mudah je cara buatnya.
Kemudian, tengok bahannya pun tak banyak. Rasa semua dah ada kat rumah.
So, teruslah dengan hasrat nak masak sup pumpin. Tapi, lawak sungguh. Tengah masak, bila cari-cari krim masakan (cooking cream), laaa…dah expired rupanya. Macam mana ni? Dah separuh jalan proses masaknya.
Akhirnya timbul idea nak ganti cooking cream dengan santan kelapa. Hahaha…lawak. Tapi tak sangka, menjadi jugak. Cuma sis guna santan tu sikit je. Dalam dua tiga sudu makan macam tu. Nak bagi rasa lemak dan pekat.
Khasiat Labu Kuning
Labu kuning kaya kandungan nutrisi, mulai dari karbohidrat, protein, sedikit lemak, macam-macam vitamin, hingga dan mineral.
1.Buat Rasa Kenyang Lebih Lama
Jika Anda sedang mencoba menurunkan berat badan, labu kuning boleh menjadi pilihan yang tepat untuk dijadikan makanan diet.
Selain rasanya yang sedap, labu kuning dapat memberi manfaat seperti penurunan berat badan kerana ia rendah kalori dan karbohidrat. Tidak hanya itu, makan labu kuning bolerh membuat anda merasa kenyang lebih lama.
2.Tajamkan Penglihatan
Kandungan betakaroten yang terdapat pada labu kuning menjadikan buah ini kaya kandungan vitamin A.
Betakaroten, yang akan diubah menjadi vitamin A di dalam tubuh, berfungsi untuk membantu retina menyerap dan memproses cahaya. Ini kerana, penurunan fungsi retina boleh menyebabkan kebutaan..
3.Memelihara kesihatan jantung
Kandungan folat, karotenoid, dan magnesium di dalam labu kuning membuatnya kaya manfaat untuk menjaga kesihatan jantung.
Magnesium berfungsi untuk merelaksasi pembuluh darah agar dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah terjadinya penyakit strok mahupun serangan jantung.
Selain itu, labu kuning boleh mencegah terjadinya aterosklerosis.
Aterosklerosis adalah keadaan di mana dinding pembuluh darah arteri mengeras akibat penumpukkan lemak pada dinding dalamnya.
4.Mencantikkan kulit
Manfaat labu kuning lainnya adalah merawat kecantikan kulit. Labu kuning kaya kandungan berbagai vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang diperlukan tubuh agar tetap sihat dan muda.
Bahkan, lebih daripada itu, buah yang satu ini juga mampu menjadikan kulit terasa kenyal dan lembut.
Kandungan beta karoten dalam labu menghasilkan antioksidan yang baik untuk melawan radikal bebas dan mencegah radiasi daripada sinar UV.
Itu sebabnya, memakan makanan yang kaya kandungan betakaroten, termasuk labu kuning, berpotensi membuat anda lebih awet muda.
5.Tingkatkan Sistem Kekebalan Badan
Menariknya, makan labu kuning bisa jadi salah satu cara memperbaiki sistem kekebalan tubuh guna menangkal berbagai macam penyakit.
Kandungan vitamin A yang berlimpah dalam labu kuning memberi manfaat agar tubuh terhindar daripada virus dan penyakit menular. Bahkan, minyak labu dapat membantu melawan berbagai infeksi bakteri dan jamur.
6.Lancarkan Pencernaan
Sering mengalami masalah pencernaan? Anda disarankan untuk memakan lebih banyak serat agar pencernaan lebih lancar.
Manfaat ini boleh anda dapatkan daripada labu kuning kerana buah ini juga mengandungi serat yang tinggi untuk memenuhi keperluan gizi anda.
Memakan labu kuning yang cukup akan membantu anda terhindar daripada sembelit. Itulah antara pelbagai khasiat kesihatan daripada buah labu kuning.
Anda boleh menikmati buah ini dengan cara dimakan langsung, atau dicampurkan dengan makanan lain, seperti kuih dan sup.
B0leh juga cuba resipi ini: Sup Tulang
Semak sini juga: Sup Tepung Viral
Foto: Pexels dan koleksi peribadi
FARAH HANANNI BINTI ABU BAKAR
October 14, 2022 at 1:44 pmtq for the info👍
wawaazwa
October 17, 2022 at 5:07 pmJangan lupa cuba ye sis…
nettyahhiyer
October 15, 2022 at 5:21 amSedap amat ni kak wa. Tq resepinya. Nanti boleh try
wawaazwa
October 17, 2022 at 5:05 pmSedap nett. cuba nanti. Tapi labu jenis ni mmg sedap.