Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Bahan-bahan:

250 gram daging salai

100 gram rebung – beli di pasar siap proses

1/2 kg santan pekat

1 batang serai –ketuk

Sedikit cili padi hijau

1 kiub ikan bilis

2 batang cili merah besar

1 helai daun salam

Sekeping asam gelugur

Sedikit daun Kunyit – hiris

1 inci kunyit hidup

Serbuk kunyit – jika perlu

Garam

Air

Cara Membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung:

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Mula-mula bersihkan rebung dan rebus kira-kira 10 minit, kemudian tutup api dan toskan. Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili padi dan cili merah besar hingga hancur.

Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk (tak perlu tumis guna minyak). Masukkan rebung yang sudah direbus. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air jika perlu.

Setelah itu, masukkan pula daging salai yang sudah dihiris nipis.

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Gaul rata rebung dan daging salai. Kemudian, masukkan air secukupnya untuk kuah. Masak rebung dan daging salai itu lagi hingga daging dan rebung lembut.

Setelah itu, masukkan santan pekat dan kacau sebati. Sentiasa kacau dari semasa ke semasa supaya santan tak pecah minyak kerana guna santan segar.

Sebaliknya kalau guna santan segera, tak perlu kacau sangat.

Masukkan pula daun salam, asam gelugur dan kiub ikan bilis. Kacau lagi. Biarkan santan masak dan kuah menjadi pekat. Tambah garam secukup rasa. Tambah serbuk kunyit jika warna kuningnya tak cukup naik.

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Masukkan hirisan daun kunyit. Sis memang suka daun kunyit itu dihiris halus. Gaul rata. Perlahankan api, biar ia mereneh seketika.

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.

Cara Buat Sendiri Daging Salai

1.Kadang kala nak dapatkan daging salai pun susah. So, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Mula-mula bersihkan daging. Daging itu boleh dihiris kasar. Lumur dengan sedikit garam. Sis Gunakan pemanggang ajaib. Panaskan pemanggang ajaib, kemudian susun daging di dalamnya. Tak perlu guna minyak. Tutup.

2.Biarkan sehingga daging kering airnya. Sesekali balik-balikkan daging agar masak sekata.

3.Masak lagi hingga daging masak dan ada rasa sedikit terbakar dan bau asap.

4.Angkat dan bolehlah hiris kecil. Siap untuk dimasak. Senang kan? Cuma, sudah tentulah aroma asapnya tak seperti yang kita beli di Negeri Sembilan. Tapi, okaylah. Buat lepaskan hajat. Hehe.

Daging Salai Digemari Keluarga

Daging salai masak lemak cili padi ini memang antara kegemaran suami sis Wa. Kalau ke Negeri Sembilan, memang akan cari. Sis pun suka juga.

Masak lemak cili padi ini adalah antara makanan yang terkenal di negeri tersebut. Kata orang, nak rasa yang betul-betul auntentik, kenalah nikmati di sana.

Sis Wa suka aroma ‘asap’ di dalam masakan daging salai masak lemak cili padi ini. Digandingkan pula dengan rebung. Peh!! Memang terangkat.

Tapi,  nak ke sana pun susah juga. Faktor masa dan duit. So, kalau nak lebih jimat bajet, beli daging salai dan masak sendiri di rumah. Kebetulan ada ex office mate sis dulu sekarang tokey daging salai asli Jolobu, Nismilan. Apa lagi, sis pun order.

Daging salainya penuh aroma asap dan dagingnya juga tak kering dan lembut je. Terus pergi pasar nak cari rebung. Nasib baik ada…maka, terjadilah masakan daging salai masak lemak cili padi ini.

Bab masakan macam ni, memang sis serah pada suami untuk masak dan dia memang suka improvise resepi ikut suka dia. Tak kisahlah, yang penting sedap.

Kombinasi Daging Salai Dan Rebung

Selain rebung, daging salai ini boleh digabungkan dengan sayuran lain seperti ubi kentang, pisang muda dan sebagainya. Tapi, sis paling suka kombinasi daging salai dengan rebung.

Tapi orang muda zaman sekarang mungkin dah tak kenal rebung. Ini dikira masakan orang lama juga. Selain itu, rebung ada aroma tersendiri yang mungkin ada yang tak suka. Tapi, rebung pun ada khasiatnya tau.

Dalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya.

Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Kandungan kalium dalam rebung juga cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya.

Baca ini juga: Ubat Sakit Gigi

Maka, antaranya ia dikatakan berkhasiat untuk:

Mencegah pelbagai jenis penyakit

Manfaat makan rebung yang pertama didapatkan daripada kandungan pelbagai fitokimia (senyawa kimia semula jadi dalam tanaman) yang bersifat antibakteria dan antivirus. Hal ini membuatnya bermanfaat untuk membantu mencegah kemasukan penyakit ke dalam tubuh.

Sesuai Untuk Orang Diet

Jika melihat kandungan nutrisinya, manfaat sayur rebung yang satu ini sudah cukup jelas. Kandungan lemak, gula, dan sodiumnya yang rendah, menjadikannya sebagai makanan diet yang ideal. Ia juga rendah kalori.

Belum lagi kandungan seratnya yang boleh membantu kita merasa lebih cepat kenyang, sehingga mengurangi jumlah makan.

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Kandungan vitamin dan mineral yang ada di dalamnya membuat manfaat rebung untuk daya tahan tubuh boleh tercapai. Rebung juga mengandung antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada pendedahan radikal bebas berlebihan.

Bantu Atasi Masalah Pencernaan

Manfaat rebung yang satu ini didapatkan daripada kandungan seratnya yang cukup banyak. Serat sangatlah diperlukan untuk melancarkan proses pencernaan yang lancar dan sihat.

Jadi, makanan ini baik dimakan saat kita susah hendak buang air besar atau sembelit.

Menurunkan Kolesterol

Manfaat rebung dalam menurunkan kolesterol didapatkan dari kemampuannya dalam melarutkan kolesterol jahat. Meski begitu, Anda tetap harus memperhatikan cara mengolahnya.

Menstabilkan tekanan darah

Oleh kerana kandungan kalium yang tinggi dalam rebung, ia amat membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang stabil. Rebung juga menstabilkan kesan ke atas tekanan darah arteri.

Daging Salai Penuh Aroma

Daging salainya penuh aroma asap dan dagingnya juga tak kering. Masih lembut di dalam. Terus pergi pasar nak cari rebung. Nasib baik ada…maka, terjadilah masakan daging salai masak lemak cili padi ini.

Bab masakan macam ni, memang sis serah pada suami untuk masak dan dia memang suka improvise resepi ikut tekak dia. Tak kisahlah, yang penting sedap.

Cuba resepi ini juga: Masak Lemak Jering

 

 

 

 

 

2 Comments

  1. Ya ampun! Kenapa nampak sedap sangat masak lemak rebung daging salai kak Wa ni.. nanti nak try cara kak wa pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *