Anak Tunggal Jangan Terlalu Dimanja. Biar Dia Belajar Susah

Anak Tunggal Jangan Terlalu Dimanja. Biar Dia Belajar Susah

Anak tunggal. Mesti orang berpandangan; jadi anak tunggal ni syok. Sebabnya dia sorang je dan tak ada saingan di antara adik beradik. Lebih syok, semua benda dia dapat.

Anak Tunggal Mewah?

Tettt!! No! Tidak sama sekali. Sis Wa ada sorang je anak dan bermakna anak sis tu anak tunggal. Tapi, tak bermakna dia dapat semua benda yang dia nak. Yang dia dapat, 100% kasih sayang daripada ayah dan ibu dia. Cewahh!

Sebenarnya sis tak sangka pun sis akan hanya ada sorang je anak. Tapi dah rezeki Allah, sis terima dengan reda.

Dulu ‘panas’ juga telinga bila ada yang dok bertanya, kenapa tak tambah anak. Tapi sis senyum je sambil jawab; belum rezeki.

Dan rupanya setakat itu je rezeki anak sis. Tapi, sis syukur, sis ada ramai anak saudara yang boleh tumpang kasih, macam anak-anak sis sendiri. Yang sis boleh tegur tanpa mak ayah dorang kecik hati.

 

Anak Tunggal Jangan Terlalu Dimanja. Biar Dia Belajar Susah

Anak Tunggal Lelaki

Perancangan Allah itu memang terbaik. Memang Allah SWT sebaik-baik Perancang. Walau pun sis ada seorang je anak, iaitu Muhammad Faris Daniel. Dan sis sangat bersyukur kerana dikurniakan anak lelaki. Tapi jangan salah sangka, bukan bermakna sis cakap orang ada anak perempuan itu tak bagus. Tidak! Sama je. Tapi, dalam keadaan famili sis, memang inilah yang terbaik yang Allah bagi pada kami.

Sejak kecil dia dah tahu ayah dia tak berapa sihat, jadi dia dah ‘bersedia’ dengan sifat tanggungjawab. Dia dah terbiasa dididik dengan tegas oleh ayahnya. Mulanya sis pun tak setuju dengan cara suami. Yelah, kadangkala dia layan anak tu macam orang dewasa sedangkan dia masih budak waktu itu.

Tapi bak kata suami, dia anak lelaki. Dia kena kuat. Lagi pula satu-satunya anak kami. Dialah harapan kami suami isteri. Alhamdulillah, dia membesar, matang daripada usia sebenar dia. Sis terfikir, kalau anak perempuan, payah juga. Sis tak boleh nak bergantung harap pada dia. Sekali lagi, ini dalam situasi diri sis ye.

Susah Senang Bersama

Antara pengalaman yang sis tak dapat lupakan, bila naik motorsikal dengan anak di Federal Highway. Waktu itu dah lebih jam 10 malam. Kami dari hospital kerana waktu itu suami warded. Tahu tak, minyak motor habis, tapi nasib baik dia tak panik. Sempat kami sampai ke stesen minyak.

Uihhh.. bila difikirkan semula, rasa cuak. Tak pasal-pasal kena jalan kaki tepi highway. Nasib baik anak tak panik. Agaknya sebab dia tahu ibu dia ni jenis cepat panik dan gelabah… jadi dia cool je. Selain itu, banyak lagi lah pengalaman kami dua beranak bersama.

Susah Senang Bersama

lalu ingatkan anak. Walau apa pun, kita sefamili kena susah senang bersama. Sebab kita tak boleh harapkan orang lain termasuk saudara-mara sendiri tiap kali kita susah. Dorang pun ada komitmen sendiri. Jadi, kita kena sama-sama hadap. Alhamdulillah, dia ingat sampai sekarang.

Sis tak nak dia jadi anak yang tak faham kesusahan mak ayah. Sebab itu, apa juga keadaan, sis lebih suka kongsi dengan dia. Biar dia tahu. Jangan ingat mak ayahnya senang memanjang.

Bila mak ayah tak nak kongsi masalah atau kesusahan dengan anak-anak, macam mana anak nak faham? Kalau anak-anak tak faham, tak boleh salahkan anak pulak.

Anak Tunggal Tapi Tak Mewah

Terus terang, dulu sis pun tak setuju sangat bila suami cukup tegas dengan anak. Yelah, anak tunggal kot. Tapi, bila difikirkan semula, kalau kami manjakan dia, tentu dia tak macam sekarang. Dia lebih memahami situasi kehidupan kami dan erti tanggungjawab.

Ingat lagi, waktu PKP dulu. Bila seorang je dalam tiap keluaega boleh keluar rumah, dialah yang ayah dia suruh ke pasar, beli barang makanan. Waktu itu dia baru tingkatan 4. Daripada tak tahu apa-apa langsung, hinggalah sekarang; rasanya dia lagi cekap bab beli barang basah daripada ibu dia ni. Siap boleh bandingkan harga semasa. Bakal suami mithali ni tau. UIntung laaa wife dia nanti.. Hihihi.

Ada Masa Bagi, Ada Masa Tak

Bab barang berjenama, sis dan suami memang tak ajar dia barang mewah. Bukan tak ada langsung, tapi tengok keadaan, keperluan dan bukan semua benda. Sebab itu dia tak kisah bab brand…pakai baju bundle pun. Dia ok je asal selesa.

Sekarang dia masuk kolej kemahiran. Kami tak mewahkan dia dengan duit belanja. Biar dia belajar berjimat. Kena belajar hidup di asrama, makan seadanya.

Ikutkan kesian juga sebab tahu selera dia. Tapi, kena keraskan hati. Biar dia belajar untuk hidup sederhana. Makan di dewan makan. Bukan asyik order makanan luar je. Hikmahnya, banyak berat badan dia turun…:)

Percutian Keluarga

Dulu, sebelum PKP, selain percutian dalam negara, sempatlah kami sefamili bercuti di luar negara. Taklah jauh, negara seberang je. Kami pernah ke Padang Sumatera, Bali dan Hatyai bersama. Ketika itu kami mencatatkan kenangan manis bersama.

Dapat bawa anak melihat negara orang, budaya dan makanan negara orang, tentunya satu bentuk ilmu juga buat dia.

Tunai Umrah Bersama Anak

ALHAMDULILLAH. Momen paling berharga bila kami sefamili menunaikan umrah bersama-sama disember  2021. Sis syukur sangat dapat bawa anak sama-sama. Itu memang harapan sis.

Tapi, ada juga tak syoknya bila famili kecik ni. Pergi mana-mana kurang meriah. Anak sis pun selalu je merungut. Dia lebih suka kalau bercuti bersama famili besar sis; mak ayah dan adik beradik sis serta keluarga masing-masing. Lagi meriah katanya.ahh .gituuu!

Rapat? Kami memang rapat. Segala perkara tentang dia akan diceritakan pada sis. Soal awek ke..semua dia cerita.  Dalam hal ini sis cuba bersikap sporting. Tak perlu halang anak nak bercinta kerana kalau dihalang lagi  dibuatnya. Cuma sis pesan…Berkawan elok-elok  je dulu dan jangan berani-berani nak pegang anak dara orang!

Ini Cara Sis, Cara Didikan Tiap Mak Ayah Tak Sama

Mungkin da mak ayah yang tak setuju dengan cara sis dan suami. Terpulang kerana tiap ibu bapa ada cara tersendiri nak didik anak masing-masing kan…

Baca artikel ini juga: Tip Kawal Anak Mengamuk

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *