Meet & Greet Bersama Michael Owen Di AEON Mall

Meet & Greet Bersama Michael Owen di AEON Mall

Meet & Greet bersama Michael Owen Di AEON Mall. Biar betul. Macam tak caya je bintang lagenda bola sepak dunia ini nak datang ke Malaysia!

Wow!! Berita baik untuk para peminat sukan bola sepak dunia. AEON Mall bakal hadirkan bintang bola sepak lagenda bertaraf dunia, Michael Owen ke Malaysia tak lama lagi.

Ia bersempena dengan Kempen Active Beat AEON yang bakal berlangsung bermula daripada 1 Jun hingga 31 Ogos 2024. 

Meet & Greet Bersama Michael Owen

Nama Michael Owen tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan para peminat sukan bola sepak dunia. Beliau merupakan bekas pemain bola sepak Inggeris yang berposisi sebagai penyerang untuk kelab ternama dunia seperti Liverpool, Manchester United  serta team kebangsaan England.

Sudah pastilah namanya juga sudah terpahat di ingatan para peminat bola sepak dunia terutama English Premier League (EPL)

Menerusi Kempen Active Beat AEON, para peminat setia akan berpeluang untuk berjumpa dengan lagenda bola sepak itu secara eksklusif. Bahkan mereka juga berpeluang untuk makan malam bersama dengan lagenda pujaan mereka. Best sangat kan?

Baca ini juga: Resepi Ketam Telur Masin

Ha…teruja kan? Tapi bagaimana caranya nak rebut peluang keemasan ini? Ha..  semak bawah.

Meet & Greet Bersama Michael Owen Di AEON Mall

Cara Untuk Dapatkan Tiket Meet & Greet Bersama Michael Owen:

  1. Beli-belah di AEON Mall

Buat pembelian dari pelbagai jenama dan penyewa di AEON Mall.

  1. Tebus Tempat Anda

Tunjukkan resit pembelian anda di Kaunter Maklumat AEON Mall untuk menebus pas anda untuk bertemu Michael Owen.

Jadual Sesi Meet & Greet Dan Exclusive Dine-In

Jadual Meet & Greet bersama Michael Owen:

28 Jun 2024: AEON MALL Ipoh Station 18

29 Jun 2024: AEON MALL Cheras Selatan

30 Jun 2024: AEON MALL Bukit Indah

1 Julai 2024: AEON MALL Nilai

Syarat Penyertaan:

  • Belanja RM300* (Pemegang Kad UOB / Untuk jenama terpilih) atau
  • Belanja RM500* (Bukan Pemegang Kad UOB / Semua Jenama)
  • ***Dalam gabungan maksimum 3 resit pada hari yang sama.

Exclusive Dine-In:

28 Jun 2024: AEON MALL Kinta City

29 Jun 2024: AEON MALL Bukit Tinggi

30 Jun 2024: AEON MALL Tebrau City

1 Julai 2024: AEON MALL Shah Alam

Syarat Penyertaan:

  • Belanja RM600 (Pemegang Kad UOB / Untuk jenama terpilih) atau
  • Belanja RM800 (Bukan Pemegang Kad UOB / Semua Jenama)
  • ***Dalam gabungan maksimum 3 resit pada hari yang sama.

Tertakluk Kepada Terma dan Syarat

Syarat dan peraturan tertentu dikenakan untuk penyertaan dalam acara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila layari laman web rasmi di www.aeonmallmy.com. Pastikan korang baca dan fahami semua terma sebelum menyertai ye.

Meet & Greet Bersama Michael Owen Di AEON Mall

Jangan Lepaskan Peluang Eksklusif Meet & Greet Bersama Bintang Bola Sepak Dunia Michael Owen!

Ini adalah kesempatan yang tidak selalu datang – bertemu dengan salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Michael Owen! AEON Mall membawa impian korang menjadi kenyataan dengan peluang eksklusif ini.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom membeli-belah di AEON Mall dan pastikan korang dapatkan tiket untuk acara eksklusif ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *