Buffet iftar Ramadan 2024 di KSL Esplanade Hotel Klang berkonsepkan aneka masakan kampung. Berbaloi dengan harga kerana banyak pilihan dan semuanya sedap!
Buat kali kedua, KSL Esplanade Hotel Klang akan mengadakan buffet berbuka puasa atau iftar.
Buffet Iftar Ramadan 2024 di KSL Esplanade Hotel Klang Saji Aneka Masakan Tempatan
Untuk tahun 2024, ia masih mengekalkan tema yang sama iaitu SANTAPAN WARISAN.
Sis Wawa bertuah kerana sekali lagi berpeluang untuk menghadiri preview Ramadan tahun ini, bersama rakan blogger dan media lain,
Namun perbezaan yang ditampilkan kali ini, sajian utama adalah mengikut masakan signature negeri-negeri yang ada di Malaysia. Dan seperti yang dijangka, semua makanan sedap-sedap belaka.
Hidangan Signature Pelbagai Negeri
Hidangan yang disajikan mengikut negeri dan masakan yang dipilih adalah yang paling terkenal di negeri tersebut. Para tetamu akan disajikan dengan pelbagai masakan istimewa mengikut negeri-negeri. Daripada Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya di Gerai orang Terengganu, sehinggalah Gulai Ikan Patin Tempoyak, Gulai Ayam with Rebung di Gerai Orang Pahang.
Setiap sajian signature daripada tiap negeri pastinya menjanjikan pengalaman kuliner yang menarik sepanjang bulan Ramadan 2024 ini.
Pastinya tak lengkap menikmati hidangan tanpa pencuci mulut. Selain buah-buahan dan aneka kuih moden, para tetamu juga boleh menikmati pencuci mulut ala kampung seperti Pengat Pisang, Bubur Cha-cha, Pulut Hitam dan macam-macam lagi. Yang pasti, dijamin semua sedap dan memuaskan hati.
Hidangan Istimewa Lain Di Buffet Iftar Ramadan KSL Esplade Hotel
Tak lengkap rasanya kalau tak ada hidangan kambing golek. Buffet di KSL Esplanade Hotel Klang ini juga turut menyajikan kambing golek yang dibakar. Selain itu, yang menarik adalah sup gear box yang dimakan dengan roti. Peminat sup gear box wajib cuba
Selain aneka buah-buahan dan kuih muih sama ada moden atau tradisi, ada juga aneka jenis mee, laksa Penang, Laksam, sate, dim sum, apam balik, murtabak dan banyak lagi. Oh ye, makanan Jepun pun ada tau.
Minuman pun banyak pilihan, daripada sejuk hinggalah minuman panas. Pilihlah yang mana berkenan di hati.
Lebih menarik, buffet itu bersebelahan kolam renang yang memberikan suasana yang tersendiri. Oh ye, bagi mak ayah yang ada anak-anak kecil, sambil menunggu waktu berbuka, bolehlah bawa anak-anak ke area aktiviti kanak-kanak yang berhampiran. Taklah anak-anak bosan menunggu sebelum masuk waktu berbuka.
Harga Berbaloi Dengan Kualiti Di Buffet Iftar Ramadan 2024 Di KSL Esplanade Hotel Klang
Harga buffet adalah RM108+ (dewasa) RM88+ (warga emas) and RM68+ (kanak-kanak antara 4-11 tahun). Early bird akan mendapat diskaun. So, cepat booking ye.
Buffet iftar Santapan Warisan ini akan bermula pada 16 Mac – 9 April 2024, bertempat di Restoran Birch,di Level 3A, daripada jam 6.30 petang hingga 10 malam. Jadi, para tetamu dapat menikmati hidangan secara santai.
Yang hendak menunaikan solat maghrib, bolehlah ke surau yang terletak di tingkat 1. Suraunya selesa dan luas. Tempat wuduk juga ada di dalam. Tak perlu ke tandas untuk berwuduk. Ada di sediakan juga telekung yang bersih.
Selepas solat maghrib, bolehlah sambung makan lagi dengan santai.
Bagi yang berminat, boleh membuat tempahan dengan menghubungi +6018 767 7288 atau layari website: www.kslesplanadehotel.com.
KSL Esplanade Hotel Klang
Sedikit tentang hotel yang terletak di Klang Selangor ini. Ia boleh dijadikan lokasi penginapan jika berkunjung ke Klang.
Terletak hanya 10 minit dari pusat bandar Bukit Tinggi Klang, KSL Esplanade Hotel menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang, dengan fasiliti yang bertaraf tinggi, hotel ini juga mudah diakses melalui lebuhraya KESAS, SKVE dan NKVE.
Hotel yang dibina atas tanah seluar 18 ekar yang mengelilingi KSL Bandar Bestari ini adalah merupakan projek mega daripada pemaju dari Johor Bahru yang memiliki KSL City Mall, Hotel-hotel KSL dan resort di Johor Bahru.KSL
Menariknya, ia merupakan struktur binaan pencakar langit pertama dibina di Bandar Bestari Klang, ternyata ia menjadi kelebihan KSL Hotel untuk mengukuhkan jenamanya memandangkan tiada premis perniagaan lain yang setara dengan bangunan setinggi 23 tingkat itu.
Semestinya produk utama KSL Hotel adalah ruang penginapan yang merangkumi sejumlah 403 bilik kontemporari dan moden termasuk Superior, Deluxe, Family, Premier dan Executive Suite untuk tetamu menginap dengan penuh privasi dan selesa.
Leave a Reply