Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan Untuk Wajah Awet Muda

Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan

Tini’s Spa perkenalkan teknologi baru antipenuaan untuk wajah awet muda. Memiliki wajah yang lebih muda daripada usia sebenar sudah semestinya satu bonus.

Wajah Awet Muda Dambaan Semua Orang

Siapa tak seronok kalau orang puji wajahnya awet muda; kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya. Mahu tak happy kan?

Tapi, tak semua orang memiliki kelebihan itu. Sebab itu, perlunya melakukan atau menjalani rawatan tertentu untuk membantu kita mengekalkan wajah supaya kekal awet muda.

Tini’s Spa Lancarkan 2 Teknologi Baru Antipenuaan

Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan

Baru-baru ini, sempena Hari Wanita Sedunia, Sis Wawa bertuah kerana berpeluang untuk turut serta dalam satu majlis meraikan pelanggan-pelanggan setia Tini’s Spa di Seksyen 7, Shah Alam.

Pemiliknya puan Hartini Halim ada rahsia best nak kongsi, iaitu bagaimana memiliki wajah awet muda. Rupa-rupanya Tini’s Spa dan jenama Dermalogica telah membawa 2 teknologi baru antipenuaan untuk dicuba oleh para pelanggan mereka.

Lebih eksklusif, turut hadir ialah Jodi Ayre, International Training Manager, Dermalogica, yang datang khas dari Australia untuk menerangkan dan membuat demo tentang perawatan tersebut.

Dua perawatan tersebut ialah PRO DERMAPLANING dan PRO POWER EYE PEEL.

Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan

Selain itu, dalam majlis yang sama, turut dilancarkan produk terbaru untuk awet muda iaitu produk terbaru Dermalogica iaitu PRO COLLAGEN BANKING SERUM.

Dengar perkataan ‘collagen’ pun kita dah dapat kaitkan dengan rawatan antipenuaan dan awet muda kan?

Rawatan Pro Dermaplaning

Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan

Memang menakjubkan. Dapat lihat depan mata, bagaimana wajah model sebelum dan selepas sekali rawatan sahaja.

Dermaplaning ialah perawatan yang menggunakan bilah khusus (Dermaplanning Blade) untuk membuang sel kulit mati dan bulu halus pada kulit wajah. Ia dianggap sebagai bentuk fizikal pengelupasan fizikal dan ini akan membantu menjadikan kulit lembut, licin, dan cerah.

Dermaplaning adalah selamat untuk kebanyakan orang, dengan risiko kesan sampingan yang minimum. Prosedur ini tidak memerlukan sebarang tempoh pemulihan tertentu, yang menjadikannya lebih mudah.

Dermaplaning boleh diaplikasikan untuk sebarang jenis kulit, atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit berikut:

  • Parut jerawat
  • Kulit kusam
  • Kulit kering
  • Kulit rosak akibat matahari
  • Kedutan halus

Untuk perawatan ini, mula-mula bulu-bulu halus dan lapisan kulit mati pada permukaan kulit wajah akan dibuang dengan menggunakan dermaplanning blade. Rasa gerun pulak ye? Jangan risau, para juru terapi sudah dilatih bagaimana cara menggunakannya. Proses ini perlu untuk memberikan kesan maksimum nanti.

Dermaplaning menyediakan perawatan bukan invasif yang melakukan pengelupasan mekanikal dan lembut untuk mengeluarkan sel stratum korneum epidermis.

Pengelupasan ini membolehkan pembaharuan dan perolehan sel, meningkatkan peredaran kulit, dan merangsang aktiviti fibroblas untuk meningkatkan penghidratan dan merangsang pengeluaran kolagen dan elastin untuk mengurangkan kedalaman dan jumlah kedutan.

Satu lagi kelebihan Dermaplaning ialah ia menghilangkan bulu halus pada kulit. Rambut halus ini boleh menghalang solekan pada kulit nampak sekata, halus dan penyingkiran bulu halus membolehkan penggunaan produk dengan lebih berkesan.

Tidak seperti ‘resurfacing technique’ kulit yang lain, Dermaplaning tidak menyakitkan dan tidak memerlukan sebarang tempoh penyembuhan, ia selamat digunakan pada semua kulit dan keadaan kulit.

Namun, sekiranya wajah pelanggan sedang mengalami jerawat teruk, juru terapi akan berbincang dahulu dengan para pelanggan untuk mencari solusi sebelum meneruskan rawatan.

Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan

Apa Kebaikan Pro Dermaplaning?

  1. Dermaplaning membantu membuang sel kulit mati pada permukaan kulit.
  2. Ia juga menghilangkan bulu muka atau bulu pic menjadikan kulit segar, sangat licin dan bercahaya.
  3. Produk penjagaan kulit boleh meresap ke dalam kulit dengan lebih mudah.
  4. Dalam sesetengah kes, Dermaplaning membenarkan pemakaian solekan yang lebih licin kerana kulit bebas rambut.
  5. Selepas rawatan, pelanggan boleh menggunakan produk penjagaan kulit yang aktif seperti vitamin C, retinol dan asid hyaluronik jika disyorkan oleh juru terapi.
  6. Apabila digabungkan dengan pengelupasan kimia, dermaplaning boleh membantu mengangkat sel kulit mati yang kering dan merawat masalah kulit kerana ia juga membantu mengurangkan kewujudan hiperpigmentasi dan boleh membantu mengurangkan kewujudan parut kulit akibat jerawat/jerawat.
  7. Garis-garis halus mungkin mula kelihatan halus dan lebih lembut, dan ia membantu tekstur kulit yang sekata.

Guideline Untuk Pelanggan

Sebelum rawatan:

  • Elakkan Accutane dalam tempoh enam bulan sebelum memulakan sesi rawatan anda. Semak dengan doktor preskripsi anda.
  • Jangan gunakan agen topikal yang boleh meningkatkan sensitiviti kulit anda seperti retinoid, pengelupasan, antibiotik topikal atau asid 3-5 hari sebelum rawatan anda.
  • Jika anda terdedah kepada PIH, gunakan serum pencerah yang membawa kepada rawatan anda berdasarkan cadangan ahli terapi anda.
  • Elakkan prosedur IPL/Laser sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum prosedur anda.
  • Tiada waxing, krim depilatory, atau elektrolisis pada kawasan yang dirawat selama 5 hari sebelumnya.
  • Pastikan solekan minimum pada hari rawatan jika boleh.
  • Jangan bereksperimen dengan produk baru sebelum rawatan.
  • Elakkan alkohol dan kafein 24 jam sebelum rawatan.
  • Elakkan pendedahan matahari yang berlebihan.

Selepas Rawatan:

  • Gunakan pembersih lembut, serum dan pelembap yang menghidratkan serta pelindung cahaya matahari selepas rawatan berdasarkan cadangan ahli terapi anda.
  • Tunggu 7 hari selepas dermaplaning untuk sebarang perkhidmatan waxing muka.
  • Elakkan pendedahan matahari sebanyak mungkin. Pakai SPF 30+ setiap hari.
  • Elakkan mekap sejurus selepas dermaplaning.
  • Elakkan haba yang berlebihan, senaman berat, berenang dan sauna selama 24-48 jam selepas rawatan.

Berapa harga rawatan ini? Harga yang ditawarkan adalah RM188 untuk percubaan pertama. Manakala harga asal ialah RM388.

Pro Dermaplaning Boleh Gabungkan Perawatan Lain

Dermaplaning ialah perawatan versatile yang boleh digabungkan dengan rawatan dan teknologi lain. Ini semua boleh dilakukan hasil perbincangan dan saranan pihak juru terapi.

Pilihan rawatan:-

  1. Pengelupasan kimia – dilakukan selepas rawatan dermaplaning. Ini untuk memastikan bahan-bahan dapat menembusi kulit dengan berkesan dan mencapai hasil yang optimum. Gabungan rawatan ini boleh ditawarkan setiap 4 minggu.
  2. LED- dermaplaning pra-LED boleh membolehkan panjang gelombang cahaya menembusi dengan sebaiknya ke dalam kulit.
  3. IPL dan laser- untuk meningkatkan keremajaan kulit atau menyokong penyingkiran bulu halus secara lebih kekal.
  4. Micro-needling – Ini boleh dilakukan setiap 4 minggu.
  5. Frekuensi radio – dermaplaning kulit sebelum RF membolehkan kulit menyerap frekuensi dengan lebih mudah.

Dermaplaning juga boleh digabungkan dengan microcurrent, microdermabrasion dan terapi oksigen.

Rawatan Pro Power Eye Peel

Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan

Antara kawasan yang paling mudah dan boleh terlihat jelas kesan penuaan pada wajah ialah di bahagian mata. Oleh itu, sangat penting untuk menitikberatkan perawatan di kawasan itu juga.

Antara masalah penuaan adalah mula timbulnya kedutan di sekitar tepi mata, lingkaran gelap sekitar mata dan kantung mata. Dua masalah ini membuatkan seseorang itu akan terlihat lebih tua.

Antara punca masalah kulit sekitar mata:

  • Perubahan kulit – garis halus dan kedutan.
  • Sinar UV – pigmentasi
  • ROS (Reactive Oxygen Species) – Kemusnahan struktur sel
  • Kurang minyak – Dehidrasi

Untuk menangani masalah ini, rawatan Pro Power Eye Gel ada penyelesaiannya. Rawatan Pro Power Eye Gel ialah pengelupasan kimia terkuat dan paling cepat untuk mengurangkan lingkaran gelap di sekitar mata.

Formula ini mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acids) untuk pengelupasan, serta bahan-bahan yang menenangkan dan melembapkan yang sesuai untuk kawasan mata yang halus.

Asid Alfa Hidroksi yang berasal daripada tumbuhan:

Ekstrak Vitis Vinifera (Jus Anggur) dengan AHA membantu merangsang pembaharuan sel di permukaan untuk mencerahkan, sekata dan licin.

Ekstrak botani yang memberi tenaga kepada kulit daripada Acer Saccharum (Sugar Maple), Citrus Aurantium Dulcis (Oren) dan Citrus Limon (Lemon) mengelupas, mencergaskan dan mencerahkan kulit bawah mata.

Fosfolipid (daripada Kacang Soya) dan Polisakarida (daripada bioteknologi) membantu menguatkan penghalang.

Ekstrak Aloe Barbadensis, kaya dengan mucopolysaccharides, membantu mengikat kelembapan ke dalam kulit untuk penghidratan. Ia juga menenangkan kulit dan memberikan vitamin antioksidan A, C dan E.

Dalam satu bekas, Pro Power Eye Peel terdiri daripada 26 pasang aplikasi.

Diperbuat daripada buluh terbiodegradasi 100%, ia direka untuk menyasarkan kawasan bawah mata. Nota: ia diwarnakan secara semula jadi dengan arang.

Apa Kebaikan Pro Power Eye Peel?

Antara kebaikan rawatan ini:

1.Mengurangkan kedutan dan garis halus sekitar mata.

  1. Mencerahkan lingkaran gelap sekitar mata.
  2. Mencerahkan dan memudarkan jeragat dan binik-bintik hitam sekitar mata.

4.Menjadikan warna kulit lebih sekata.

Harga yang ditawarkan oleh Tini’s Spa ialah RM128 untuk percubaan pertama, harga asal RM298.

Pro Collagen Banking Serum

Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan

Satu lagi serum yang mempunyai magis yang luar biasa untuk antipenuaan iaitu Pro Collagen Banking Serum. Serum ini berfungsi untuk membantu melindungi dan memelihara kolagen kulit.

Selain itu, ia juga menyokong kulit agar kelihatan lebih lebih berseri, gebu dan menghidratkan kulit, seterusnya akan dapat membantu melambatkan kemunculan garis-garis halus pada kulit wajah pada masa hadapan. Menampilkan konsistensi gel-ke-serum, produk ini mampu untuk merentasi kulit lebih dalam.

Serum ini juga tampil dalam konsistensi gel-ke-serum yang mampu untuk menembusi hingga ke bawah lapisan kulit dengan lebih dalam.

Kenali Tini’s Spa

Tini’s Spa Perkenal Teknologi Baru Antipenuaan
Pengasas Tini’s Spa iaitu Puan Hartini bersama Ms. Jodi Ayre.

Tini’s Spa ini menawarkan kepakaran dalam memberikan ketenangan, menambah nilai dalam kehidupan wanita dengan urutan aromaterapi dan rawatan wajah dengan menggunakan produk Dermalogica.

Di sini, para pelanggan akan dibimbing tentang kesihatan kulit dan kesihatan dalaman mereka. Ini akan membuatkan para pelanggan dapat menjalani kualiti hidup yang lebih baik.

Sebaik Melangkah masuk, para pelanggan akan disambut mesra oleh juru terapi yang terlatih dan profesional. Kepuasan pelanggan jadi keutamaan dan Tini’s spa  yang komited untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Rasakan sendiri pengalaman menakjubkan dengan berkunjung sendiri ke mana-mana cawangan Tini’s Spa.

Ada 4 Cawangan Tini’s Spa

Tini's Spa Perkenalkan teknologi baru antipetuaan

Inilah kejayaan seorang wanita muslim, yang mampu memiliki empat cawangan spa setakat ini. Ia adalah hasil sokongan para pelanggan setia mereka selama ini.

Ia juga membuktikan bahawa kualiti perkhidmatan yang disediakan di Tini’s Spa juga adalah yang terbaik.

Empat Cawangan Tini’s Spa:

Seksyen 7, Shah Alam  ( No tel: 03-55235718)

Taman Dagang, Ampang ( No tel: 03-42701292)

Seksyen 8, Bangi (03-89289529)

Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur (03-77320099)

Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 8 malam.

Untuk tempahan slot atau sebarang pertanyaan, boleh WhatSapp nombor tertera dan boleh layari pautan di bawah:

WhatsApp: 019 3129606

Website: https://tinispa.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/tinispa

Instagram: https://www.instagram.com/tinispa/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@tinispa

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *