Jerung Char Kuey Teow Diyakini Kesedapannya, Pilihan Selebriti

Jerung Char Kuey Teow Diyakini Kesedapannya, Pilihan Selebriti

Jerung Char Kuey Teow diyakini kesedapannya dan jadi pilihan selebriti. Char kuey teow adalah sejenis makanan yang popular di Asia Tenggara, terutama di Malaysia dan Singapura.

Char Kuey Teow Dan Pulau Pinang

Sinonim dengan hidangan daripada bangsa Cina, di Malaysia, makanan ini paling terkenal dan paling banyak dijual dan dihidangkan di seluruh Pulau Pinang. Sebab itulah, bila sebut char kuey teow, mesti ramai yang mengaitkannya dengan Pulau Pinang.

Bahkan, orang kata, nak rasa yang betul-betul asli dan sedap, kenalah ‘pi’ Penang!

Bahan Utama Char Kuey Teow

Bahan utamanya adalah kuey teow leper yang digoreng bersama kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan sayur kucai Cina. Mengikut cita rasa setempat, pelbagai lagi bahan tambahan yang boleh digunakan seperti tauhu dan sebagainya.

Salah satu restoran yang menjual char kuey teow yang telah diakui ramai akan kesedapannya, ialah Jerung Char kuey Teow Penang (JCKT Penang). Restoran itu 100% milik bumiputera maka diyakini akan halalnya. Tak perlu was-was ye!

Zaman sekarang, sangat penting untuk memastikan makanan yang kita akan itu benar-benar halal. Kena hati-hati, tak semestinya tempat yang viral itu benar-benar halal. Awas ye! Kita berhak buat pilihan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita.

Jerung Char Kuey Teow Diyakini Kesedapannya, Pilihan Selebriti

Jerung Char Kuey Teow Penang

JCKT Penang ini bermula pada bulan Mac 2018. Dimiliki oleh Puan Salnita Taharain dan suami, Azahar Aziz. Restoran ini terletak di Jalan Lengkok Kelicap, Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Setelah lebih 20 tahun bekerja kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang, pasangan ini berasakan tiba masanya untuk mereka berhenti kerja ‘makan gaji’. Setelah berhenti, mereka mula tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan demi kelangsungan hidup dan ketika itulah terfikir untuk berniaga.

Waktu itu kebetulan anak saudara En. Azahar datang ke Pulau Pinang untuk belajar memasak Char Kuey Teow di sebuah kedai yang cukup terkenal di Pulau Pinang. Pada saat itu juga tercetus idea pada Puan Salnita untuk turut berniaga Char Kuey Teow.

Pelanggan Dari Pelbagai Negeri

Jerung Char Kuey Teow Diyakini Kesedapannya, Pilihan Selebriti

Zaman sekarang, orang sanggup ‘travel’ ke luar daerah semata-mata nak cari makanan yang sedap.  Contohnya, selain nasi kandar, sudah tentu orang ramai mencari char kuey teow yang sedap bila ke Penang. Betul tak?

Ha..untuk penggemar char kuey teow, korang semua boleh masukkan Jerung Char Kuey Teow ini dalam ‘list’ tempat makan harus dikunjungi bila ke Penang. Char Kuey Teow yamg dihidangkan  di sini bukan ‘beshe-beshe’ ye. Diolah menjadi pelbagai hidangan berasaskan char kuey teow yang lazat. Tengok gambar pun boleh bayang kesedapannya!

Sebab itulah, kini JCKT Penang menjadi antara tumpuan ramai pelanggan termasuk dari luar Pulau Pinang seperti Johor, Selangor, Kelantan dan sebagainya.

Apatah lagi di zaman sosial media ini. Ramai customer yang mengaku, datang hasil ke restoran itu selepas google dan melihat maklum balas customer yang rata-rata memberikan ulasan yang baik.

Jerung Char Kuey Teow Pilihan Selebriti Dan VIP

Jerung Char Kuey Teow Diyakini Kesedapannya, Pilihan Selebriti

Lebih manis lagi, JCKT Penang ini pernah dikunjungi oleh selebriti terkenal tanah air iaitu Serina Chef Wan, pendakwah tersohor ustaz Abdullah Khairi dan pemain bola sepak Pulau Pinang, Zafuan Azeman.

Menurut pemiliknya Puan Salnita lagi, Yang teramat Mulia Raja Perlis pernah menyantap Char Kuey Teow yang dimasak di restorannya. Waktu itu pegawai pengiring Tuanku yang membuat pesanan. Puan Salnita pernah berkongsi pengalaman manis itu di dalam facebook Saya Anak Perlis tahun 2021.

Asal Jenama ‘Jerung’

Nama Jerung Char kKuey Teow ini diperoleh daripada seorang usahawan yang menjadi mentor Puan Salnita dan suami. Mentor itu selalu sebut perkataan ‘Jerung’. Dari situ timbul idea untuk jenama ‘Jerung’ bagi perniagaan mereka.

Sebelum memulakan perniagaan, mereka belajar dulu bagaimana hendak  memulakan perniagaan. Apatah lagi pasangan ini tidak ada asas langsung dalam dunia perniagaan dan hanya bekerja kilang.

Harapan puan Salnita dan suami, untuk membawa jenama ‘Jerung’ sehingga menjadi sebuah syarikat  Sdn bhd. Menjadi syarikat yang boleh membekalkan sos char kuey teow, sambal tumis frozen untuk lebih ramai orang, bukan saja kepada penduduk sekitar Pulau dan Perlis saja. Pendek kata, semua orang boleh rasa dan bukan hanya setakat kedai makan saja.

Buka Cawangan Di Perlis

Bermula Januari 2021, satu lagi cawangan telah dibuka di Perlis iaitu Jerung Char Kuey Teow Perlis (JCKT Perlis).  Waktu itu pula sangat mencabar kerana PKP namun Alhamdulillah mampu bertahan hingga kini.

Lokasi cawangan Perlis adalah di Jalan Behor Temak, Kangar. Betul-betul  bertentangan dengan pintu pagar utama Hospital KPJ Specialist Perlis. Menurut Puan Salnita, pemilihan Perlis ni agak tidak profesional. Ini kerana ia merupakan negeri Kelahiran Puan Salnita. Sambil tengok kedai, boleh balik  jengok famili sekali.

Kini diuruskan sepenuhnya oleh anak sulung. Manakala di Penang diuruskan oleh anak yang tengah.

Waktu Operasi Jerung Char Kuey Teow:

Setiap hari kecuali hari Isnin, 5.30 petang-1200 malam.

Menu Yang Ditawarkan:

Jerung Char Kuey Teow Penang

Pelbagai jenis char kuey teow ( ada bubuh ketam, kambing, chicken chop di atas char kuey teow)

Nasi lemak ayam, nasi lemak chicken chop, nasi lemak kambing, nasi lemak Superman (ayam dan udang)

Makanan western pula seperti kentang goreng, chicken chop dan lamb chop.

Menurut Puan Salnita, menu yang menjadi pilihan para pelanggan di restorannya ialah Char Kuey Teow dan Nasi Lemak Ayam.

Cawangan Jerung Char Kuey Teow Perlis (JCKT Perlis)

Pelbagai jenis hidangan char kuey teow ( ada yang bubuh ketam, kambing, chicken chop di atas char kuey teow)

Nasi goreng udang, Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Ayam Goreng dan Nasi Goreng Kambing.

Makanan western pula seperti kentang goreng, chicken chop dan lamb chop.

Paling top di sini ialah char kuey teow dan nasi goreng udang.

  • Yang membezakan dua restoran ini adalah hidangan nasi lemak dan nasi goreng.

Apa Keistimewaan Jerung Char Kuey Teow?

Keistimewaannya adalah dari segi rasa char kuey teow itu sendiri yang ramai suka dan kata sedap.  Ada respons daripada customer, anaknya memang tak makan char kuey teow di tempat lain selain di situ.

Selain itu, ramai pelanggan mengatakan sambal nasi lemak di JCKT mengimbau nostalgia. Persis sambal air tangan mak-mak zaman dulu. Resipi itu diperoleh daripada kakak kepada suami puan Salnita.

Kualiti Makanan Dan Servis Jadi Keutamaan

Jerung Char Koay Teow Halal Dan Diyakini Kesedapannya

Selain itu, menurut customer, mereka suka datang ke situ kerana servis cepat. Itu juga menjadi tarikan pelanggan untuk kembali datang.

Rahsia setiap kedai adalah terletak pada resepinya dan memang sos  adalah perkara utama selain daripada bahan mentah yang digunakan juga mesti segar . Baru lah rasa tu takkan lari.

Resepi sos char kuey teow di JCKT diperoleh daripada anak saudara En. Azahar dan telah diolah sedikit oleh En.Azahar supaya rasanya lebih sedap.

Tak dinafikan, saingan sangat banyak sama ada di Perlis apatah lagi di Pulau Pinang yang memang orang kata ‘tempat ckar kuey teow’.

Jerung Char Kuey Teow mampu bertahan disebabkan mereka sentiasa mengekalkan kualiti, rasa serta mutu servis. Mereka akan pastikan bila customer makan dan puas hati bila kali pertama  datang dan bila datang lagi, mereka akan dapat rasa yang sama.

Tak mudah tapi itu yang cuba dikekalkan selama ini. So, bagi yang berkunjung ke Penang atau perlis, carilah Jerung Car Kuey Teow ye!

FB: Jerung Chat Koay Teow Enterprise (Penang)

Jerung Char Koay Teow Perlis (cawangan Perlis)

IG: Jerungckt

 

6 Comments

  1. FARAH HANANNI BINTI ABU BAKAR

    October 14, 2022 at 1:45 pm

    sedap

  2. terliur sis tengok food yang disajikan. rasa nak drive hari ni jugak nak makan char kuey teow depa. one fine day.

    1. Kannn…tak sabar nak tunggu cuti.

  3. Sedapnya char kuey teow buh lamb grill tu.. mesti padu rasa dia kan kak..

    1. Kan…tengok pun dah terliur. Yang suka lamb wajib cuba ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *