Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Resepi Kari kambing mudah dan gerenti sedap. Tentu ramai peminat daging kambing kan? Daging kambing itu selain dibakar, sedap dimasak sup, kari, singgang, bahkan macam-macam masakan lagi.

Tapi, kalau makan atau beli kat luar, harganya lebih mahal. Nak jimat, masak sendiri. Boleh makan puas-puas dan dapat pula berjimat!

Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Bahan-bahan resepi kari kambing:

1kg daging kambing – sis campurkan daging dan sedikit tulang. Cuci dengan lemon

½ kotak santan segera

2 pek kecil rempah kari daging

1 labu bawang merah besar – hiris

7 biji bawang merah – tumbuk

5 ulas bawang putih – tumbuk

2-3 inci halia – hiris

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

Sedikit buah pelaga

Bunga lawang

Daun kari

2-3 pokok daun ketumbar – hiris halus

4-5 batang cili besar hijau – belah dua

2-3 biji kentang – belah empat

4 biji tomato saiz kecil– belah dua

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Sedikit mushroom seasoning

Minyak untuk menumis

Cara Memasak Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap:

 Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Mula-mula bersihkan daging kambing. Toskan dan masukkan ke dalam pressure cooker. Bubuh hirisan halia dan air pula separas daging sahaja. Masak selama 50 minit.

 Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Panaskan minyak di dalam periuk tanah, dalam kuantiti yang agak banyak. Ia akan membuatkan warna kari lebih cantik. Jangan risau, lebihan minyak itu boleh dibuang setelah kari masak nanti.

Masukkan hirisan bawang dan rempah 4 beradik iaitu bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Seketika, masukkan bahan kisar dan hirisan buah tomato. Tumis lagi.

 Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Setelah itu, masukkan akar ketumbar dan daun kari. Tumis lagi lagi hingga terbit bau.

 Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Masukkan pes kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga terbit minyak. Sentiasa kacau jangan sampai rempah hangus ye. Sis Wawa gunakan 2 jenis kari Rempah Daging Babas, yang biasa dan yang pedas. Jadi tak perlu lagi guna cili kisar atau serbuk cili. Dah rasa pedas dan warna pun cantik nanti.

Kemudian masukkan hirisan kentang. Kacau sekata.

Tambah sedikit saja air rebusan daging tadi. Biarkan ia mereneh lagi supaya rempah masak sepenuhnya dan kentang lembut.

 Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Setelah itu, bolehlah dimasukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Gaul sebati. Masukkan sekali air rebusan dan hirisan halia. Kacau sebati.

 Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Bila daging mula empuk, masukkan cili hijau dan hirisan daun ketumbar.

 Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Setelah itu, masukkan santan pekat. Nak mudah, sis Wawa guna santan kotak je. Tak perlu banyak. Cukup setengah kotak. Kacau sebati.

 Resepi Kari Kambing Mudah Dan Gerenti Sedap

Biarkan kari mereneh dan memekat. Semak rasanya. Akhir sekali, tabur sedikit daun kari dan tutup api dapur.

Siap! Mudah kan? Oh ye.

Boleh cuba resepi ini juga: Sambal Tempoyak Udang

8 Khasiat Daging Kambing

Selain makanan Sunnah bagi umat Islam, daging kambing ini juga punya khasiat dan kebaikan tersendiri. Jom semak 8 khasiat daging kambing.

1.Protein Tinggi:

Daging kambing mengandungi protein tinggi yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan, pembentukan otot, dan menjaga kesihatan sistem imun.

2.Rendah Lemak Tepu:

Daging kambing cenderung mempunyai kandungan lemak tepu yang lebih rendah berbanding dengan daging merah lain. Ini dapat membantu menjaga kesihatan jantung.

3.Sumber Mineral:

Daging kambing mengandungi pelbagai mineral seperti zink, fosforus, dan selenium, yang diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang, gigi, dan sistem imun.

4.Zat Besi:

Daging kambing juga kaya dengan zat besi, yang memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen ke sel-sel badan dan mencegah anemia.

5.Vitamin B12:

Kandungan vitamin B12 yang tinggi dalam daging kambing menyokong fungsi sistem saraf, pembentukan sel darah merah, dan metabolisme tenaga.

6.Asid Lemak Omega-3:

Walaupun jumlahnya lebih rendah berbanding dengan ikan, daging kambing juga menyediakan asid lemak omega-3, yang penting untuk kesihatan jantung dan otak.

7.Kandungan Kreatin:

Daging kambing mengandungi kreatin, sebatian yang dapat meningkatkan prestasi otot dan memberikan tenaga dengan cepat pada masa diperlukan.

8.Sumber Tenaga:

Daging kambing mengandungi tenaga yang mencukupi, yang dapat membantu memenuhi keperluan tenaga badan.

Walaupun daging kambing mempunyai banyak manfaat, penting untuk menngambilnya dengan bijak sebagai sebahagian daripada pola makan yang seimbang. Mungkin perlu memberi perhatian kepada aspek kesihatan, seperti kandungan kolesterol atau lemak, dan berbincang dengan profesional kesihatan jika mempunyai keadaan perubatan tertentu.

Petua Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing

Daging kambing mempunyai ‘bau’ dan rasa hamis yang agak kuat hingga buat ramai juga kurang menggemarinya. Sebab itu, kena pandai untuk kurangkan bau tak menyenangkan itu. Tapi, jangan terperanjat, ada juga orang yang memang suka bau hamis kambing. Katanya, tak ada ‘bau kambing’, tak sedap!

Macam-macam selera orang ni kan? Tapi, majoriti bila ditanya bagi yang tak makan kambing, kerana baunya. Tapi, ada cara nak kurangkan bau itu. Antara petua hilangkan bau hamis daging kambing:

1.Potong Lemak Berlebihan pada Daging Kambing

Ini paling asas, petua hilangkan bau hamis daging kambing. Ketika membeli daging di pasar, biasanya daging kambing yang diterima masih ada banyak lemak. Lemak ini menjadi salah satu penyebab daging kambing mengeluarkan bau hamis.

Lemak pada daging dapat merangsang bau. Ketika dimasak, lemak juga menjadi sumber bau paling menyengat. Jadi, pastikan memotong lemak-lemak yang ada. Semakin sedikit lemak yang meleleh dalam proses memasak, maka akan semakin sedikit aroma yang muncul. Lemak boleh dipotong ketika masih agak dingin.

2.Gunakan Garam

Cara ini paling simple. Lumur daging dengan garam secara merata. Setelah itu daging dibiarkan selama sekitar 1 jam. Setelah itu bilas daging sebelum dimasak sesuai menu yang diinginkan.

3.Tepung Gandum

Selepas daging dicuci bersih, gaul dan  perap seketika dengqan tepung gandum. Biarkan selama 10—15 minit. Kemudian barulah dibilas. Fungsi tepung gandum itu adalah untuk membuang minyak dan lemak-lemak kambing yang menyebabkan bau hamis.

  1. Gunakan Air Kelapa

Setelah bersihkan daging kambing, tuang air kelapa dan rendam seketika. Anggaran 20-30 minit. Kemudian bolehlah dicuci sekali lagi dengan air biasa.

  1. Perahan Lemon atau limau nipis

Boleh juga gunakan petua ini. Setelah daging dicuci bersih, perah lemon atau limau nipis. Gaul sekata. Biarkan 15-20 minit. Kemudian bilas lagi dengan air bersih.

6.Rendam Dengan susu

Daging juga bisa direndam dalam susu. Cara ini berfungsi untuk menghilangkan bau hamis serta membuat daging lebih empuk.

7. Perap dengan Nanas

Satu lagi cara membuang atau mengurangkan bau hamis daging kambing adalah menggunakan buah nanas. Boleh potong kecil atau diparut agar teksturnya lebih halus. Lalu lumurkan nanas itu pada setiap sisi daging dan biarkan 10 hingga 30 menit. Namun perlu diingat, proses memerap daging kambing tidak boleh terlalu lama kerana daging kambing mudah hancur.

So, bagi peminat daging kambing atau yang baru-baru nak cuba tapi takut baunya, bolehlah cuba antara petua hilangkan bau hamis daging kambing ini ye. Semoga bermanfaat!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *