Sambal Jering Tumbuk Bilis? Mula-mula rebus dulu untuk kurangkan bau. Kemudian tumbuk sedikit untuk bagi ia lembut. Setelah itu, barulah dimasak sambal.
Tak Suka Jering Sebab Bau
Eiii!! Ada yang tiba-tiba tutup hidung bila sebut ‘jering’. Mungkin memikirkan baunya yang menyengat. Itu bagi yang tak makan jering. Tapi, bagi peminat makanan rare ni, dengar pun dah boleh buat terliur.
Macam-macam masakan boleh dimasak menggunakan jering. Tak kira masak sambal ke, masak lemak cili padi ke…bahkan masak rendang pun sedap tau.
Secara peribadi, sis Wawa tak berapa gemar jering yang dah tua sebab ada satu rasa yang sis tak suka. Tapi, kalau yang muda, memang best dibuat ulam. Tapi, memandangkan jering antara makanan kesukaan En suami dan anak. Jadi selalu jugak lah memasaknya.
Ingat Jering Tumbuk Tu Nugget!
Ada peristiwa lucu berkait dengan jering. Waktu itu awal perkenalan dengan En suami. Memandangkan sis orang Terengganu, jering biasa dibuat ulam, atau direbus dan dimakan dengan kepala parut.
Tapi, bila sampai Selangor, uihh macam-macam masakan dimasaknya. Pernah pergi kenduri sebelah suami. Ternampak dalam dulang buffet ada masak lemak cili padi. Lain macam pulak. Puas dibelek. Tanya suami, orang sini masak lemak cili padi nugget ke?
Apa lagi, teruk digelak suami. La..rupanya jering masak lemak cili padi. Mana tau..dulu tak pernah jumpa kat kampung..
Dah kahwin, sekarang dah ‘lulus’ masak sambal jering kesukaan famili. So, kali ni Sis Wawa nak share masak Sambal jering tumbuk dengan ikan bilis. Sebenarnya ada macam-macam cara. Selalunya dihiris nipis dan digoreng dulu.
Tapi kali ni, memandangkan jering agak tua, sis rebus dan tumbuk sikit. Barulah dimasak sambal. Versi sis masak ni memang pedas berdegung ye. Sorry ye, tak ada step by step. Tapi rasa semua orang boleh masak ni. Simple je. Selamat mencuba!
Resepi Sambal Jering Tumbuk Bilis
Bahan-bahan Sambal Jering Tumbuk Bilis:
1kg jering tua
Ikan bilis
5-8 biji cili padi merah
20-30 biji cili padi hijau
Sedikit garam dan gula
1 keping asam gelugur
Minyak masak
Cara Memasak Sambal Jering Tumbuk Bilis:
- Mula-mula kisar cili padi merah dan cili padi hijau hingga hingga hancur. Ketepikan.
- Rebus jering hingga empuk. Toskan. Setelah sejuk, tumbuk sedikit untuk lembutkannya.
- Panaskan minyak dan goreng bilis. Setelah garing, angkat dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar tadi. Tumis dalam masa yang agak lama hingga cili benar-benar masak. Dalam proses itu, tambah minyak jika perlu kerana untuk membuat cili garing dan masak sepenuhnya, minyak memang agak banyak diperlukan.
- Masukkan juga asam gelugur. Setelah garing dan terbit minyak, masukkan jering dan bilis tadi. Gaul sekata. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula (jika suka).
- Gaul sekata. Sambal jering tumbuk bilis siap! mudah je kan….
Boleh cuba resepi ini juga: Resepi Donut Mudah dan Gebu
Fnadhirahbakar
August 30, 2021 at 2:50 pmBestttt giler. Tq sis sbb share resipi
wawaazwa
September 9, 2021 at 12:55 amYang suka jering wajib cuba resipi ni. Tq.