MAIS lancar Kalkulator Fidyah Puasa | Tak lama lagi Ramadhan bakal menjengah tiba. Bulan penuh keberatan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Tentu ramai teruja menanti kedatangannya bukan?
Tertinggal Ganti Puasa, Wajib Bayar Fidyah
Bagi mereka yang ada meninggalkan puasa pada Ramadhan tahun lalu, merreka perlu menggantikan puasa itu sebelum tibanya bulan Ramadhan tahun ini. So, dah settle ganti puasa tu? Ganti cepat ye!
Sekiranya tak sempat ganti puasa tahun lepas sebelum Ramadhan tahun ini, bermakna kita perlu membayar fidyah. TAPI, selain fidyah, kita tetap perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan itu ye.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Apa Itu Bayaran Fidyah?
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. (website Lembaga Zakat Selangor)
MAIS Lancar Kalkulator Fidyah Puasa
Bertempat di Hotel Concorde Shah Alam, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), hari ini, telah melancarkan satu platform iaitu Kalkulator Fidyah Puasa bagi memudahkan masyarakat Islam membuat pengiraan bayaran ganti puasa, bersempena dengan Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023.
Kempen Bulan kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023
Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023 ini bermula pada 22hb Februari 2023 hingga 22hb Mac 2023.
Sepanjang kempen berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menarik te;ah disusun. Antaranya Program Hari Bersama Baitulmal, Bual Bicara di Radio Selangor FM, Taklimat, Takzirah Jumaat dan Kuliah Maghrib Khas di institusi, masjid dan surau terpilih, Kaunter Pemasaran Baitulmal dan Forum Fidyah.
Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran pada umat Islam untuk melunaskan hutang fidyah, di samping menggalakkan umat Islam menggantikan puasa lebih awal sebelum kembali bertemu dengan bulan Ramadhan yang akan datang.
Kalkulator Fidyah Puasa telah dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Hi-Tea Bersama Rakan Media dan Pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa di sini hari ini sempena Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023.
Kalkulator Fidyah Puasa
Kalkulator Fidyah Puasa ialah sebuah platform digital kalkulator yang telah dibangunkan oleh MAIS bagi memudahkan masyarakat Islam untuk membuat pengiraan kadar fidyah sebelum membuat bayaran. Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.
Untuk makluman, Kalkulator Fidyah Puasa ini mempunyai tiga kadar bayaran iaitu RM2.00, RM4.00 dan RM6.00 dan mempunyai kaedah bayaran berganda dan tidak berganda.
Menarik tak? Cukup memudahkan kita kan? Lagi mudah nak kira berapa fidyah yang perlu dibayar. Tidaklah tersalah kira nanti.
Tahniah kepada pihak MAIS dan inisiatif daripada pihak MAIS ini patut dipuji.
Baca artikel ini juga: Solat Dhuha Salah Satu Cara Jemput Rezeki
Bagaimana Nak Bayar Fidyah?
Cukup memudahkan. Ada beberapa cara nak bayar fidyah, boleh ikut keselesaan kita. Untuk membuat bayaran fidyah secara online, boleh buat menerusi e-mais iaitu Sistem Bayaran Online Majlis Agama Islam Selangor di https://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.
Atau jika berkelapangan, boleh terus ke mana-mana kaunter Baitulmal MAIS atau Baitulmal daerah di Selangor. Boleh buat bayaran tunai atau boleh juga guna cek/pos berdaftar atas nama Majlis Agama Islam Selangor. Pilihlah kaedah mengikut keselesaan masing-masing ye.
Sasarkan RM20 Juta Kutipan
Dengan adanya platform kiraan fidyah ini, MAIS mensasarkan RM20 juta kutipan fidyah di Negeri Selangor pada tahun ini.
Sasaran ini ditetapkan agar lebih ramai masyarakat Islam menerima manfaat dan bantuan dalam mereka menjalani kehidupan seharian.
Bagi tahun 2022, MAIS telah berjaya mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM6.85 juta melalui bantuan makanan kering dan wang tunai kepada mereka yang memerlukan.
MAIS berharap agar Kalkulator Fidyah Puasa ini dapat memberi kemudahan baharu kepada masyarakat Islam dalam membuat pengiraan dengan pantas dan tepat bagi bayaran fidyah yang dikenakan atas sebab-sebab faktor yang tertentu.
Baca ini juga: Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
MAIS Raikan Rakan Media Dan Rakan Strategik
Sementara itu dalam majlis minum petang itu juga turut diadakan untuk meraikan rakan media dan rakan strategik MAIS sebagai satu penghargaan dan meraikan para pengamal media sepanjang tahun 2022 yang telah memberi kerjasama yang cemerlang dalam membuat liputan berita MAIS meliputi kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS.
Antara penerima penghargaan ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Radio Television Malaysia (RTM), Media Prima Berhad, Astro Awani, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),Media Selangor, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan,Bernama, Kosmo, Radio IKIM, Radio Selangor, Radio Klasik, Kumpulan Media Karangkraf, Siakap Keli dan Kelab Blogger Ben Ashaari.
MAIS berharap komitmen dan hubungan baik di antara MAIS dengan rakan media dan rakan strategik terus dapat ditingkatkan dan dikekalkan di masa akan datang.
Bagi umat Islam yang ingin menggunakan Kalkulator Fidyah Puasa boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my.
IG: https://www.instagram.com/mais_officialhq/
Myzan
February 22, 2023 at 9:08 ambagus sungguh usaha MAIS buat kalkulator ni. Senang nak kira dan boleh buat bayaran online terus. Semoga ramai yang punya kesedaran nak bayar fidyah ini.
Fnadhirah
February 22, 2023 at 1:16 pmWah, bgus nyaa. Lpas nie senang laa nk kira kadar fidyah yg harus dibayar. Satu inisiatif yg sgt2 bermanfaat untuk pengguna seiring dengan peredaran zaman IT sekarang.
azni
February 22, 2023 at 3:48 pmbagus derang buat apps macm ni. senang sikit nak kira
wawaazwa
February 24, 2023 at 4:09 pmKan..sangat memudahkan orang ramai.