AEON Fashion Preview edisi Nov 23 kembali dengan koleksi lebih segar dan trendy. Baru-baru ini, AEON Fashion Preview (AFP) telah diadakan untuk kali keempat. koleksi AFP edisi November 2023 ini tampil dengan tiga tema iaitu Anime Streetwear, Denim wear dan Festive wear.
Kali ini AFP telah berkerjasama dengan komuniti pelajar dari Fakulti Pengurusan & Teknologi di Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUMT) yang tampil dengan idea segar dan padu.
Tiga Tema Dipilih Untuk AEON Fashion Preview Nov 23

AEON merangka semula tiga tema sebagai daya penarik AFP pada tahun ini iaitu anime streetwear, pakaian denim dan pakaian perayaan klasik merentas zaman.
Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia, “Edisi AFP kali ini menegaskan bahawa fesyen tidak lagi terhad dalam satu kepompong yang sempit. AEON telah lama meraikan kepelbagaian sama ada dalam kriteria bentuk badan, saiz, etnik, jantina, dan keupayaan. Kami mengutamakan saiz inklusif, pakaian versatil, dan pilihan yang berpatutan lagi bergaya. Fesyen kini menjadi platform sebagai tanda ekspresi diri untuk semua lapisan masyarakat.
Koleksi Anime Streetwear Untuk Generasi Muda Di AEON Fashion Preview Edisi Nov 23
Koleksi Anime Streetwear ini telah digayakan oleh para pelajar TARUMT sendiri. Ia merupakan satu trend dengan gabungan unik estetika bandar dan motif moden. Di AEON, keseluruhan kalendar 2024 dipetakan dengan teliti untuk mengeluarkan pelbagai kapsul kejutan anime seperti Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.
Sama ada minimalisme anggun, anime cyberpunk atau palet berwarna-warni yang berani daripada manga klasik, koleksi AEON SELECT menawarkan fesyen pelbagai dengan aura yang memukau.
Dalam meraikan inovasi pereka generasi seterusnya, pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Industri Komunikasi dan Kreatif (FCCI) mengambil bahagian dalam penggayaan semula koleksi Naruto dan mengubahnya menjadi cosplay couture, pakaian jalanan grafik dan berinspirasikan anime aksesori yang ternyata menjadi jambatan unik antara anime dan fesyen untuk ekspresi diri yang unik dan bergaya.
Baca ini juga: Duta AEON Kids Republic 2023
SCAR Tampilkan Variasi Koleksi Denim
Secara peribadi, Sis Wawa tentulah teruja dengan koleksi denim yang selesa dan stylo digayakan.
Pakaian denim, yang pernah sinonim dengan pakaian kerja lasak, telah mengalami fasa transformatif dan telah berkembang menjadi fesyen yang serba boleh dan malar segar, melangkaui generasi ke generasi.
Musim ini, SCAR menampilkan StevenSunny, seorang pakar fesyen dan gaya, yang menjulang fesyen sebagai alat untuk ekspresi diri.
Inovasi seperti denim regangan telah ditambah dimensi baharu untuk keselesaan dan kesesuaian, membolehkan julat pergerakan dinamik tanpa menjejaskan estetika denim klasik.
Denim asli, terkenal kerana estetika aslinya dalam keadaan tidak dicuci, menjadi pujaan kepada peminat denim yang mencari corak yang tidak ditelan zaman. Variasi dalam fabrik denim ini memenuhi pilihan yang pelbagai, memastikan denim kekal sebagai tekstil wajib ada di setiap almari pakaian untuk setiap generasi.
Pelbagai Pakaian Perayaan Di AEON Fashion Preview Edisi Nov 23
Hari ini, pakaian bertemakan perayaan tetap menjadi pilihan sebagai tanda keterujaan dan kegembiraan untuk meraikan majlis-majlis perayaaan. Tanpa mengira usia, pakaian bertemakan perayaan ini turut mengalami revolusi untuk memikat hati srmua golongan usia, daripada kecil hinggalah yang dewasa. Malah, mereka yang plus size turut diberikan perhatian. Ini menunjukkan bahawa AEON sentiasa peka dengan setiap pelanggan mereka.
Di AEON, terdapat banyak koleksi perayaan yang menawarkan pelbagai gaya yang memenuhi pelbagai cita rasa dan pilihan. Jenama-jenama seperti ARCADIA, innerCasual, ti:zed, SCAR, Guys’ Vision, Kids Republic dan juga M untuk para ibu; mengatasi jurang generasi, mengajak para pelanggan daripada semua peringkat umur bagi meraikan keterujaan ini bersama.
AEON Fashion Preview (AFP)
AEON Fahion Preview (AFP) ialah satu majlis pratonton atau showcase yang diadakan sebanyak tiga tahun sekali bagi memperkenalkan legasi fesyen di bawah jenama AEON yang baharu.
Dalam showcase ini, pelbagai gaya, trend, warna dan tekstil terkini diperkenalkan sebagai meraikan ketibaan musim baharu serta mengumumkan kolaborasi yang menerujakan.
AFP telah melancarkan pelbagai rangkaian produk fesyen termasuk pakaian import sukan, innercasual (Ic) yang menampilkan kelestarian oleh Katharine Hamnett di Butik TRIBE studios kepada satu pertunjukan fesyen yang menyeronokkan di dalam gerobok MRT, kepada konsep ‘reimagining comfort’ di Kuala Lumpur TAPAK food trucks park; kolaborasi bersama pelajar UITM jurusan Fine Arts dalam membawa fesyen kembali kepada idea asal ia bercambah dan dipupuk; dan juga terbaharu menampilkan 500 personaliti yang dipilih secara ‘crowdsource’ untuk berjalan di ‘runway’, menjadikannya pertunjukan fesyen yang terbesar sebagai manifestasi keperibadian dan ekspresi gaya tersendiri.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari:
Homepage: https://aeonretail.com.my/
Fashion page: https://aeonretail.com.my/fashion/
AFP Microsite: https://aeonretail.com.my/fashion/afp/
Leave a Reply