AEON Bersama Izzati Suza Tampil Dengan Koleksi Gadis Gadang Untuk Plus Size

AEON Bersama Izzati Suza Tampil Dengan Koleksi Gadis Gadang Untuk Plus Size

AEON bersama Izzati Suza Tampil dengan Koleksi Gadis Gadang untuk Plus Size. Rentetan kejayaan koleksi  “Plus Size X Izzati Suza pada kempen lalu, kini AEON kembali mencipta langkah penuh makna dalam dunia fesyen dengan melancarkan kolaborasi terkini bersama artis tempatan terkenal, Izzati Suza menerusi koleksi istimewa Plus Collection x Izzati Suza – Gadis Gadang.

Gadis Gadang” bermaksud gadis hebat atau wanita besar dalam erti kata semangat, cita-cita dan kekuatan.

AEON bersama Izzati Suza Tampil dengan Koleksi Gadis Gadang untuk Plus Size

AEON Bersama Izzati Suza Tampil Dengan Koleksi Gadis Gadang Untuk Plus Size

Istimewanya koleksi Gadis Gadang ini direka khas untuk wanita dari pelbagai peringkat usia daripada remaja hingga ibu dan juga wanita berkerjaya. Setiap helaian adalah lambang keberanian, kasih sayang terhadap diri sendiri serta ekspresi kebudayaan Malaysia yang kaya.

Majlis pelancaran koleksi unik dan istimewa ini diadakan secra eksklusif di AEON Mall Shah Alam pada 10 Mei 2025.

Selain sesi ‘Meet & Greet” bersama Izzati Suza, terdapat pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan seperti kuiz, patchwork (sulam atau print) secara percuma bagi pembeli koleksi, apsyen kreatif diWall Of “Gadis Gadang, fesen show dan sesi fotografi bersama Izzati Suza. Fiza Frizzy pula selaku MC pada hari itu.

Wanita Bersaiz besar Juga Boleh Tampil Bergaya

Ada kalanya, memang sering kali timbul kesukaran untuk tampil bergaya bila memiliki tubuh besar atau plus size. Tapi kini dengan kehadiran koleksi “Gadis Gadang” ini boleh memberikan inspirasi dan lebih pilihan.

Koleksi “Gadis Gadang “ ini boleh didapati daripada saiz 1 hingga 24, iaitu 2XL hingga 7XL!

AEON Bersama Izzati Suza Tampil Dengan Koleksi Gadis Gadang Untuk Plus Size. Hanya Di AEON Mall Terpilih sahaja

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi ini di AEON store terpilih sahaja di seluruh Malaysia iaitu:

  • Taman Maluri
  • Melaka
  • WangsaMaju
  • Bandar Utama
  • Ipoh
  • Mid Valley
  • Bandar Puchong
  • Seremban 2
  • Tebrau City
  • Cheras Selatan
  • Queensbay
  • Bukit Tinggi
  • Rawang
  • Shah Alam
  • Kuching Sentral
  • Nilai
  • Putrajaya

Ciri-Ciri Utama Koleksi Gadis Gadang:

AEON Bersama Izzati Suza Tampil Dengan Koleksi Gadis Gadang Untuk Plus Size

  • Fokus kepada Positiviti Tubuh – Mesej utama koleksi ini adalah Every Size is Beautiful, iaitu setiap saiz adalah cantik. Ia menggalakkan cinta diri dan keyakinan melalui fesyen yang sesuai dan bergaya.
  • Rekaan Eksklusif Izzati Suza  – Setiap item menampilkan hasil seni unik Izzati Suza — penuh warna, karakter bermain dan unsur kebudayaan tempatan yang menyerlah.
  • Saiz Inklusif – Tersedia dari saiz 18 hingga 24 atau 2XL hingga 7XL, koleksi ini memastikan semua wanita boleh tampil yakin dan selesa.
  • Edisi Terhad – Koleksi ini hanya boleh didapati dalam tempoh terhad, menjadikannya buruan pengumpul seni dan pencinta fesyen.
  • Inspirasi Rekaan – Kombinasi warna terang, corak berani dan gaya longgar mencipta aura moden yang tetap mengekalkan sentuhan budaya Malaysia.

Siapa Patut Dapatkan Koleksi Ini?

  • Wanita Plus-Size – Mereka yang mencari pakaian bersaiz besar yang moden dan selesa.
  • Peminat Seni & Budaya – Peminat hasil kerja seni Izzati Suza atau mereka yang suka fesyen yang bercerita tentang warisan tempatan.
  • Penyokong Positiviti Tubuh – Mereka yang ingin menyokong gerakan bahawa kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Jenis Pakaian Yang Ditawarkan:

AEON Bersama Izzati Suza Tampil Dengan Koleksi Gadis Gadang Untuk Plus Size

Koleksi Gadis Gadang merangkumi pelbagai jenis pakaian yang pasti dapat memikat hati ramai peminat fesyen:

  • T-shirt
  • Sweater
  • Kardigan
  • Oversized shirt
  • Skirt denim
  • Jaket
  • Seluar jeans

Setiap satu direka dengan cetakan dan corak yang memukau serta penuh makna.

Warna & Corak

Rekaan dalam koleksi Gadis Gadang penuh dengan:

  • Warna terang yang membangkitkan semangat
  • Corak ‘playful’ yang ceria
  • Karakter yang mengangkat kisah wanita sebenar

Raikan Keunikan Anda Hari Ini

Koleksi Gadis Gadang bukan sekadar pakaian. Sebaliknya ia juga adalah satu pergerakan yang meraikan siapa diri anda yang sebenar. Sama ada anda seorang peminat seni, pencinta budaya atau wanita hebat yang ingin tampil yakin, koleksi ini adalah untuk anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Website: AEON Fashion
Media Sosial: Facebook, Instagram, TikTok & X: AEON Retail Malaysia
XHS: AEON Malaysia | LinkedIn: AEON Group Malaysia

Kenali Izzati Suza:
www.kedaisuza.com
Instagram: @izzatisuza

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *