4 Jenama ‘In House’ AEON Untuk Yang Suka Bergaya

4 Jenama ‘In House’ AEON Untuk Yang Suka Bergaya

4 jenama ‘in house’ AEON untuk yang suka bergaya. Demi memberikan yang terbaik untuk para pelanggan setia AEON, baru-baru ini, AEON Malaysia telah memperkenalkan empat jenama dalaman (in house brand) yang bermutu tinggi. Rangkaian koleksi yang baru diperkenalkan ini juga sangat praktikal digayakan.

Rangkaian 4 jenama ‘in house’ ini direka khas untuk melengkapkan gaya hidup anda dengan keseimbangan gaya, fungsi dan kemampuan.

4 Jenama ‘In House’ AEON Yang Diperkenalkan

4 Jenama ‘In House’ AEON Untuk Yang Suka Bergaya

Majlis pelancaran untuk memperkenalkan 4 jenama ‘in house’ AEON yang terbaru itu telah diadakan di AEON Mall Bandar Puchong, IOI Mall Puchong, Selangor.

Koleksi terbaru 4 jenama ‘in house’ yang diperkenalkan oleh AEON Malaysia ini pasti dapat memenuhi cita rasa semua, sama ada anda ini golongan eksekutif, trend setter atau sesiapa saja yang mementingkan keselesaan dalam seharian.

Jom kenal dengan lebih rapat empat jenama dalaman terbaru AEON:

iYKYK

4 Jenama ‘In House’ AEON Untuk Yang Suka Bergaya

Menampilkan rangkaian beg dan aksesori wanita. Dengan reka bentuk yang minimalis, ia kelihatan sederhana namun tetap tampil mewah dan elegan. Saat menggayakannya, pasti akan menyerlahkan rasa sostikated namun tetap bersederhana.

Sis Wawa sendiri tertarik dengan jenama ini kerana ia tidak terlalu berlebihan.

Rangkaian Produk

 

Beg tangan signature, aksesori elegan
Ciri-Ciri Utama Reka bentuk minimalis, estetik anggun, fungsi praktikal

 

Harga Ditawarkan RM1-RM159

 

aTAS

4 Jenama ‘In House’ AEON Untuk Yang Suka Bergaya

Khas untuk golongan professional dan eksekutif muda, beg kerja premium ini pasti jadi pilihan. Tentu ada yang beranggapan tentu koleksi ini mahal. Tapi hakikatnya, ia masih mampu dimiliki. Malah ia juga tahan lasak. Memang best!

Jenama aTAS ini direka dengan begitu anggun, menggunakan bahan berkualiti tinggi. Sesuai untuk perjalanan kerja dengan penuh gaya dan tanpa mengenepikan rasa selesa.

Baca ni juga: Preview Fashion AEON 224

Rangkaian Produk Beg perniagaan premium, aksesori perjalanan.

 

Ciri-Ciri Utama Bahan berkualiti tinggi, ketahanan luar biasa dan reka bentuk professional.

 

Harga Ditawarkan RM139-RM369

 The GOOD SHOES

 

Koleksi jenama The GOOD SHOES ini pula menggabungkan dua elemena iaitu gaya dan keselesaan. Tanpa mengenepikan soal gaya yang ‘up to date’, koleksi ini tampil dengan pilihan kasut dan sneakers yang cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Bahkan, satu lagi ciri istimewa koleksi ini, ia memberikan sokongan padu pada kaki kerana direka secara ergonomic. Sesuai untuk anda yang aktif dan perlu memakai kasut seharian.

 

Rangkaian Produk Kasut harian, sneakers

 

Ciri-Ciri Utama Sokongan tambahan, reka bentuk ergonomic, bahan ringan.

 

Harga Ditawarkan RM99-RM149

 

Gallivant

Yang suka travel mesti teruja habis bila lihat koleksi ini. Gallivant menawarkan pelbagai jenis beg perjalanan yang direka khas untuk penggembara moden, dengan jaminan ketenangan tambahan. Beg melancong ini sangat praktikal dan tahan lama.

Bagi yang sedang tercari-cari beg untuk melancong atau ‘jalan-jalan’, boleh masukkan dalam list anda. Daripada beg galas hinggalah bagasi ringan, setiap satu direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan para pengembara moden.

Rangkaian Produk Beg melancong, beg duffel, beg galas, aksesori ‘cuti-cuti’

 

Ciri-Ciri Utama Bahan tahan lama, kompartmen yang best, reka bentuk ringan

 

Harga Ditawarkan RM59-RM369

 

Semak ini juga: Pelancaran Transformers One

Pentas Peragaan 4 Jenama ‘In House’ AEON

4 Jenama ‘In House’ AEON Untuk Yang Suka Bergaya

Di dalam majlis pelancaran tersebut, turut hadir, Lai Ngai Yuen, Chief Merchandising & Marketing Officer AEON (M) Berhad yang turut berkongsi info bagaimana terciptanya empat jenama itu.

Selain itu, majlis pelancaran turut diserikan lagi dengan kehadiran model-model jelita dan tampan yang memperagakan koleksi daripada 4 jenama ‘in house’ AEON itu. Waduhhh…Semua koleksi cantik dan ada yang dah berkenan di hati ni…

Kenapa Patut Pilih Jenama AEON

Pihak AEON memperkenalkan empat jenama dalaman terbaru mereka ini adalah untuk meningkatkan gaya hidup para pelanggan kerana mengutamakan ciri-ciri rekaan yang praktikal, pelbagai fungsi, reka bentuk estetik dan mampu milik.

So, apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki produk terkini AEON ini. Kunjungi AEON Mall berhampiran dengan tempat tinggal anda dengan segera. Nikmati keseimbangan di antara gaya, fungsi dan harga berpatutan dengan produk-produk terbaru AEON. Gerenti takkan menyesal!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *