Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Resipi ketam telur masin. Mesti ramai yang ingat susah nak masak. Sebenarnya sangat mudah dan bahan pun tak banyak sangat yang diperlukan. Dan kalau nak lagi mudah, guna je Serbuk Telur Masin BESTARI!

Kali ini kita try masak resipi ketam telur masin atau ketam salted egg pulak ye. Lagi mudah, guna je serbuk telur masin jenama Bestari. Sebenarnya banyak jenama yang ada, tapi sis Wawa paling suka jenama ni.

Selain ketam, guna udang atau sotong pun sedap.

Resipi Ketam Telur Masin

Bahan-bahan:

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

1kg ketam –potong dua dan bersihkan

½ paket serbuk telur masin BESTARI

Sedikit daun kari

1 labu bawang putih – racik halus

20-30 biji cili padi – hiris halus Susu cair

Susu cair

Sedikit mentega

Garam dan gula secukupnya

Mushroom seasoning

Minyak untuk menggoreng

Bahan perap:

Tepung jagung

Sedikit garam

Lada sulah

Cara Memasak Resipi Ketam Telur Masin:

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Mula-mula, tuang sedikit tepung jagung dan gaul sekata dengan ketam.

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Tambah sedikit garam dan lada sulah. Gaul sekata dan biarkan seketika.

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Panaskan minyak dan goreng ketam hingga separuh masak. Angkat, tos dan ketepikan.

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Boleh menggunakan kuali yang sama tapi buang dulu minyak lebihan goreng ketam tadi. Masukkan sedikit mentega. Biarkan mentega cair.

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Setelah itu, masukkan bawang putih dan tumis hingga terbit bau wangi.

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

 

Masukkan serbuk telur masin BESTARI dan kacau sebati.

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Setelah itu, masukkan daun kari dan hirisan cili padi, diikuti susu cair Kacau sebati.

Kemudian masukkan sedikit mushroom seasoning, sedikit garam (jika perlu) dan gula. Kacau sekata. Masakan telur masin kena seimbang rasa lemak, masin dan manisnya.

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Akhir sekali, masukkan ketam yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati.

Biarkan ketam masak sepenuhnya. Boleh tambah lagi susu cair jika nak lebih berkuah.

Resipi Ketam Telur Masin. Sangat Mudah Tapi Lazat

Siap! Sedia dimakan dengan nasi panas-panas. Ratah pun sedap uols! Rugi tak cuba tau!

Boleh cuba resipi ini juga: Rendang Lokan

Ketam Sumber Protein Kesukaan

Ketam adalah salah satu sumber protein yang paling sis Wawa suka. Tak kisahlah masak apa; sup, masak lemak cili padi, sambal, kari dan macam-macam lagi.

Tapi ramai juga tak suka makan ketam sebab susah nak makan. Kata orang, hanya orang-orang yang sabar saja boleh makan ketam? Hahaha..ye ke? Entahlah ye.

6 Khasiat Ketam

Kadangkala kita ni tau makan je tapi tak tahu apa khasiat makanan yang kita makan.

Aoa khasiat ketam ye? Kalau nak tahu, ketam adalah sumber protein tanpa lemak. Ia juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh kita.

Antara khasiat atau kebaikan yang dikaitkan dengan ketam termasuk:

1.Sumber Protein:

Ketam adalah sumber protein yang baik. Protein diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan tisu-tisu dalam tubuh manusia.

2, Zat Besi:

Ketam juga mengandungi zat besi, yang diperlukan untuk membentuk hemoglobin dalam darah dan mengelakkan anemia.

3. Lemak Omega-3:

Ketam juga boleh menyediakan asid lemak omega-3, yang penting untuk kesihatan jantung dan otak.

4.Sumber Selenium:

Ketam mengandungi selenium, sejenis mineral yang penting untuk kesihatan manusia. Selenium berperanan dalam melindungi sel-sel dari kerosakan oksidatif dan juga memainkan peranan dalam sistem imun.

5.Vitamin B12:

Kandungan vitamin B12 dalam ketam juga penting untuk fungsi saraf dan pembentukan sel darah merah.

 6.Mineral:

Ketam mengandungi pelbagai mineral lain seperti fosfor, kalium, dan magnesium yang penting untuk kesihatan tulang, otot, dan sistem saraf.

Siapa Patut Elak Makan Ketam?

Walaupun ketam adalah makanan laut atau seafood yang lazat dan menyediakan pelbagai nutrisi, terdapat beberapa kumpulan orang yang sebaiknya mengelakkan pengambilan ketam. Ini termasuk:

Orang yang ada Alergi: Orang yang mempunyai alergi terhadap makanan laut, termasuk ketam, sebaiknya mengelakkan konsumsi ketam untuk mengelakkan reaksi alergi yang mungkin membahayakan.

Individu dengan Masalah Kesihatan Seperti Gout: Ketam mengandungi purin, yang boleh menyumbang kepada peningkatan kadar asid urik dalam darah. Oleh itu, individu yang mengalami masalah gout atau tingginya asid urik sebaiknya mengurangkan atau mengelakkan pengambilan ketam.

Wanita Hamil atau Menyusukan Bayi: Wanita hamil atau menyusukan bayi perlu berhati-hati dengan jenis makanan yang mereka ambil. Pengambilan ketam boleh membawa risiko jika terdapat pencemaran atau bakteria berbahaya, oleh itu, disarankan untuk mengelakkan atau memastikan sumber ketam adalah bersih dan selamat.

Pesakit Kronik: Individu yang mempunyai masalah kesihatan kronik tertentu seperti penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, atau penyakit jantung perlu berunding dengan doktor atau pakar pemakanan sebelum memasukkan ketam ke dalam diet mereka.

Yang Ada Reaksi Alergi Ketam: Jika seseorang telah mengalami reaksi alergi ketam sebelum ini, adalah bijak untuk mengelakkan pengambilan ketam pada masa akan datang.

Selalu disarankan untuk berunding dengan profesional kesihatan sebelum membuat keputusan mengenai pemakanan, terutamanya jika terdapat sebarang kebimbangan kesihatan atau keadaan khas yang perlu diambil kira.

Boleh cuba juga resipi ini: Kuih Bangkit: 3 Resipi Sedap, Rangup Dan Cair Di Mulut

 

 

 

1 Comment

  1. Bestnya.. bolehlah cuba nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *