Edwin Van Der Sar, Lagenda Manchester United Di AEON Mall

Edwin Van Der Sar, Lagenda Manchester United Bakal Berada Di AEON Mall!

Edwin Van Der Sar, Lagenda Manchester United Bakal Berada Di AEON Mall! Peluang keemasan terutama untuk peminat setia Kelab Mamcester United!

Temui salah seorang bintang lagenda kelab tersohor itu di AEON Mall.

AEON MALL “Active Beat 3.0” kembali lagi! Kali ini, bersedia untuk sesi “Meet & Greet” bersama penjaga gol lagenda Manchester United.

Wah! Tentu ramai yang teruja kan? Memang rugi tak rebut peluang yang AEON MALL sediakan ini.

Edwin Van Der Sar, Lagenda Manchester United Bakal Berada Di AEON Mall!
Pic Credit: IG Edwin Van Der Sar

Para peminat dan penyokong setia kelab Manchester United (MU) pasti tidak asing dengan bintang bola sepak lagenda itu.

Sedikit tentang beliau, Edwin Van Der Sar dilahirkan pada tanggal 29 Oktober, 1970 di Voorhout, Belanda. Beliau merupakan pemain bola sepak profesional Belanda dalam posisi penjaga gol. Van der Sar berhijrah ke Manchester United pada 1 Julai 2005, selepas berpindah dari Fulham. Beliau bermain untuk Manchester United sehingga bersara pada 30 Jun 2011.

Cara Meet & Greet Bersama Edwin Van Der Sar

Edwin Van Der Sar, Lagenda Manchester United Bakal Berada Di AEON Mall!

Wah! Tentu ramai yang teruja kan? Memang rugi tak rebut peluang yang AEON MALL sediakan ini. Bagaimana caranya nak ikut serta? Semak sini. Mudah je caranya.

  • Belanja minimum RM200 (untuk pemegang kad Maybank) atau RM280 (untuk bukan pemegang kad Maybank). Jumlah ini boleh dicapai melalui tiga (3) resit gabungan pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL.

Bila Dan Di Mana?

Haa..yang nak ikut serta, ia akan diadakan pada 1-3 Ogos 2025 nanti di AEON MALL terpilih.

1 Ogos 2025 (Jumaat):

  • 2:00 PM: AEON Mall Bukit Mertajam
  • 6:30 PM: AEON Mall Ipoh Station 18

2 Ogos 2025 (Sabtu)

  • 2:00 PM: AEON Mall Bukit Tinggi
  • 5:30 PM: AEON Taman Maluri Shopping Centre

3 Ogos 2025 (Ahad):

  • 12:00 PM: AEON Mall Tebrau City
  • 6:00 PM: AEON Mall Nilai

** Terma dan syarat dikenakan. Slot adalah terhad dan berdasarkan ‘first-come, first-served basis’.

Lain-Lain Pertandingan -“Spend & Win!” Contest

Selain dapat bertentang mata secara eksklusif dengan bintang lagenda MU itu, anda semua juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif dengan menyertai ” Spend & Win Contest”.

Menangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM10,000.00, termasuk 41 barangan eksklusif Al-Ikhsan yang ditandatangani oleh Edwin van der Sar.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu:

  • BELANJA minimum rm100 dalam satu resit di al-ikhsan sports.
  • HANTAR butiran anda dengan mengimbas kod QR, isi borang dan muat naik resit.
  • MENANG peluang untuk menjadi antara pemenang bertuah!

Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *