Buffet Ramadan 2025 Di Grand Almizan Johor Bahru

Buffet Ramadan 2025 Di Grand Almizan Johor Bahru

Buffet Ramadan 2025 Di Grand Almizan Johor Bahru. Wahhh..dah tak lama dah, Ramadan bakal menjelang tiba.

Selain tingkatkan amalan dan solat tarawih, antara yang paling ditunggu ialah saat berbuka puasa. Memang meriah. Sepanjang Ramadan, hotel dan kafe juga turut menyediakan pelbagai buffet iftar. Pilih saja mengikut selera masing-masing.

Buffet Ramadan 2025 Di Grand Almizan Johor Bahru

Buffet Ramadan 2025 Di Grand Almizan Johor Bahru

Haaa…bagi yang tinggal di Johor atau merancang nak bermusafir ke Johor Bahru di bulan Ramadan nanti, bolehlah cuba buffet berbuka puasa di Grand Almizan, Danga Bay, Johor Bahru.

Lebih daripada 100 jenis hidangan tersedia. Antara yang paling jadi tumpuan ramai ialah Sup Gear Box, Laksa Johor, Sup Tulang Merah, Sate Power dan Asam Pedas. Oh ye, penggemar manisan, jangan risau. Tersedia aneka kek dan pencuci mulut yang semuanya sedap-sedap belaka.

Buffet Ramadan 2025 Di Grand Almizan Johor Bahru

Dan paling best, teh masala yang sangat umph!! turut disediakan. Selain macam-macam jenis minuman ada. Tak rugi dan berbaloi.

Harga Buffet Ramadan 2025 Di Grand Almizan

Teruja nak tahu harganya? Okay harganya hanya RM98 sahaja. Manakala untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU, harganya RM58.

Baca; Hukum Bayar Fidyah

Ruang VIP Untuk Lebih Privacy

Terdapat juga ruang tempahan khas VIP  untuk mereka yang mementingkan keselesaan, privacy, dan tidak mahu beratur di bahagian buffet.

Hanya dengan harga yang berbaloi, RM150. 90 seorang, anda dapat menikmati kemudahan itu. Untuk pakej VIP kanak-kanak, warga emas dan OKU, harganya RM109.90. Ada pelayan yang akan hidangkan makanan untuk anda. Mungkin ada yang nak belanja rakan bisnes atau yang teristimewa, bolehlah ambil pakej yang ini.

Pakej Infaq

Buffet Ramadan 2025 Di Grand Almizan Johor Bahru

Istimewanya, Grand Almizan turut menyediakan pakej infaq untuk yang ingin bersedekah, misalnya untuk anak-anak yatim asnaf, warga emas, pelajar  tahfiz dan sebagainya.

Untuk pakej infaq, harganya RM50, minimum untuk 200 pax. Boleh minta pihak Almizan cari atau boleh arrange sendiri mereka yang hendak diinfaq.

Ruang Ibadah

Jangan risau untuk solat maghrib dan isyak. Ada kemudahan surau dan tempat solat yang luas Dan selesa tersedia untuk anda semua. So, lepas solat boleh sambung makan dengan selesa.

Selain itu, yang ‘mahal’ dan istimewa berbuka puasa di sini, boleh menikmati view indah sunset dekat Danga Bay. Menarik bukan?

Peluang Menang Pakej Umrah

Haaa…lagi satu, bagi yang berbuka puasa di Grand Almizan ini, berpeluang untuk memenangi tiket umrah!! Wow!! Siapa tahu anda bertuah!

Cepat! Jom booking sekarang! Untuk keterangan lanjut, boleh ke FB & IG Al Mizan atau wasap 019 97900471.

#Almizanbuffetramadan2025

#Almizansatay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *