Wawa Azwa Dan Dunia Penulisan Masih Setia Bersama…

Wawa Azwa

Wawa Azwa dan dunia penulisan tak dapat dipisahkan. Minat menulis punca utama  mula tulis blog. Wawa Azwa atau sis Wa boleh dikatakan masih terlalu ‘hijau’ dalam dunia blogging. Baru setahun lebih.

Segalanya bermula pada awal 2021, selepas menoktahkan perkhidmatan dalam dunia kewartawanan, dengan jawatan terakhir sebagai penolong Editor di Majalah tersohor waktu itu, Mingguan Wanita. Waktu itu, Covid-19 juga sedang melanda satu dunia. Kiranya 100% masa memang di rumah je.

Selama lebih 23 tahun bergelar wartawan, darah sebagai seorang penulis tak boleh ‘dipadamkan’ daripada jiwa. Membuak-buak. Tangan ‘gatal’ je nak ketuk keyboard dan ‘memuntahkan’ segala apa yang ada di fikiran. Hahaha.

Sehinggalah diajak oleh seorang rakan, Siti Zurina Mat Saman aka Mama Reen, yang terlebih dahulu berjinak-jinak di dalam dunia blog. Tapi, ketika itu tak ambil peduli sangat sebab rasa malas dan tak tahu caranya. Macam mana nak buat blog? Mahal kah? Nak suruh siapa yang tolong buat?

Mama Reen telah memperkenalkan dengan seorang rakan lamanya sejak dari zaman belajar yang juga seorang blogger hebat Azni. Dari situlah, Azni guide sis Wa daripasda zero dan akhirnya lahirlah blog ini. Alhamdulillah.

Asalnya Suka-Suka Dan Syok Sendiri

Wawa Azwa

Start menulis blog betul-betul ketika PKP pertama. Asyik duduk rumah. Apa lagi, menulislah. Banyak sungguh idea waktu itu.

Terus terang, asalnya tulis blog hanya untuk suka-suka. Nak luahkan perasaan dan berkongsi apa saja yang terlintas di fikiran dan persekitaran. Tak pernah fikir tentang SEO dan sebagainya. Asal tulis. Main blasah jer. Pendek kata, syok sendiri.

Tapi semakin lama terjun ke dunia blogging ini dan kenal dengan ramai blogger-blogger hebat, ia telah menukar pemikiran sis Wawa. Rupanya rugi besar kalau hanya tulis blog ikut sedap rasa sendiri saja. Sedangkan ramai yang sudah menjana pendapatan lumayan hasil blogging!

Ia membuka mata sis Wawa untuk lebih serius berblog dan mula menggali ilmu dengan rakan-rakan blogger lain. Teringin juga nak dapat adsense yang banyak. Alhamdulillah, walau baru setahun lebih, dah mula dapat adsense. Tapi jangan tanya berapa jumlahnya. Maluuuuuu!!

Tapi ia sudah cukup memberi semangat untuk blogger setahun jagung ini terus berkarya di samping menjana pendapatan.

Lebih-lebih lagi sekarang dah jadi full time blogger. Sambil menjaga suami yang kurang sihat di rumah, Sis Wawa bebas berblog bila-bila masa dan atur masa jika perlu keluar assignment. Alhamdulillah, client pun dah start dapat. TQ juga pada rakan-rakan blogger yang banyak bagi jalan dan peluang.

Perjalanan Blog Wawa Azwa Tak Mudah

Ada juga rakan-rakan yang tanya, macam mana nak jadi blogger. Dorang ingat mudah agaknya ye? Nampak mudah, tapi tanyalah pada blogger-blogger. Senang ke? Jawapannya; Oh Tidak!!!

Blog kita umpama ‘syarikat’ kita. Bila syarikat kita dah terkenal, tentu ramai client-client yang berminat untuk berkolaborasi dengan kita. Dari situ juga kita boleh menjana pendapatan. TAPI, nak membuatkan blog kita dan nama kita dikenali, perjalanannya penuh onak dan duri. Bab ini, sis Wa masih lagi bertatih.

Wartawan VS Blogger

Wawa Azwa

Lebih 23 tahun bertugas sebagai wartawan, macam-macam pengalaman dikutip. Majalah pertama sis Wawa bertugas ialah majalah REMAJA. Kalau ikutkan dulu belajar Mass Comm, Majoring Publishing. Tapi, arwah bos Jalil (al Fatihah untuk arwah), Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf waktu itu suruh sis Wa masuk majalah REMAJA. Katanya, muda-muda elok cabar diri. Di sinilah bermula sebagai wartawan.

Setelah itu, berpindah pula ke majalah Dara.com, majalah muslimah trendy. Seterusnya berpindah pula ke Majalah MIDI, majalah khas untuk orang 40-an. Cabarannya, kita perlu salami perasaan dan masalah wanita-wanita 40-an sedangkan waktu itu umur baru 30-an. Mencabar sungguh.

Kemudian dipindahkan pula ke majalah RASA. Ha…waktu itulah sis Wa banyak kenal dengan ramai homebakers dan secara tak langsung improve skill masakan.

Majalah Mingguan Wanita adalah majalah terakhir sis Wa. Selain bertugas untuk menyediakan bahan-bahan penerbitan untuk majalah, sis Wa juga turut menyumbang di website Mingguan Wanita.

Rupanya ia banyak membantu bila nak mula menulis blog. Di ofis dulu memang guna WP dan sekarang blog pun guna WP.

Cuma dulu, bila kerja, kita tak kisah hal lain. Kerja masuk artikel je. Bila blog sendiri, macam-macam kena buat sendiri. Pening wooo..dan kalau dulu, client cari kita. Sekarang, kita kenalah pandai-pandai buat rappo untuk cari client.

Dari segi penulisan, tak banyak beza. Cuma kena belajar santaikan lagi gaya Bahasa memandangkan blog kan lebih santai.

Kongsi Minat Masak Dengan Suami

Kalau tinjau blog Sis Wa, kebanyakannya sis Wawa share tentang resipi,  Sebabnya bila dah full time di rumah, memang memasak je lah kerjanya. Selain itu, suami juga pandai masak (malah lebih terror masak daripada wife dia ni..hehe). Jadi, kami banyak kongsi idea.

Boleh cuba resipi ini juga: Ikan Terubuk Asam Pedas

Resipi yang kami share juga tak susah dan menu harian. Tapi, sis Wa percaya, tiap orang ada cara masing-masing.

Selain blog wawaazwa.com, boleh follow sis Wa di IG (@wawaazwa185) dan tiktok wawaazwa185.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *