Netty Ah Hiyer. Dulu Wartawan Hebat, Kini Blogger Dan Penulis SEO

Netty Ah Hiyer. Kini Blogger Dan Penulis SEO

Netty Ah Hiyer. dulu wartawan hebat, kini blogger dan penulis SEO. Walau pun baru setahun betul-betul fokus kepada ‘blogging’ tapi Netty Ah Hiyer bukan lagi ‘hijau’ dalam dunia penulisan blog. Tapi dia bukan ‘kaleng-kaleng; tau.

Walau pun dia sangat low profile tapi banyak ilmu dia ni sebenarnya tentang blog. Tapi, macam dia cakaplah, makin kita belajar makin banyak kita rasa kita tak tahu. Ya, betul amat!!

Kerja Bawah Satu Bumbung

Netty Ah Hiyer. Kini Blogger Dan Penulis SEO
Bersama rakan-rakan blogger. Saling bertukar ilmu.

Sis Wawa secara peribadi sudah lama mengenali empunya nama yang unik ini sebab kami pernah bekerja di bawah satu bumbung. Berbelas tahun di bawah satu syarikat penerbitan yang sama tapi tak pernah bekerja di majalah yang sama.

Mula-mula kenal, tak percaya namanya Netty Ah Hiyer’ unik dan komersil sungguh nama tu. Ingatkan dia guna nama samaran. Guna nama pendek atau nama samaran bukan perkara asing dalam dunia kewartawanan dan penulisan. Ramai wartawan yang lebih selesa guna nama pendek atau samaran daripada nama sebenarnya mereka. So, si Wawa ingatkan dia pun sama.

Lagi pula, tengok orangnya bukanlah berketurunan kacukan. Dan ye, memang dia bukan kacukan. Ah Hiyer adalah nama ayahnya dan namanya hanya ‘Netty’. Pendek. Seketul tu je. Asli Jowo katanya. Uhh..Kagum dengan mak ayahnya yang boleh fikirkan nama yang moden untuknya.

Dan bila sama-sama bertugas di majalah Mingguan Wanita, sis wawa dapat lebih mengenali karakter dirinya. Orangnya memang kelakar spontan. Tapi bab kerja, memang bagus dan komited. Tapi hanya sekejap kerana selepas itu dia ditukarkan ke unit digital. Namun, kami ‘kembali bersama’ bila sama-sama serius berblogging sekarang.

Blog Pertama

Menerusi blogspot pertamanya, ‘Hijau Epal’, Netty mula mengasah bakat dan mencurah idea di dalam blognya itu. Ketika itu dia masih bekerja di majalah Dewan Siswa.
Sehinggalah November 2009, dia ‘bertukar rumah’ pula ke platform blogspot baru iaitu ‘Rasa Sayang Skali’. Ia menampilkan konsep berkongsi aktiviti harian yang dilakukan.

Mula Serius 100%

Pertengahan 2013, Netty berjumpa kembali dengan bekas rakan setugas di Majalah Mingguan Wanita, Masayu Ahmad yang telah membuka matanya tentang betapa hebatnya bila dapat menguasai penulisan di blog.

Sejak itu, dia mula serius untuk menggali lebih banyak ilmu dalam bidang yang mula dia jatuh cinta itu.

Lahirlah TRAVELOG WARTAWAN

Netth Ah Hiyer
Antara client untuk product review.

Pengalaman bersama komuniti Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) telah memberi padanya untuk lebih memahami tentang dunia blogging. Dia mmenyusun semula blognya suaya menjadi platform yang lebih mesra dengan komuniti ABDR menerusi Travelog Wartawan, di platform tempatnya terus berkarya.

Walau pun masih memikul tugas hakiki sebagai wartawan di sebuah penerbitan tersohor saat itu, namun minatnya di dalam dunia blog tak pernah padam malah makin bermobarkobar untuk menimba ilmu.

Kelas Bersama Irfan Hairi

Tahun 2015, Netty secara diam-diam menyambung pelajaran di Open Education bersama Ifran Hairi untuk ‘Strategi Perniagaan internet’. Waktu itu, dia sanggup berkorban waktu rehat hujung minggunya untuk menghadiri kelas. Waktu itu, dia masih tak ‘nampak’ apa yang dilakukannya itu untuk apa.

Ternyata Allah sudah dorongkan dia untuk sesuatu perubahan besar dalam kariernya dan berkait rapat dengan ilmu yang ditimba. Tahun 2017, Dia telah dipindahkan ke unit Digital di majalah Mingguan Wanita daripada wartawan majalah.

Saat itu, dia diamanahkan untuk mengendalikan semua platform digital Mingguan Wanita termasuklah website, facebook, instysgram dan twtter. Ternyata, ilmu yang dipelajari selama ini mula dipraktikkan sepenuhnya.

Semakin Serius

Netty Ah Hiyer
Keluarga tersayang. Tulang belakang kejayaan.

Tahun 2021, perkenalan dengan seorang blogger terkenal, Azni, akhirnya yang telah membantunya mewujudkan sebuah website atas namanya sendiri, NETTY AH HIYER. Doi sinnlah dia secara serius mula mempelajaran tentang SEO dan ranking web. Susah? Amat susah namun itu juga satu bentuk kebahagiaan buatnya.

Jun 2021 pula, Netty telah turut serta bersama Biters Blogger kendalian Sis Awa atau Siti Awadah. Di grup itu, dia belajar dengan lebih mendalam tentang SEO, trafik blog yang terbaik di Google dan menggali lebih mendalam tentang ilmu blogger.

Apa pun, Netty tetap bersyukur kerana dapat melakukan apa yang dia suka iaitu menulis. Penulisannya penuh warna warni kehidupan yang menggambarkan apa yang dia rasa dan alami.

Jemput singgah di websitenya Travelog Wartawan ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *