AEON dan MAMEE perkenalkan menu inspirasi Korea khas untuk para pelanggan setia mereka. Mesti para peminat makanan Korea terutamanya teruja dan tak sabar untuk mencuba sendiri tiap hidangan yang disediakan.
AEON sekali lagi mengumumkan satu kerjasama baru yang menarik bersama MAMEE, memperkenalkan rangkaian menu berinspirasikan Korea yang kini boleh didapati di AEON Delicatessen. Kerjasama ini telah dilancarkan baru-baru ini di AEON Mall Shah Alam, Selangor.
Majlis Pelancaran AEON Dan MAMEE Penuh Interaktif
Majlis pelancaran kerjasama AEON dan MAMEE ini telah disempurnakan oleh Puan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE Food Service, dan Puan Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen & AEON Food Processing Centre.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Cabaran Membuat Onigiri dan kuiz interaktif, menambah suasana yang hidup dan penuh penyertaan sepanjang acara.

Gabungan Unik Produk AEON Delicatessen Dan DAEBAK
Kerjasama ini menonjolkan gabungan unik antara pilihan produk AEON Delicatessen dan rasa Korea daripada DAEBAK. Ia menghasilkan rangkaian hidangan siap dimakan yang begitu memikat.
Sebanyak 17 produk baharu diperkenalkan merangkumi kategori Delica dan Sushi, termasuk pilihan utama seperti Haneul Dosirak (Yang-Nyeong Chicken), Ayam Bulgogi dan Nasi Korea, Ramen Kimchi Jjigae, serta set K-Sari Mini Sushi, dan banyak lagi.
Produk-produk ini akan menjadi sebahagian daripada menu kekal Korea di AEON Delicatessen, menawarkan lebih banyak pilihan rasa dan variasi kepada para pelanggan.
Kolaborasi Gabungan Citarasa Korea, Malaysia Dan Jepun
DAEBAK, yang dibangunkan bersama oleh MAMEE dan SHINSEGAE Food Korea, terkenal dengan penyampaian rasa Korea yang autentik dan berani, disesuaikan dengan cita rasa rakyat Malaysia.
Melalui kerjasama ini, AEON Delicatessen memperkenalkan produk bertema Korea yang menggabungkan pengaruh Korea, Malaysia dan Jepun, sekali gus menawarkan pengalaman kulinari berfusi yang tersendiri kepada para pelanggan setia AEON.
Kolaborasi Tahun Ke-3 AEON Dan MAMEE
AEON kekal komited dalam menyampaikan hidangan siap dimakan yang berkualiti tinggi, segar dan inovatif kepada para pelanggan.
Ini merupakan kerjasama ketiga AEON dan MAMEE, selepas kejayaan kerjasama pada 2022 dan 2023. Setiap kerjasama mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua jenama sambil memperkenalkan pengalaman gastronomi baharu yang menarik.
Selain itu, AEON Delicatessen sebelum ini turut bekerjasama dengan rakan-rakan terkenal seperti Topvalu, Kewpie, Otafuku dan lain-lain, sekali lagi membuktikan komitmen AEON terhadap inovasi dan penglibatan pelanggan melalui kerjasama kreatif.
AEON Delicatessen Tawar Lebih Banyak Pilihan
AEON Delicatessen akan terus memperluas penawaran dengan memperkenalkan pilihan baharu yang lebih pelbagai dan menarik serta menyegarkan imej jenama bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin menitikberatkan kualiti, variasi dan kemampuan milik.
Pada masa ini, AEON Delicatessen beroperasi di bawah empat jenama utama: Coco Café, La Boheme, La Boheme Coffee dan Sucrée Amor, masing-masing dengan konsep tersendiri yang memperkayakan pengalaman hidangan siap dimakan di AEON.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.aeongroupmalaysia.com
Leave a Reply