Ziarah Merdeka MAIS Sempena Hari Merdeka ke-66 tahun

Ziarah Merdeka MAIS Sempena Hari Merdeka ke-66 tahun

Ziarah Merdeka MAIS serta penyerahan jalur gemilang sempena Hari Merdeka 2023. Pihak MAIS telah mengadakan Ziarah Merdeka ke tiga lokasi iaitu Pusat Dialisis MAIS Seksyen 3, Rumah Rumah Puteri Arafiah Seksyen 7 Shah Alam dan Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam, Jalan Kebun, Klang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka. Tiap kali melaungkannya, rasa sayu pula hati. Kemudian diiringi doa, supaya negara kita Malaysia sentiasa makmur aman sejahtera serta dijauhi daripada segala bencana. Semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. Itulah doa sis Wawa sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-66 tahun ini.

Tahu taka pa tema kemerdekaan pada tahun 2023 ini? Bagi yang tak tahu, temanya adalah Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Program Ziarah Merdeka MAIS

Ziarah Merdeka MAIS Sempena Hari Merdeka ke-66 tahun

Sempena sambutan Hari Merdeka tahun 2023 ini, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan program serahan bendera Jalur Gemilang dan Ziarah Merdeka MAIS ke tiga lokasi iaitu Pusat Dialisis MAIS, Seksyen 3, diikuti Rumah Rumah Puteri Arafiah, Seksyen 7, Shah Alam dan juga Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam, Jalan Kebun.

Untuk tahun ini, pihak MAIS telah mengagihkan sebanyak 3,000 bendera pelekat kenderaan dan 10 Jalur Gemilang kepada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), agensi dan anak syarikat MAIS.

Pelancaran majlis serahan bendera dan konvoi Ziarah Merdeka MAIS 2023 telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof.

Pihak media termasuklah blogger turut dijemput untuk menyertai konvoi merdeka tersebut.

Baca lagi: Faraid Dan Harta Pusaka

Tiga Lokasi Pilihan MAIS Untuk Ziarah Merdeka 2023

Ziarah Merdeka MAIS Sempena Hari Merdeka ke-66 tahun

Destinasi pertama rombongan adalah ke Pusat Dialisis MAIS yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam. Di sana telah diadakan serahan bendera serta cenderahati kepada para pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis di situ. Sedih melihatkan salah seorang pesakit muda yang baru berusia 19 tahun namun mula menjalani rawatan dialisis sejak berusia 15 tahun.

Ziarah Merdeka MAIS Sempena Hari Merdeka ke-66 tahun

Seterusnya, konvoi telah bergerak ke Rumah Puteri Arafiah, Seksyen 7, yang menempatkan remaja-remaja perempuan.

Pihak rombongan Ziarah Merdeka MAIS ini telah disambut penuh meriah. Seterusnya, kami dibawa untuk meninjau ke kawasan sekitar rumah tersebut seperti bilik-bilik kemahiran, bilik kaunseling dan sebagainya. Ternyata di sini, para penghuni akan diajar dengan pelbagai kemahiran seperti jahitan.

Ziarah Merdeka MAIS Sempena Hari Merdeka ke-66 tahun

Akhir sekali, rombongan bergerak ke Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam, Jalan Kebun. Pusat ini menempatkan 64 penghuni mualaf yang turut diberikan bimbingan kelas agama & fardhu Ain serta latihan kemahiran.  Sangat selesa bila berada di kawasan ini.

Tujuan Program 

Program yang dianjurkan oleh MAIS ini bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat terutama warga kerja MAIS, JHEIS, agensi dan anak syarikat MAIS dalam memahami erti kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos ini.

Baca ini juga: Program Merdeka MAIS 2023

SELAMAT HARI MERDEKA KE-66 TAHUN!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *