Lala Masak Lemak Cili Padi

Lala Masak Lemak Cili Padi

LALA MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-Bahan Lala Masak Lemak Cili Padi:

1kg lala – bersihkan

Santan segar – boleh juga guna santan kotak

1 inci kunyit hidup

30 biji cili padi hijau – terpulang pada kepedasan yang kita nak

3 batang serai – dua kisar, 1 ketuk

1 helai daun kunyit

1 kiub ayam

Garam secukupnya

Cara Memasak Lala Masak Lemak Cili Padi:

Lala Masak Lemak Cili Padi

Mula-mula, rendam lala dengan hirisan cili padi untuk keluarkan kotoran di dalamnya. Kemudian, bilas lagi dengan air paip. Tapis dan asingkan.

Untuk ramuan, kisar kunyit hidup, cili padi dan dua batang serai hingga hancur. Ketepikan.

Di dalam periuk, masukkan santan (boleh guna santan kotak atau santan segar) dan tuang bahan kisar tadi. Kacau rata. Kemudian masukkan pula kiub ayam, diikuti sebatang serai yang diketuk.

Lala Masak Lemak Cili Padi

Setelah itu, masukkan daun kunyit dan seterusnya bolehlah masukkan lala. Kacau sebati. Masukkan pula sedikit serbuk lada sulah, gaul sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Biarkan ia mereneh seketika dan bolehlah tutup api. Sedia dihidangkan. Mudah je kan?

Lala Ada Peminat Tersendiri

Siapa suka lala? Ttentu ramai yang sukakannya. Betul tak? Macam-macam masakan boleh dimasak dengan seafood ini termasuklah resepi lala masak lemak cili padi yang sis Wa kongsikan di atas ni. Nak masak pun bukan susah sangat. Bahan yang diperlukan pun tak banyak.

Secara peribadi, sis lebih suka kerang daripada lala. Ops! Sebab rasa tak puas makan sebab isinya sikit. Tapi memandangkan suami dan anak suka, layankan je lah. Bukanlah tak suka, cuma kalau ada kerang, sis capai kerang dulu lah..

Okay, kadangkala kita ni jenis suka makan, tapi tak tahu pun apa khasiat makanan yang kita makan tu kan? Ish, rasa rugi pulak. Ha..korang tau apa khasiat lala? Jangan tau makan je…kikih.

Ini sis kongsikan khasiatnya ye.

Khasiat Lala

Merupakan makanan yang bernutrisi tinggi. Dikatakan, di dalam 100 gram lala, mengandungi protein tinggi asid amino, yang mudah dicerna. Lala juga mengandungi asid lemak omega 3 yang baik bagi kesihatan jantung.

Lala juga hidup di kawasan yang lebih kurang sama dengan kerang, remis, kupang dan siput sedut. Iaitu di kawasan pantai berlumpur dan berpasir.

Antara lokasi yang berpotensi untuk lala ditemui adalah di kawasan pantai berlumpur semenanjung Malaysia. Seperti Pantai Kuala Selangor, Pantai Remis, Pantai Sekinchan, Pantai Sg Lang.

Namun begitu ia bergantung kepada pasang surut laut dan juga musimnya. Adakala ia sukar untuk ditemui berikutan cuaca buruk. Saiz lala adalah lebih besar daripada remis dan kerang. (sumber)

Macam-macam Masakan

Sama macam makanan laut lain, lala boleh dimasak dengan pelbagai cara. Kadangkala sis Wa masak ala-ala rebus je. Macam masak singgang tu… Ikut mood.

Kadangkala nak masak masakan yang lebih sihat, tak guna minyak bolehlah masak ala rebus dan singgang.

Cara Cuci Lala

Cara sis Wa, lala direndam dulu dengan hirisan cili padi. Katanya salah satu petua untuk buang kotoran dalam lala. Setelah itu, cuci bersih di bawah air paip.

Satu lagi cara, lala yang dibeli dari pasar terus keluarkan tanpa cuci dan letak dalam bekas besar supaya ada ruang untuk lala. Biarkan dalam freezer dalam masa 20 minit.

Lepas dah 20 minit nanti semua akan terbuka sendiri. Sekarang boleh check. Memang 80% terbuka. Mana yang terkatup rapat tu confirm busuk atau berpasir. Sudah boleh cuci dengan air paip, macam ni kita puas hati cuci sebab boleh nampak isi dia mana yang kotor. Makan pun tak was-was.

Macam-Macam Masakan

Untuk membuat masak lemak cili padi, macam-macam cara memasaknya. Ada yang guna bawang, ada yang langsung tak guna. Terpulang pada cita rasa. Untuk sis, memang tak guna bawang langsung.

Selain itu, salah satu ‘rahsia’ (konon lah..hihi) untuk buat masak lemak cili padi itu lagi umph, sis letak serbuk lada sulah di dalamnya. Pernah cuba tak? Ha…cuba sendiri dan rasakan kelainannya. Atau bubuh lada hitam pun boleh. Terpulang.

Resipi lain di sini: Sambal udang

 

 

 

 

5 Comments

  1. Waaahhhhhh npok sedakkk

  2. Tak tahu pulak rahsianya kena letak lada sulah. Lepas ni bolehlah try

    1. haah. memang lain rasanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *