Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah
Bahan-bahan:
1 keping kepala ikan merah dan sekeping bahagian isi – cuci bersih
1 kotak kecil santan
1 batang serai –ketuk
1 keping asam gelugur
1 biji tomato – belah empat
Kacang Buncis – potong
Garam
Sedikit air
Bahan kisar:
Sedikit cili padi hijau – nak lebih pedas, letak lebih
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
Cara Membuat Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah:
Mula-mula bersihkan ikan dengan pes asam jawa dan garam, biarkan kira-kira 10 minit. Kemudian bilas bersih. Ketepikan.
Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga hancur.
Kemudian, sediakan periuk. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk, diikuti santan. Sis guna santan kotak je. Guna santan segar lagi sedap.
Kacau rata dan masukkan serai yang telah diketuk, asam keping dan tomato. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air.
Setelah kuah mula menggelegak, masukkan ikan.
Kemudian, masukkan pula hirisan kacang buncis dan tambah air kalau kuah terlalu pekat. Sesuaikan dengan selera masing-masing sama ada nak kuah pekat atau nak sedikit cair.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan kuah mereneh, menggunakan api yang kecil. Setelah ikan masak dan buncis empuk, tutup api. Siap! Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih.
Apa Pula Khasiat Ikan Merah?
Sumber protein dari ikan sememangnya baik untuk diamalkan dalam diet seharian. Antara ikan yang menjadi pilihan di kalangan rakyat Malaysia ialah ikan merah.
Ikan Merah yang padat dengan kebaikan vitamin B 12 sangat baik diamalkan kerana ia dapat meningkatkan lagi pembentukan sel darah merah. Pengambilan vitamin B 12 yang mencukupi dalam diet juga baik untuk melindungi kesihatan minda daripada kerosakan neuron.
Apa pula khasiat di dari sudut kesihatan?
Baik Untuk Mencegah Anemia
Anemia merupakan masalah kesihatan yang berlaku akibat kekurangan sel darah merah dalam badan.
Ikan merah yang padat dengan kebaikan vitamin B 12 sangat baik diamalkan kerana ia dapat meningkatkan lagi pembentukan sel darah merah.
Pengambilan vitamin B 12 yang mencukupi dalam diet juga baik untuk melindungi kesihatan minda daripada kerosakan neuron.
Cuba reseipi ini juga: 19 resepi Sayur Masak Lemak
Melindungi Kesihatan Jantung
Ikan merah diperkaya dengan khasiat kalium iaitu nutrisi yang penting untuk kesihatan jantung.
Mineral kalium berfungsi dengan menstabilkan tekanan darah.
Di samping itu, mineral ini juga berperanan bertindak balas untuk mencegah kesan sebatian natrium dalam darah yang boleh menjadi punca kepada penyakit seperti strok dan serangan jantung.
Khasiat lain dalam ikan merah seperti asid lemak Omega 3 dan selenium juga adalah sangat baik untuk kesihatan jantung.
Sumber Protein Yang Baik
Dalam setiap 100 gram ikan merah, ia mampu membekalkan sehingga 40% keperluan protein harian serta rendah lemak.
Ini menjadikan ikan merah sesuai untuk diambil bagi membantu membina otot badan bagi yang aktif bersenam.
Diet yang kaya protein juga baik untuk kesihatan tulang, kulit serta perkembangan tisu dalam badan.
Bantu Uruskan Berat Badan
Ikan merah kaya dengan protein dan rendah kalori menjadikannya sesuai diamalkan bagi yang sedang berdiet.
Pemakanan yang kaya dengan protein boleh membantu seseorang berasa lebih kenyang serta mengelakkan keinginan untuk makan berlebihan.
Kaya Dengan Kebaikan Mineral Selenium
Setiap 170 gram ikan merah mengandungi sehingga 83.3 miligram selenium iaitu jumlah yang ideal untuk keperluan diet harian.
Kadar mineral selenium yang cukup tinggi dalam ikan merah memainkan pelbagai peranan pada tubuh.
Pengambilan selenium yang mencukupi dapat melindungi badan daripada kerosakan tisu, mengaktifkan enzim untuk perkembangan sel, penghasilan hormon tiroid dan metabolisma otot.
Bagus Untuk Ibu Mengandung
Kadar protein yang tinggi serta paras merkuri yang selamat dalam ikan ini menjadikannya sesuai untuk dimakan bagi ibu mengandung.
Namun, disarankan untuk pelbagaikan sumber protein dan hadkan pengambilan ikan merah sebanyak seminggu sekali sahaja.
Ini adalah kerana kadar merkurinya yang sederhana dan khasiat asid lemak omega-3 yang agak rendah berbanding ikan lain iaitu 0.2 gram.
Mesti Cuci Ikan Bersih-bersih
Seronok bila dapat ikan yang segar. Sebab itulah sis Wa sanggup ke pasar Pandamaran Klang atau ke Kuala Selangor semata-mata nak dapatkan ikan yang fresh. Sebab kalau ikan yang ada ‘bau ubat’, bila masak pun tak sedap dah.
Selain itu, ikan fresh pun tetap kena dicuci bersih. Ada macam-macam petua nak hilangkan hilangkan bau ikan. Jom sis kongsikan di bawah ini.
Dua Cara Untuk Cuci Ikan Supaya Hilangkan Bau:
- Cuci ikan dengan lumuran garam halus dan asam jawa. Biarkan seketika dan setelah itu barulah dicuci bersih.
- Lumur ikan dengan limau nipis, kasturi/lemon bersama garam halus. Biar seketika dan barulah dibersihkan.
Sangat Mudah Nak Masak Resepi Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah Ni!
Betul tak? Tengok saja bahan-bahannya. Tak banyak pun. Kali ini sis Wa masukkan bawang. Kalau tak, boleh je skip bawang tu. Tak kisah.
Selain itu, ada orang suka campur cili padi hijau dengan sedikit cili besar merah. Terpulanglah ye. Suami sis jenis yang suka pedas, so sis guna cili padi hijau semata-mata. Memang pedas sungguh!
Oh ye. Kali ini sengaja sis gandingkan dengan kacang buncis. Sebabnya, malas nak masak banyak jenis lauk. Hahaha…tapi okay je rasanya. Tak adalah rasa ‘pelik’ kombinasinya ni.
Cuba juga resepi ini: Ikan Jenahak Masak Taucu
Leave a Reply