Rendang Daging Padang Asli, Masak Santannya Dulu Baru Lebih Tahan Lama

Rendang Daging Padang Asli

Rendang Daging Padang Asli ini memang sedap banget! Cukup lemak santannya. Ada rasa dan aroma rempah ratusnya. Pehh! Sis Wawa tak tipu ye. Ikhlas dari hati.

Tapi, percaya tak, suami yang masak. Bukan sis! Hihi. Bila kahwin dengan suami yang berketurunan Minang Asli dari Bukit Tinggi, Sumatera, banyak sis belajar tentang masakan. Mula-mula, terkejut jugak. Mana taknya, sis ni jenis makan simple je. Suka benor makan singgang dan budu.

Berbeza dengan suami yang dah terbiasa makan masakan yang pedas. Bukan calang-calang pedas tau. Pedas amat!! Tapi, lama-kelamaan sis dapat biasakan diri. Cuma kalau pedas sangat dan tak tahan, sis ambil sikit.

Rendang Daging Padang Asli Kesukaan Suami 

Keluarga dan kawan-kawan rapat mesti tau suami sis memang suka masak dan hasil masakannya memang sedap. Bukan sengaja nak puji suami sendiri, tapi memang betul tau. Buktinya, majoriti yang pernah makan masakan yang dia masak, mesti cakap sedap. Cuma, komen mereka..pedas sangat!!!

Adik-adik sis selalu cakap, cara masakan sis pun dah tak macam orang Ganu. Yelah, mestilah masak masakan yang suami suka dan terus terang sis memang banyak belajar masak dengan suami. Bahkan, sampai sekarang pun, sis lebih kepada ‘assist’ dia je. TAPI jangan salah faham…bukan tak boleh masak. Cuma mungkin tak sesedap dia masak. Sebab itu, kalau ada tetamu nak datang, sis lebih prefer suami yang masak.

Antara makanan kesukaan suami, rendang ala Padang memandangkan dia orang Minang kan. Banyak versi dia masak sebab dia memag suka explore cara masak rendang kesukaannya itu. Sis? Taklah suka sangat. Tapi bolehlah layan. Tapi kalau diberikan pilihan dengan singgang ikan aye, sis lebih pilih singgang..Hiks.

Rasnya rendang buatan suami sis tu boleh dikira sedap. Kalau tak, takkan kawan-kawan dia siap request nak makan rendang bila datang beraya. Ada tu, sanggup bagi daging dan segala rempah ratus minta dia masakkan.

Boleh Try Rendang Padang Ni Raya Nanti

Ha…hari raya pun dah dekat ni. Antara hidangan yang selalu ada di meja makan tentulah rendang. Tak kiralah rendang daging, rendam ayam dan macam-macam rendang lagi. Sedap dimakan dengan lemang, ketupat atau nasi.

Rahsia Rendang Daging Padang Asli Tahan Lama

Bolehlah cuba masak sendiri resepi rendang daging Padang Asli ini. Memang sedap tau. Versi ini tak perlu tumis dulu. Sebaliknya santan dimasak terlebih dahulu. Katanya supaya rendang itu lebih tahan lama. Kalau esoknya dipanaskan lagi, makin sedap tau!

Tak susah sebenarnya masak rendang. Sekarang lagi senang. Beli saja di pasar bahan-bahan kisarnya. Senang kan? Selamat mencuba!

Rendang Daging Padang Asli

Bahan-bahan:

1kg daging

3kg santan

1kg santan pekat

2-3 sudu cili kisar

2cm lengkuas – ketuk

1-2 helai daun kunyit

2 batang serai -ketuk

1-2 helai daun salam

Garam dan gula Melaka secukupnya

Sedikit air asam jawa

3 sudu makan Kerisik

2-3 helai daun limau purut – buang bahagian tengahnya

Bahan Kisar:

10 biji bawang merah

7 ulas bawang putih

10-120 biji  cili padi – bergantung tahap kepedasan nak diingini

2 batang serai

1 inci kunyit hidup

2 inci halia

Cara Memasak Rendang Daging Padang Asli:

Rendang Daging Padang Asli

Panaskan kuali, tuang santan ke dalam kuali. Jangan guna minyak. Masak hingga santan mula masak dan memekat.

Masukkan bahan yang telah dikisar, cili giling dan serai. Gaul sekata. Kemudian terus masukkan daging. Kacau sebati.

Rendang Daging Padang Asli

Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit. Masak lagi. Kacau dari semasa ke semasa untuk menggelakkan rendang hangit di bahagian bawahnya.

Boleh cuba resipi ini juga: Daging Dendeng  Balado

Setelah itu masukkan daun salam, diikuti gula Melaka dan kerisik. Kacau lagi. Waktu ini, rendang makin memekat dan mengering. Masukkan santan pekat pula. Kacau lagi.

Rendang daging Padang Asli

Teruskan masak hingga rendang makin menggering. Perasakan dengan garam secukupnya. Rendang ini, semakin lama dimasak, semakin sedap dan warnanya akan bertukar menjadi lebih gelap.

Misalnya, masak malam ni, esok pagi panaskan lagi. Memang lagi mantap!!

Baca ini juga: Resepi Asam Pedas Daging

Rendang Daging Padang Asli

Setelah siap, bolehlah dihidangkan dengan aneka jenis nasi atau ketupat serta lemang. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

1 Comment

  1. nampak sedapnya rendang ini kak.. wajib cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *