Sambal Tumis Sotong Petai

Sambal Tumis Sotong Petai

Sambal tumis sotong petai. Mak ai. Sedapnya! Makan dengan nasi lemak sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Tak susah masaknya dan ada cara bagaimana nak elakkan sotong kecut.

SAMBAL TUMIS  SOTONG PETAI

BAHAN-BAHAN:

1kg sotong – potong, bersihkan

3 papan petai – buang kulit, belah dua

1 labu bawang Bombay – hiris bulat

2-3 sudu makan cili giling

Sedikit nisan/gula Melaka

Garam

Sedikit air asam jawa

Sedikit air

Minyak masak

Bahan Kisar:

2-3  batang cili merah besar

3-4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 labu bawang Bombay

Sedikit ikan bilis

CARA MEMASAK SAMBAL TUMIS SOTONG PETAI:

Sambal Tumis Sotong Petai

Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, ikan bilis dan cili merah besar hingga lumat di dalam blender. Ketepikan.

Sediakan kuali. Kemudian goreng sotong tanpa minyak sehingga terbit air dan sotong separuh masak. Angkat sotong.

Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.

Sambal Tumis Sotong Petai

Kemudian masukkan cili giling kisar. Gaul sebati. Setelah itu, masukkan pula hirisan bawang Bombay. Lagi banyak lagi sedap kerana bawang ini memberikan rasa manis. Tumis lagi hingga terbit minyak. kalau minyak kurang, boleh tambah minyak ikut kesesuaian.

Sambal tumis sotong petai

Kemudian masukkan pula nisan atau gula Melaka, air asam jawa dan garam secukupnya. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu jika kuah terlalu pekat.

Check rasa sama ada sudah cukup masam, masin, manis dan pedasnya. Setelah itu, masukkan petai yang telah dibuang kulit. Gaul sebati.

Sambal Tumis Sotong Petai
Petua Masak Sambal Sotong Gebu Dan Tak Liat

Akhir sekali, masukkan sotong tadi. Gaul sebati. Lagi sekali check rasanya. Kalau sudah okay, tutup api dan angkat.

Sambal Tumis Sotong Petai

Sambal tumis sotong petai dah siap! Sedia untuk dihidangkan. Mudah je kan?

Resepi ini pun sedap: https://surihack.com/masak-lemak-sotong-petai-gerenti-sedap/

Hidangan Kegemaran Famili

Sambal tumis sotong petai ini antara yang sering juga sis Wa masak di rumah. Itu pun kalau jumpa sotong yang betul-betul fresh. Kadangkala payah juga nak dapat sotong yang betul-betul fresh kan.

Sotong adalah antara seafood kegemaran sis selain ketam. Tak kira sambal sotong ke, masak lemak ke, gulai ke, semua sis suka.

 Tip Masak Sambal Tumis Sotong Petai Sedap Dan Gebu

Tapi, bagaimana nak buat supaya sotong kekal gebu dan tak kecut dan tak liat? Ha..memang ada tip bagaimana nak buat sotong supaya tak kecut. Barulah terngiur melihatnya. Dok gitu?

Kalau kita biasa masak sotong, tentu sedia maklum, sotong akan mengeluarkan air bila dimasak. Sotong juga tak boleh dimasak terlalu lama takut nanti jadi liat. Selain itu ia akan jadi ‘kecut’. Tak cantiklah nanti.

Oleh itu, nak buat sotong gebu, tipnya, goreng sotong dulu tanpa minyak. Mudah saja, ambil kuali, panaskan. Masukkan sotong yang dah dicuci bersih. Sotong itu akan mengeluarkan air. Biar ia separuh masak dan airnya keluar, barulah angkat.

Kemudian, barulah masakkan sambalnya. Ha…memang sotong gebu je tau. Ikutlah petua sis ni. Gerenti korang puas hati.

Memandangkan sotong sudah separuh masak, bila dimasukkan ke dalam sambal tumisa, tak perlu masak terlalu lama. Ikut cara ini, gerenti sambal sotong kita lebih gebu dan sedap tau.

Cuba resepi ini juga: Sotong Masak Kicap

Petai Tambah Kesedapan Masakan

Kehadiran petai di dalam masakan memang tak pernah mengecewakan. Selain dibuat ulam dan dimakan secara mentah, petai sering kali dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan. Misalnya sambal, masak lemak cili padi dan sebagainya.

Misalnya dengan memasukkan petai di dalam sambal, ia akan menambah keenakan sambal sotong yang dimasak ini.

Jeruk Petai 

Siapa suka jeruk petai? Walau pun baunya ‘menyengat’ namun ia tetap memiliki peminat tersendiri. Tapi untuk sis Wa, lebih prefer dimakan secara mentah. Ikut selera lah ye.

Petai memang tak tahan lama kalau dibiarkan begitu saja walau pun diletakkan di dalam peti sejuk. So, bagaimana caranya untuk petai kekal rangup walau selepas berbulan-bulan disimpan?

Salah satu cara, disarankan untuk merebusnya bagi menghentikan proses pengecutan. Malah, petai juga tidak boleh disimpan bersama kulit kerana ia akan turut mengecut dan kurang segar.

Jadi cara terbaik ialah dengan menjerukkan petai. Senang je nak buatnya.

Cara Buat Jeruk Petai:

  1. Mula-mula, masak air sehingga mendidih dan kemudian celur petai sebentar, bertujuan supaya isinya senang untuk dikeluarkan.
  2. Kemudian bancuh air masak bersama satu sudu besar garam dan dua sudu besar cuka makan atau boleh juga masukkan asam gelugur.
  3. Keluarkan isi petai dan masukkan ke dalam bancuhan air tadi sehingga meliputi semua isi petai.
  4. Letakkan beberapa batang cili padi (pilihan).
  5. Biarkan sehari di luar sebelum simpan di dalam peti sejuk. Cara ini berkesan agar petai tahan lama dan kekal rangup. Selamat mencuba!

Semak resepi ini juga: Sambal Sardin Bunga Kantan

 

5 Comments

  1. Norsunita bt abu bakar

    October 17, 2022 at 6:53 pm

    Memang sedap sis…dh cuba buat…

  2. Resepi kak wa x pernah mengecewakan! Dh la sedapppp

  3. sedapnya nampak wawa … nnt gi rumah wawa massakkkan tau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *