Jaga Air Muka Pasangan, Ramai ‘Lupa’, Sampai Pasangan Makan Hati

Jaga Air Muka Pasangan, Ramai yang ‘Lupa’, Sampai Pasangan Makan Hati

Jaga air muka pasangan, tak kira di depan sesiapa pun walau anak-anak. Sebenarnya ramai yang lupa atau buat buat-buat lupa. Selamba je kritik pasangan depan orang lain. Tak kiralah suami atau isteri.

Perhatikan sekeliling kita. Memang ada yang berperangai macam ni kan? Kita yang mendengar ni pulak yang rasa serba salah. Buat-buat tak dengar. Timbul rasa kasihan pada yang kena marah tu.

Jaga Air Muka Pasangan Tanda Hormat

Bila kita menjaga air muka pasangan, itu bermakna kita hormat dia. Walau pun mungkin ada rasa tak puas hati, kalau pun nak tegur, tengok dulu situasi saat itu.

Tak kira suami atau isteri. Kalau nak tegur pasangan, walau pun bukan dengan nada marah tapi tetap boleh menjatuhkan air muka pasangan. Ya. Mungkin dengan niat nak menegur pasangan yang ada buat sesuatu yang salah pada pandangan matanya.

Tapi, kalau pun nak menegur, ada caranya. Seeloknya, biarlah secara berdua. Jangan ada orang lain walau pun orang itu orang yang rapat dengan kita seperti anak-anak atau pun adik beradik. Malah depan mak ayah kita pun sepatutnya tak boleh.

Baca ini juga: Jaga Maruah Diri, Jangan Curang

Jaga Air Muka Pasangan, Ramai yang ‘Lupa’, Sampai Pasangan Makan Hati

Melibatkan Emosi

Bila nak menegur, sah-sah perkara itu sesuatu kesalahan yang dibuat oleh pasangan kita. Bayangkan kalau kita tegur dia depan orang lain. Apa perasaan dia? Tak kira walau kesalahan kecil.

Bayangkan, seorang suami tegur isteri yang asyik belanja online, depan adik beradik dia. Agak-agak apa tanggapan mereka? Tentu mereka rasa yang ipar itu memang boros. Tapi, mereka tak tahu cerita sebenar. Barang yang dibeli itu selalunya untuk anak-anak dan suami. Barang keperluan rumah pun ada Jarang dia beli barang untuk dirinya sendiri. Bahkan, dia beli pun guna duit dia. Nak ajak suami beli-belah susah, cara mudah dia beli online.

Tegur Penampilan Isteri

Begitu juga kalau suami tegur penampilan isteri. Konon dah berubah benar rupa. Dulu cantik, kulit wajah pun mulus. Sekarang tak jaga penampilan. Sedih hati isteri bukan kepalang. Dulu lain sekarang lain. Dulu tak sibuk urus anak-anak sampai nak tepek krim kat muka pun tak sempat. Macam mana muka nak flawless?

Tegur pula dengan orang lain. Mesti kecik hati isteri. Suami lupa nak jaga air muka isteri. Mana ada wanita yang tak nak jaga penampilan. Kadang kala keadaan yang tak mengizinkan. Lagi satu, suami ni pandai komen, tapi tak ada pulak nak belikan apa-apa produk kecantikan untuk isteri.

Baca ini juga: Bio Essence Rose Gold water

Ha…nampak tak? Tentu isteri rasa sedih dan malu ditegur depan ipar dan biras. Walau pun pada pandangan suami, teguran itu biasa saja. Tapi bagi isteri ia sesuatu yang boleh menyebabkan orang pandang serong pada dirinya.

Suami Atau Isteri, Sama-Sama Kena Jaga Air Muka Pasangan

Begitu juga isteri yang dengan nada bergurau, menegur suami yang basuh baju sendiri pun tak pandai. Tanpa sedar, dia jatuhkan air muka suaminya di mata orang lain. Mungkin orang akan cakap suami jenis tak suka tolong isteri.

Memanglah suami tak pandai cuci baju, tapi semua kerja rumah lain dia bantu termasuklah sapu sampah, cuci pinggan, jaga anak.

Begitu juga depan anak-anak. Jangan sengaja ceritakan kelemahan pasangan depan anak. Ditakuti anak-anak aka nada persepsi yang tak baik pada ibu bapa mereka sendiri. Contohnya ayah suka tidur. Nanti anak akan anggap ayah dia pemalas sedangkan ayahnya kerja syif. Ada masa tentu dia nak berehat.

Sembunyikan Daripada Orang Luar Baik Buruk Pasangan Kita

Soal baik buruk pasangan kita, tak kira besar atau kecil, biarlah diri kita dan dirinya saja yang tahu. Tak ada gunanya nak beritahu orang lain. Sebab apa nak beritahu? Hal dalaman rumah tangga kita, biar kita saja yang tahu.

Takut nanti, satu hari nanti, dijadikan ‘senjata’ untuk orang memburukkan kita dan pasangan kita. Siapa tahu kan?

Tip Bahagia Suami Isteri

  • Suami dan isteri perlu terima dan cuba bertolak ansur untuk menerima baik dan buruk pasangan kita. Tak mudah, tapi itu adalah antara kunci utama bahagia. Kena ingat, masing-masing ada banyak kelemahan.
  • Jangan ego untuk mengakui kesalahan dan kesilapan masing-masing. Sifat ego boleh membuatkan sesebuah perhubungan menjadi bertambah buruk.
  • Bersedia untuk meminta maaf pada pasangan jika melukakan hati pasangan. Tak kira suami  atau isteri.
  • Ada masanya kita perlu mengalah untuk menjernihkan keadaan. Tak mengapa. Jangan anggap mengalah itu kerana kita salah. Malah, memerlukan jiwa yang besar untuk seseorang itu mengalah.
  • Sekiranya ada rasa tak puas hati pada pasangan, berbincang bersemuka dan berdua saja. Jangan berbincang di depan orang lain walau pun di depan anak-anak sendiri. Maruah pasangan kita tetap perlu dijaga walau pun depan anak-anak.

Baca Artikel ini juga: 5 Punca Keganasan Rumah Tangga

 

 

6 Comments

  1. Terima kasih mengingatkan kak Wa.. kekadang tu memang boleh jadi lupa. Nak-nak time tu tengah syok bercerita.

    1. Betul tu..kisah rumah tangga kita biar kite je tau nett…

  2. Orang muda sekarang selamba jer cerita segala macam tentang suami di media sosial. Harap-harap jangan sampai buka aib suami kan.

    1. Betul tu…banyak buruk daripada baik.

    2. Betul tu. kisah rumah tangga biar kita simpan sendiri.

      1. Kan…tak perlu jaja pd semua org..lebih2 lagi di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *