Percutian Adik-Beradik Erat Silaturahim, Janji Sepakat

Percutian Adik-Beradik Erat Silaturahim, Janji Sepakat

Percutian pasti mengukir pelbagai kenangan indah. Walau pun mungkin kita beberapa kali ke tempat yang sama, tapi tiap satu memberikan rasa dan pengalaman yang berbeza. Betul tak?

Percutian Lepas Lama ‘Berkurung’

Sis Wawa duduk di Selangor. Alhamdulillah, setelah sekian lama di bawah PKPD, akhirnya bagi yang sudah lengkap dua dos vaksin, bolehlah pergi check in ke mana-mana. Kata orang Ganu, ‘Lepas angin’ bila dah lama sangat berkurung.

Sekarang ini, sana-sini orang pergi bercuti. Tak kira bersama famili atau rakan taulan. Ada yang pilih bercuti dalam negeri dan ada yang ke luar negara. Yang penting, tetap jaga SOP. Kena sematkan di hati langkah berjaga-jaga. Lawan sesuatu yang ‘tak nampak’ memang susah.

Lainlah yang boleh nampak. Contoh nampak orang pegang senapang. Cepa-cepat boleh lari. Ini, nak lari pun tak nampak. Selain itu, sentiasa berdoa agar diri kita semua dilindungi Allah. Ye lah, kalau ikutkan rasa risau, memang terus terperap di rumahlah jawabnya.

Bab percutian, selalu jugak sis Wawa join percutian keluarga iaitu dengan adik beradik dan mak ayah. Walau pun mak dah tak sihat (strok), tapi Alhamdulillah, kalau bercuti ke mana-mana, kami tetap bawa mak bersama.

Baca artikel lain di sini: https://wawaazwa.com/2021/09/01/memori-percutian-pertama-ke-luar-negara-belanja-melambung-sebab-tak-reti-bajet/

Percutian Keluarga, Sekurangnya Setahun Sekali

Percutian Adik-Beradik Erat Silaturahim, Janji Sepakat

Adik beradik sis ada tujuh orang, enam dah berkeluarga. Tiga duduk di Terengganu, empat di Selangor. Jadi, bila ada kelapangan kami akan aturkan percutian keluarga besar kami. Ini pun setelah anak-anak dah makin besar. Mereka dah boleh enjoy bila pergi bercuti.

Terakhir kami sempat ke Bukit Fraser hujung tahun lepas. Uih, first time sebenarnya sis sampai ke sana. Lawaknya, rasa ‘tobat’ dah nak pergi. Sis tak tahan bila jalan bengkak bengkok. Nasib baik tak muntah.

Yang lawak, sis ingatkan perjalanan ala-ala ke Cameron Highlands je. Rupanya…aduh aduh. Rasa lama sungguh nak sampai ke atas. Tapi, bila sampai atas, uih. Seronoknya. Kami pilih satu homestay sebab kami ramai juga. Boleh masak. Jimat kos kan.

Kena Ambil Kira Aktiviti Anak-Anak Juga

Perkara pertama yang sis dan adik-adik fikirkan bila nak pilih tempat percutian. Pertama, keselesaan untuk mak yang strok. Homestay kena ada lif, senang nak tolak kerusi roda. Kedua, kena ada aktiviti untuk anak-anak. Bukan apa, kasihan kalau taka da aktiviti untuk dorang nanti dorang bosan. Tak happy. Kalau boleh kita nak semua happy. Kalau ikutkan sis, dapat shopping dah happy! J

Selain itu, kami ambil kira juga keselesaan untuk semua ahli Jemaah kami. Selain selesa untuk diduduki, ‘selesa’ juga dengan bajet poket masing-masing. Tak boleh pentingkan diri sendiri je. Sebab bila satu famili besar, tiap famili akan keluarkan belanja. Kalau pilih yang terlalu mahal, kasihan mungkin ada yang kurang mampu. Tak syok lah kan…

Paling Best

Antara percutian yang paling sis suka, bila kami ke Kuala Selangor hujung 2019 dulu. Kami tinggal di sebuah chalet di tengah bendang. Seronok kerana anak-anak dapat menikmati pengalaman yang tak pernah mereka rasa. Naik trak keliling bendang, mandi di tali air, naik basikal di tengah bendang….memang wow sangat! Cuma waktu itu, musim hujan dan tak berpeluang nak menangkap ikan di bendang.

Bagi sis, pengalaman ini sangat bermakna untuk anak-anak. Pengalaman yang dilalui sendiri tak sama dengan pembacaan.

Percutian Keluarga Kena Sepakat

Sebenarnya susah juga bila nak aturkan percutian keluarga besar. Biasalah, masing-masing ada komitmen sendiri terutama yang bekerja atau suami bekerja syif. Tapi, hasil perbincangan dan perancangan awal, insya-Allah segalanya akan berjalan lancar.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *